SUARA SABAH News

SUARA SABAH News SSN -Suara Sabah News platform menyiarkan berita-berita terkini dengan menjadikan platform media sos

๐—š๐—ฅ๐—ฆ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ณ๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐˜€, ๐˜๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐˜‚๐—ด๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ปKOTA KINABALU:Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Ga...
03/11/2025

๐—š๐—ฅ๐—ฆ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ณ๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐˜€, ๐˜๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐˜‚๐—ด๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป

KOTA KINABALU:Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menegaskan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk politik ugutan, perebutan jawatan, atau permainan emosi segelintir pihak yang kecewa.

Beliau menyifatkan apa yang digelar sebagai โ€œgelombang baharuโ€ oleh Parti Warisan (WARISAN) hanyalah โ€œgelombang kekecewaanโ€ โ€” ciptaan beberapa individu yang kecewa setelah gagal memperoleh kedudukan dalam kerajaan negeri.

PAPAR, 1 NOVEMBER 2025 โ€“ Sempena lawatan kerja ke Negeri Sabah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datoโ€™ Ser...
01/11/2025

PAPAR, 1 NOVEMBER 2025 โ€“ Sempena lawatan kerja ke Negeri Sabah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datoโ€™ Seri Azman Ibrahim telah meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 di jajaran Papar hingga Kota Belud, meliputi lokasi WP5, WP6, WP7, WP8, WP9, WP10 dan WP11.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Datoโ€™ Mohd Sakeri Abdul Kadir, serta Timbalan Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, YBhg. Datoโ€™ Ir. Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Datoโ€™ Seri KSU menegaskan agar pihak kontraktor meningkatkan disiplin dan kecekapan kerja bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan setiap isu pelaksanaan dapat ditangani secara berkesan demi kelancaran projek berimpak tinggi ini.









ยฉKEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA | Foto oleh Pasukan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah

15/10/2025
MESYUARAT AGUNG TRI-TAHUNAN STARSABAH N52 SUNGAI SIBUGA: ANAK MUDA DIJEMPUT MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN19 Januari 2025Su...
19/01/2025

MESYUARAT AGUNG TRI-TAHUNAN STARSABAH N52 SUNGAI SIBUGA: ANAK MUDA DIJEMPUT MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN
19 Januari 2025

Sungai Sibuga, Sabah โ€“ Lebih 150 ahli dan penyokong STARSABAH hadir dalam Mesyuarat Agung Tri-Tahunan N52 Sungai Sibuga yang berlangsung dengan penuh semangat. Majlis ini dirasmikan oleh Naib Presiden STARSABAH, Puan Beverley Natalie Koh, yang juga Ketua Bahagian N28 Kawang, dan menjadi pentas utama menyeru generasi muda Sabah untuk berani melangkah ke dunia politik.

Pemimpin-pemimpin utama STARSABAH turut menghadiri majlis ini, antaranya Tuan Apas Nawawi Saking (Naib Presiden), Puan Josephin Liew (Ketua Exco Wiranita STARSABAH, Pemangku), Napsiah binti Undong (Ketua Bahagian N50 Gum Gum), Abdullah Madon (Ketua Bahagian N53 Sekong), Kassim Selamat (Ketua Bahagian N54 Karamunting), dan Anthony Lui (Ketua Bahagian N56 Tanjong Papat).

Kehadiran pemimpin dari pelbagai kawasan dan sokongan padu para ahli mencerminkan solidariti yang kukuh, menjadi bukti bahawa STARSABAH terus relevan dan mantap di Sungai Sibuga.

Dalam ucapan perasmiannya, Puan Beverley Natalie Koh menekankan pentingnya anak muda Sabah untuk tampil berani membawa perubahan.

โ€œAnak muda Sabah adalah harapan kita. Beranilah menjadi saluran suara rakyat dan pembawa aspirasi generasi akan datang. Kita memerlukan pemimpin yang tidak gentar memperjuangkan keadilan dan masa depan yang lebih cerah untuk negeri ini,โ€ katanya penuh keyakinan.

Beliau turut mengingatkan bahawa persediaan rapi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-7 adalah keutamaan, dan beliau memuji Tuan Ridzuan Abidin atas peranannya sebagai tulang belakang N52 Sungai Sibuga.

โ€œKepimpinan Tuan Ridzuan adalah faktor utama dalam memastikan kesatuan dan kekuatan jentera kita. Dengan usaha beliau dan sokongan padu kita semua, saya yakin kemenangan GRS di Sungai Sibuga adalah dalam jangkauan,โ€ tambahnya.

Beliau juga berharap selepas Mesyuarat Agung Tri Tahunan sesi 2024/2027 Sungai Sibuga kepimpinan sesi baru akan memberi fokus kepada pengukuhan strategi pilihan raya serta memastikan perpaduan dalam kalangan ahli terus terpelihara.

