LEVEL UP

LEVEL UP Level Up Empower Digital Technology Skills For Creative, Innovation & Entrepreneurship. Accomplish !

SILA DAFTAR SEGERA!
23/04/2026

SILA DAFTAR SEGERA!

USAHA KPKT BANTU GOLONGAN B40 BANDAR MELALUI PEKB 2026 🏙️💰Alhamdulillah, tamat sudah Kursus PEKB: Jana Duit Pemasaran Di...
15/04/2026

USAHA KPKT BANTU GOLONGAN B40 BANDAR MELALUI PEKB 2026 🏙️💰

Alhamdulillah, tamat sudah Kursus PEKB: Jana Duit Pemasaran Digital di Labuan! Namun, tahukah anda betapa besarnya impak program ini?

Seperti yang dikongsikan oleh Datin Dr. Syahira Hamidon (Setiausaha Bahagian KPKT), program ini merupakan inisiatif murni di bawah Dasar Komuniti Negara (DKomN). Bukan sekadar latihan biasa, ia adalah "talian hayat" untuk membantu komuniti bandar keluar daripada kemiskinan.

Apa yang menarik tentang PEKB 2026?
✅ Pakej Menyeluruh: Bukan setakat digital marketing, tapi ada modul Motivasi, Keusahawanan & Pengurusan Kewangan.
✅ Sasaran eKasih: Fokus membantu mereka yang benar-benar memerlukan peningkatan pendapatan.
✅ Komitmen Nasional: Sebanyak RM12 Juta diperuntukkan oleh KPKT tahun ini untuk memberi manfaat kepada 1,100 peserta di seluruh Malaysia!

Kami di Level Up Academy berasa kerdil tetapi bangga kerana diberi kepercayaan mengelola 30 peserta hebat di Labuan dengan sokongan padu DUML.

Semoga 30 perantis kami ini menjadi bukti bahawa dengan kemahiran yang betul, ekonomi keluarga mampu berubah! 🚀

https://www.borneodailybulletin.com/pkeb-bantu-golongan-b40-kawasan-bandar-keluar-dari-kemiskinan/

Dr Syahira (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang menamatkan kursus PEKB. LABUAN:Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PKEB) salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu golongan B40 di kawasan bandar untuk....

🚀 Selesai! Memperkasa B40 Labuan dengan Digital & AIAlhamdulillah! Tahniah diucapkan kepada 30 orang Labuan yang telah b...
15/04/2026

🚀 Selesai! Memperkasa B40 Labuan dengan Digital & AI
Alhamdulillah! Tahniah diucapkan kepada 30 orang Labuan yang telah berjaya menamatkan kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PKEB) 2026. 🎓✨

Selama 7 hari berkampung di Desa Tunas Hijau, para peserta telah memberikan komitmen luar biasa dalam menguasai kemahiran Pemasaran Digital dan Kecerdasan Buatan (AI). Kami di Level Up Academy amat berbangga dapat bekerjasama dengan Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) dalam menjayakan inisiatif hebat ini.

Sorotan Program:
Intensif 7 Hari: Fokus kepada kemahiran praktikal masa hadapan.

Sasaran Utama: Membantu komuniti B40 meningkatkan taraf ekonomi melalui perniagaan digital.

Sokongan Kerajaan: Dirasmikan oleh Datin Dr. Syahira Hamidon (KPKT) dan turut dihadiri oleh Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan).

"Matlamat kami bukan sekadar memberi ilmu, tetapi memberi 'senjata' digital agar komuniti bandar kita mampu berdaya saing dalam ekonomi moden."

Terima kasih kepada pihak DUML atas kepercayaan yang diberikan kepada kami sebagai rakan kolaborasi latihan. Kepada para peserta, ingat pesanan Datuk Sri Mohd Alias Abdul Rahman—terus praktikkan ilmu AI dan pemasaran digital dalam setiap projek yang diceburi!

Dunia digital di hujung jari anda. Jom kita Level Up perniagaan kita! 📈

Mohd Alias ( duduk fua dari kiri) Suhaili (duduk tengah) Dr. Syahirah (duduk dua dari kanan), Simsudin ( duduk kiri sekali) dan Norsiah. LABUAN: Seramai 30 belia berjaya menamatkan kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PKEB) 2026 yang dikelolakan oleh Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) dengan...

Kesyukuran di Aidilfitri: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Bati...
20/03/2026

Kesyukuran di Aidilfitri:
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

This year, the takbir raya sounds a little different to me. It carries a deeper meaning of gratitude. As many of you know, I have recently faced the toughest "Level Up" challenge of my life—spending over a month in the ICU and hospital wards following major surgeries.

A Heartfelt Thank You
Before the celebrations begin, I want to say a massive thank you to everyone who reached out. Your messages, prayers, and concern on social media were a source of immense strength when I needed it most. I felt every bit of that positive energy, and I am truly touched.

