20/03/2025
KENAPA HUJUNG-HUJUNG RAMADAN NI PENTING? - KELEBIHAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
10 malam terakhir Ramadhan adalah peluang keemasan untuk kita meraih keampunan, rahmat, dan pahala yang berlipat ganda. Inilah saat di mana:
1) Malam Lailatul Qadr – Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Firman Allah dalam Surah Al-Qadr (97:1-5) yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar."
2) Peluang besar diampunkan dosa – Sabda Nabi ﷺ: "Barang siapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran dari Allah, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu." (HR. Bukhari & Muslim)
3) Masa doa paling mustajab – Doa yang terbaik untuk diamalkan:
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi ﷺ : “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat s**a akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]
Imam al-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulama’ Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Qur’an, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. [Lihat: al-Azkar, 191]
Jadikan 10 malam terakhir ini peluang untuk beribadah, berzikir, membaca Al-Quran, dan bersedekah bagi menambah bekalan akhirat.
..................
Perkhidmatan Design & Printing – Sentiasa Dibuka untuk Anda!
Kami menawarkan servis design dan percetakan yang berkualiti untuk keperluan anda.
✨ Lihat testimoni dan hasil kerja kami di Instagram:
📩 Sebarang pertanyaan? WhatsApp kami di: www.wasap.my/601125413089/DesignServices
Semoga Allah menerima amal kita semua dan mengurniakan kita keberkatan di dunia dan akhirat. آمين