Kawasan Sungai Sibuga, yang kaya dengan sejarah politik, terus menjadi inspirasi bagi STARSABAH untuk melahirkan lebih ramai pemimpin berwibawa.

Turut hadir adalah pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS), termasuk Abdul Rajak Janit (Naib Presiden PCS), Kasmiah Binti Sarakian (Ketua Wanita PCS Sungai Sibuga), Mohd Hasmezulazam Muhamad (Ketua Pemuda PCS Sungai Sibuga), dan Abdul Manap Jamaluddin (Setiausaha Bahagian PCS Sungai Sibuga).

Majlis diakhiri dengan seruan Puan Beverley kepada semua ahli untuk terus bersatu hati, bekerja keras, dan memberi ruang kepada anak muda menjadi barisan hadapan perjuangan politik.

โ€œDengan solidariti dan semangat perjuangan, kita akan memastikan Sabah terus dijaga dan STARSABAH kekal relevan sebagai pembela rakyat,โ€ katanya mengakhiri ucapan.

๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ ๐˜ˆ๐˜‰ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜๐˜ซ ๐˜๐˜ข๐˜ซ๐˜ช๐˜ซ๐˜ช ๐˜๐˜ซ ๐˜•๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ณ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ก...
04/12/2024

๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ ๐˜ˆ๐˜‰ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜๐˜ซ ๐˜๐˜ข๐˜ซ๐˜ช๐˜ซ๐˜ช ๐˜๐˜ซ ๐˜•๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ณ

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž

Berikutan penyebaran beberapa klip video terbaharu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa sumber mineral negeri ini kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti demi masa depan rakyat.

Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong (mining lease) kepada mana-mana pihak.

Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong telah diberikan adalah tidak benar sama sekali.

Setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan Prospecting License yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral.

Proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan mining lease daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.

Malangnya, isu ini telah dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik.

Kerajaan Sabah tidak akan tunduk kepada usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan kumpulan tersebut melibatkan tanah yang sangat luas, hampir 1 juta ekar.

Sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan pemeliharaan.

Apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video telah disebarkan sebagai usaha untuk mengancam Kerajaan Negeri.

Tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu ini adalah tidak berasas.

Perbuatan mengaitkan rakaman video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat, termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah, adalah tindakan terdesak yang bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah.

Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbiran saya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran.

Marilah kita bersama-sama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif, dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera

24 OKT 2024 | YB Datuk Robert Tawik , Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku merasmikan MATT STARSABAH N.11 Kada...
24/10/2024

24 OKT 2024 | YB Datuk Robert Tawik , Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku merasmikan MATT STARSABAH N.11 Kadamaian bertempat di Dewan Terbuka Taginambur Square.

Naib Presiden Pn Beverley Natalie Koh, Naib Presiden Sdr Mohd Lin Hj Harun,
Turut hadir sama Setiausaha Agung StarSabah Datuk Edward Linggu,

Timbalan Ketua Penerangan Sdr Ardino Diris, Ketua Wiranita StarSabah Puan Kerry Chee, Ketua Urusetia MATT Dr Paul Porodong,

Mantan Ketua Bahagian StarSabah Kadamaian Sdr Jeremy Ukoh, Ahli Majlis Tertinggi & Ketua-ketua Bahagian dari Kuala Penyu, Moyog, Kapayan, Bandau, Pitas, Pintasan, Tempasuk, Banggi.

Makluman : Sempena Hari Sabah yang ke-61 tahun pada 31 Ogos 2024 ini, pihak penganjur Pertandingan Konten VTT & Reels BF...
30/08/2024

Makluman :
Sempena Hari Sabah yang ke-61 tahun pada 31 Ogos 2024 ini, pihak penganjur Pertandingan Konten VTT & Reels BFF Sabah CAN menggalakkan para peserta untuk membuat post di FB Reels & Stories serta TikTok post dan Stories.

*Sila pastikan anda menggunakan hashtag ini :*





Terima kasih kepada Anak-anak Sabahan ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป


_BFF Sabah CAN_

T&C Video berdurasi pendek sesuai untuk di-upload sebagai FB Reels ataupun Video Tiktok. Menggunakan hashtag yg diberi.V...
20/08/2024

T&C
Video berdurasi pendek sesuai untuk di-upload sebagai FB Reels ataupun Video Tiktok.
Menggunakan hashtag yg diberi.
Video original perlu dihantar ke email [email protected] untuk penilaian selewatnya pada 30/8/2024.

Tema : Bendera Sabah berlatarkan alam semulajadi.

Kategori : Terbuka kepada semua.

Yuran : RM 10 untuk setiap penyertaan. No untuk dihubungi : +0611-20608769

Address

Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SUARA SABAH News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share