The True Wealth: Health
I am currently in my recovery period, and if there is one thing this experience has taught me, it’s that health is our primary capital. We often spend our lives chasing wealth, but without our health, everything else stands still. This holiday, I urge you all: enjoy the rendang and the company, but please, take care of yourselves.

One thing I realized while lying in that hospital bed is how unpredictable life is. I’ve learned firsthand that "basic coverage" is no longer enough in this era—we need to be better prepared for the unexpected. I’d love to share more about these reflections and why I’m now such a firm believer in robust protection for our families.

Looking Ahead
Though I am still healing, my spirit for collaboration hasn't dimmed. Once the Raya festivities settle, it’s time to get back to work and build something great together. I am eager to catch up, share my experience, and discuss how we can collaborate in the coming months.

Let’s Connect!
If you’re around or just want to catch up, just roger me. I’m looking forward to seeing familiar faces again.

Wishing you and your family a blessed, healthy, and joyous Aidilfitri.

Ikhlas dari,
Irwin M.D Ker
Level Up Academy | Marketbless

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu Kesyukuran di Aidilfitri:
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua.

Raya tahun ini membawa makna yang sangat mendalam buat saya. Seperti yang ramai sedia maklum, saya baru sahaja melalui fasa "Level Up" yang paling mencabar dalam hidup—sebulan di ICU dan wad hospital selepas beberapa pembedahan besar.

Terima Kasih Dari Lubuk Hati
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang tidak putus-putus mendoakan, menghantar mesej, dan bertanya khabar di media sosial. Setiap doa anda adalah kekuatan bagi saya untuk terus berjuang. Saya sangat hargai keperihatinan u all. Terutamanya close family & friends.

Kesihatan Adalah Kekayaan Sebenar
Sekarang saya dalam fasa pemulihan (recovery). Pengalaman ini mengajar saya satu perkara: Kesihatan adalah modal utama. Kita selalu mengejar kekayaan (wealth), tapi tanpa kesihatan, segalanya terhenti. Di musim perayaan ini, saya pesan kepada semua—nikmatilah hidangan dan silaturahim, tapi tolong jaga kesihatan baik-baik.

Bulan lepas, berada di katil hospital membuatkan saya sedar betapa hidup ini tidak menentu. Saya belajar sendiri bahawa "coverage" asas sahaja tidak mencukupi di zaman sekarang. Kita perlukan perlindungan yang lebih mantap untuk diri dan keluarga. Saya harap dapat berkongsi pengalaman sya pada u all sebelum terlambat, takut ada yang terkena macam saya.

Melangkah Ke Depan Bersama
Walaupun masih dalam proses sembuh, semangat saya untuk bekerjasama masih membara. Lepas habis bahang Raya nanti, jom kita rancang sesuatu yang hebat, kembali fokus pada kerja dan berkolaborasi dengan sesiapa yang berminat

Jom Kita "Catch Up"!
Roger saja saya. Saya sedia untuk berbual atau berjumpa bila keadaan mengizinkan.

Semoga Aidilfitri ini membawa berkat, kesihatan yang baik, dan kegembiraan buat anda sekeluarga.

Ikhlas dari,
Irwin M.D Ker
Level Up Academy | Marketbless

Here we go again & terima kasih atas jemputan Institut Keusahawanan Negara untuk saya kongsikan tentang AI untuk Perniag...
27/01/2026

Here we go again & terima kasih atas jemputan Institut Keusahawanan Negara untuk saya kongsikan tentang AI untuk Perniagaan.

Fly kejap untuk charging energy positive vibe. Mau ambil AURAAA mentor
23/01/2026

Fly kejap untuk charging energy positive vibe. Mau ambil AURAAA mentor

Terima Kasih MSU Sabah! Intern "Power" Macam Ni Yang Kita Cari! 🔥Ribuan terima kasih kepada Ms. Maznah dari MSU College ...
23/12/2025

Terima Kasih MSU Sabah! Intern "Power" Macam Ni Yang Kita Cari! 🔥

Ribuan terima kasih kepada Ms. Maznah dari MSU College Sabah. Penghantaran intern graphic design kali ini, Juwida, memang betul-betul membantu team kami di Level Up Academy.

Bukan senang nak jumpa intern yang "rare" macam ni. Dia bukan saja cepat belajar dan positif, tapi jenis yang "tahan tukul" — bagi kerja apa pun, dia buat sampai jadi. Paling best, kerja laju dan terus kena dengan selera clients. Memang approve! 👍

Syabas untuk masa hadapan Juwida. Kami doakan anda terus maju jaya.

Kami berharap jalinan hubungan strategik antara Level Up Academy dan MSU akan terus erat. Mari kita teruskan kolaborasi win-win dari segi intern dan perkongsian ilmu.

Nicely done Sabah Creative Economy and Innovation Centre
22/12/2025

Nicely done Sabah Creative Economy and Innovation Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak INSKEN atas j...
17/12/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak INSKEN atas jemputan untuk bersama-sama dalam program Sentuhan Komuniti Bestari Bersama Perpustakaan Desa seluruh negeri Sabah, yang telah berlangsung pada 6 Disember 2025 di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Putatan.

Saya mewakili Bizkaunsol INSKEN, berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyampaikan bengkel pemasaran digital melalui teknologi AI, serta mengadakan sesi soal jawab bersama peserta. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan, penuh semangat dan ingin tahu — satu refleksi positif dari komuniti kita yang semakin bersedia untuk mendalami dunia digital.

Majlis ini turut dimuliakan dengan perasmian oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perkhidmatan) Perpustakaan Negeri Sabah — satu penghormatan yang besar buat kami semua.

Tidak dilupakan juga — saya sendiri tidak menyangka dapat memenangi tempat kedua dalam kuiz perpustakaan, siap menang dua kali lagi! Satu kenangan manis yang tak akan dilupakan.

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak INSKEN, para peserta, dan semua pihak yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi memperkasa ilmu, teknologi, dan komuniti.

Terima kasih.

Institut Keusahawanan Negara

*Assalamualaikum dan salam sejahtera,*Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan *setinggi-tinggi penghargaan dan terima k...
05/12/2025

*Assalamualaikum dan salam sejahtera,*

Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan *setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih* kepada semua pihak yang telah menjayakan program latihan ini dengan cemerlang.

Ucapan terima kasih khusus saya tujukan kepada *INSKEN* selaku penganjur utama, serta rakan kolaborasi yang sangat komited iaitu:

- *Level Up Academy*
- *Bosco – Borneo Startups Community*
- *BEBC – Socio Cultural and Education*
- *DUML – Dewan Usahawan Melayu Labuan*
- *Youth of Labuan (YoL)*
- Dan *Persatuan Pemasaran Digital Sabah (PPDigital)*

Sokongan dan semangat kerjasama komuniti ini amat luar biasa dan menjadi bukti bahawa apabila kita bergabung tenaga, impak yang dihasilkan kepada para peserta dan komuniti setempat adalah sangat bermakna.

Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus diperkasa demi pembangunan ilmu, kemahiran, dan keusahawanan digital – khususnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekali lagi, terima kasih atas kepercayaan dan penyertaan anda semua. Semoga usaha kita diberkati dan menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif bermanfaat pada masa akan datang.

*Terima kasih dan tahniah kepada semua!*

Salam dari Irwin MD Ker
Bizkaunsul Insken

🔥 KELAS TIKTOK MARKETING PERCUMA + PENGINAPAN DISEDIAKAN! 🔥Bah! ini peluang sekali jarang-jarang ni! Mau belajar buat vi...
04/12/2025

🔥 KELAS TIKTOK MARKETING PERCUMA + PENGINAPAN DISEDIAKAN! 🔥

Bah! ini peluang sekali jarang-jarang ni! Mau belajar buat video marketing yang 'Malakat' di hati pelanggan cuma guna smartphone?

Program Hasil Video Menarik Menggunakan Smartphone & Pemasaran Melalui Applikasi TikTok anjuran INSKEN ini akan dedahkan strategi naikkan engagement & jualan melalui TikTok. Dengan Kerjasama Persatuan Pemasaran Digital Sabah (PPDigital, BEBC, DUML, BOSCO Borneo Startups Community & Level Up Akademi.

Apa yang anda dapat?
✅ Ilmu shooting & editing percuma.
✅ Makan minum ditanggung.
✅ Penginapan hotel disediakan (Program 2 Hari 1 Malam).
✅ Kos yuran: RM0 (PERCUMA)

BUTIRAN PROGRAM:
🗓 11 & 12 Disember 2025
📍 Suria 7 Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
👥 Kekosongan: TERHAD 30 PESERTA SAJA!

Jangan tunggu sampai penuh. Siapa cepat, dia dapat ilmu mahal ini secara percuma.

👇 TEKAN LINK INI SEGERA:
🔗 https://forms.gle/Ggs6TKxGGpuUnChh6
🔗 https://forms.gle/Ggs6TKxGGpuUnChh6

Address

L-6-2, Aeropod Commercial Square
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:30
Tuesday 08:00 - 21:30
Wednesday 08:00 - 21:30
Thursday 08:00 - 21:30
Friday 08:00 - 12:00
14:00 - 21:30
Saturday 08:00 - 21:30
Sunday 08:00 - 21:30

Telephone

+60178187711

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LEVEL UP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LEVEL UP:

Share