Sabah Today

Sabah Today BERITA TERKINI SEANTERO BENUA

KLAA terus jadi lubuk legenda kaki pancing pedalamanCatatan Dari PedalamanOleh- Paul Ukau Ungkiu SinggonADA tempat yang ...
09/06/2026

KLAA terus jadi lubuk legenda kaki pancing pedalaman

Catatan Dari Pedalaman
Oleh- Paul Ukau Ungkiu Singgon

ADA tempat yang terkenal kerana kemewahannya. Ada tempat yang dikenali kerana sejarahnya.

Namun di pedalaman Bingkor, sebuah kolam sederhana di Kampung Sandapak mencipta namanya sendiri melalui cerita yang lahir di hujung joran.

Di situlah berdirinya KLAA — Kolam Legenda Aki-Aki, sebuah lokasi yang semakin meniti di bibir kaki pancing dari Keningau, Tambunan, Tenom hingga ke daerah-daerah sekitarnya.

Baru-baru ini, pemiliknya, Jakol Wong Langkab Tikoi, tersenyum puas sambil memperlihatkan seekor ikan tapah bersaiz besar yang berjaya dinaikkan oleh seorang pemancing. Bagi orang luar, ia mungkin sekadar seekor ikan.

Namun bagi mereka yang memahami dunia pancingan, ia adalah trofi yang lahir daripada kesabaran, ketekunan dan sedikit sentuhan rezeki dari alam.

Di tebing kolam itu, puluhan payung berwarna-warni kelihatan bertaburan seperti cendawan selepas hujan.

Deretan pemancing p**a duduk menanti dengan penuh harapan, mata tertumpu pada pelampung yang menari perlahan di permukaan air yang tenang.

Sesekali, suasana sunyi itu dipecahkan oleh sorakan apabila joran melentur kuat.

Ketika itulah seluruh tebing seakan hidup. Orang yang tidak saling mengenali bertukar menjadi sahabat, berkongsi kegembiraan yang sama apabila seekor ikan berjaya ditewaskan.

Mungkin itulah rahsia sebenar KLAA.

Kolam ini bukan sekadar tempat memburu ikan. Ia menjadi ruang pertemuan manusia dengan manusia, manusia dengan alam, dan manusia dengan kenangan.

Jakol sendiri mengakui bahawa setiap tangkapan mempunyai kisahnya yang tersendiri.

"Di pedalaman, kolam dan sungai bukan hanya menyimpan ikan.

Di dalamnya tersimpan cerita kehidupan, kenangan dan harapan yang tidak pernah kering ditelan masa," katanya.

Kata-kata itu ada benarnya.

Di bandar, orang mencari ketenangan di pusat peranginan yang mahal.

Di pedalaman, ketenangan itu masih boleh ditemui di tebing kolam yang sederhana. Bunyi angin yang menyapa dedaunan, percikan air yang memecah kesunyian dan wajah-wajah yang tersenyum apabila hasil pancing dinaikkan — semuanya menjadi bahasa alam yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Hari ini, KLAA bukan lagi sekadar sebuah kolam di Kampung Sandapak. Ia telah berkembang menjadi sebuah legenda kecil yang hidup dalam ingatan komuniti.

Nama itu bergerak dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi, seperti aliran sungai yang tidak pernah berhenti mencari muaranya.

Dan mungkin, apabila seorang pemancing p**ang ke rumah selepas seharian di tebing KLAA, perkara paling berharga yang dibawanya bukanlah ikan yang berada di dalam tong.

Sebaliknya, kenangan yang masih hidup di dalam hati.

Kerana dalam dunia yang semakin sibuk mengejar masa, tempat-tempat seperti KLAA mengingatkan kita bahawa kebahagiaan kadangkala hadir dalam bentuk yang paling sederhana — sebuah joran, sebuah kolam, dan sebuah cerita yang akan terus diceritakan.

"Kadangkala yang paling besar bukan ikan yang berjaya dinaikkan, tetapi kenangan yang berjaya dibawa p**ang.

Ishak terus santuni rakyat, semarakkan perpaduan komuniti melalui sambutan KaamatanKENINGAU: Di sebalik kemeriahan sambu...
09/06/2026

Ishak terus santuni rakyat, semarakkan perpaduan komuniti melalui sambutan Kaamatan

KENINGAU: Di sebalik kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan di seluruh pelosok pedalaman Sabah, kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kewangan, Dato' Sr Mohd Ishak Datuk Ayub bersama masyarakat setempat membawa mesej yang lebih besar daripada sekadar memenuhi jadual rasmi seorang pemimpin.

Turun padang menyantuni rakyat dan berkongsi kegembiraan bersama komuniti akar umbi, Mohd Ishak menyempurnakan Sambutan Pesta Menuai 2026 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Balai Raya Kampung Bunga Raya sebelum merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan dan Bulan Rosari Tahun 2026 di Dewan Terbuka Kampung Baginda Ulu baru- baru ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata Pesta Kaamatan merupakan warisan budaya yang perlu terus dipelihara kerana bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi medium penting dalam memperkukuh perpaduan, keharmonian dan semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, kekuatan sesebuah komuniti tidak hanya bergantung kepada pembangunan fizikal semata-mata, tetapi turut dibentuk oleh nilai kebersamaan, saling menghormati dan kesediaan masyarakat untuk berganding bahu dalam menjayakan pembangunan kampung.

"Apabila masyarakat bersatu hati, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain, maka lebih mudah untuk kita membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada kampung serta generasi akan datang," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kampung, JKKK, KRT, pihak gereja, pertubuhan masyarakat dan para penduduk yang terus memainkan peranan aktif dalam memelihara budaya, tradisi serta keharmonian komuniti.

Sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, persembahan komuniti dan sesi ramah mesra yang menghimpunkan penduduk daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

Bagi penduduk setempat, kehadiran Mohd Ishak bukan sekadar menyempurnakan majlis perasmian, tetapi menjadi simbol hubungan erat antara pemimpin dan rakyat yang sentiasa dipupuk melalui pendekatan turun padang, mendengar suara masyarakat serta memahami keperluan mereka secara langsung.

Di kampung-kampung inilah lahirnya semangat kebersamaan yang menjadi asas kepada pembangunan.

Seperti padi yang menguning di sawah, perpaduan yang disemai dengan keikhlasan akan terus memberi hasil kepada generasi yang akan datang, menjadikan Bingkor sebuah kawasan yang bukan sahaja maju, tetapi juga kaya dengan nilai kemanusiaan dan kekeluargaan.

Dr. Jeffrey tinjau projek naik taraf Jalan Kampung Mangkatai, penantian 20 tahun hampir menjadi kenyataanTAMBUNAN: Penan...
09/06/2026

Dr. Jeffrey tinjau projek naik taraf Jalan Kampung Mangkatai, penantian 20 tahun hampir menjadi kenyataan

TAMBUNAN: Penantian lebih dua dekad penduduk Kampung Mangkatai dan beberapa kampung berhampiran untuk menikmati jalan raya berturap kini hampir berakhir apabila projek naik taraf jalan utama kampung itu telah mencapai 80 peratus siap.

Ahli Parlimen P.180 Keningau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.39 Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, hari ini mengadakan lawatan ke tapak projek bagi meninjau sendiri kemajuan kerja yang sedang dilaksanakan.

Projek bernilai RM29 juta itu melibatkan kerja menaiktaraf jalan gravel kepada jalan berturap aspal sepanjang 4.8 kilometer, yang dijangka siap sepenuhnya pada 28 Ogos 2026.

Menurut Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tambunan, Daniel Leonard, kemajuan fizikal projek kini berada pada tahap 80 peratus dan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Projek tersebut dilaksanakan oleh Kenari Express Sdn. Bhd.

Dr. Jeffrey berkata beliau berasa gembira melihat perkembangan projek yang telah lama dinantikan oleh penduduk Kampung Mangkatai serta kampung-kampung sekitar yang selama hampir 20 tahun berdepan kesukaran menggunakan laluan berstatus jalan gravel.

Beliau berkata usaha merealisasikan projek berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan tempoh yang panjang untuk mendapatkan peruntukan serta melalui pelbagai proses perancangan dan kelulusan.

Menurut beliau, kejayaan pelaksanaan projek itu adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk usaha berterusan Nicholas Denis, mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mangkatai, yang telah mengemukakan permohonan dan memperjuangkan keperluan pengaspalan jalan tersebut bersama JKR Daerah Tambunan.

Katanya, apabila siap kelak, jalan raya itu akan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat khususnya dalam memudahkan urusan harian, meningkatkan akses kepada kemudahan asas, mempercepat pengangkutan hasil pertanian dan merangsang aktiviti ekonomi luar bandar.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pegawai Pembangunan Khas P.180 Keningau dan ADUN N.39 Tambunan, Saldvilla Wences, serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.39 Tambunan, Jinus Taguah.

Bagi penduduk Mangkatai dan kawasan sekitarnya, projek tersebut bukan sekadar pembinaan jalan baharu, tetapi simbol kepada penantian selama 20 tahun yang akhirnya diterjemahkan menjadi pembangunan yang dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

AHLI LAIN SERTAI PERJUANGAN PGRS KERANA PENTINGKAN MASA DEPAN KATA VICTORKOTA KINABALU : Berpindah parti kerana mementin...
08/06/2026

AHLI LAIN SERTAI PERJUANGAN PGRS KERANA PENTINGKAN MASA DEPAN KATA VICTOR

KOTA KINABALU : Berpindah parti kerana mementingkan masa depan perjuangan adalah tindakan yang tepat walaupun sesekali ianya kelihatan agak drastik.

Selainnya adalah kerana kesedaran bahawa perjuangan mereka di parti terdahulu agak tumpul dan tidak mendatangkan faedah kepada diri dan akar umbi yang lain.

Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Dato’ Victor Paut berkata, berpindah haluan perjuangan di saat Pilihan Raya masih jauh lagi, adalah satu tindakan drastik dan tepat serta di anggap sebagai sebuah tindakan dari hati ke hati.

Menurutnya, kadang ada yang merungut, suara mereka tidak di dengar oleh kepimpinan atasan ataupun diabaikan tanpa hala tuju.

“Mereka sedar bahawa pembelaan nasib itu ada dan wujud di bawah panji PGRS dalam Kerajaan GRS yang ada hari ini,” katanya ketika selesai menerima kemasukan beramai-ramai ahli Star Sabah Mukim Lintuhun dan Mukim Monsorulung di Kampung Tikolod, Tambunan pada Sabtu.

Katanya, ramai yang menganggap perpindahan itu berlaku kerana ditawarkan kedudukan ataupun kononya ‘di bayar’.

“Jawatan sedia ada di peringkat bawah hingga ke Bahagian sudah pun di isi, macam mana timbul tuduhan sinis yang mengatakan mereka itu ditawarkan jawatan?

Tuduhan liar mengatakan mereka di sogok bayaran itu juga tidak benar kerana mereka sendiri mengumumkan bahawa perpindahan mereka ke PGRS Tambunan adalah atas dasar sukarela dan kecewa dengan apa yang mereka lalui sebelum ini,” katanya lagi.

Victor yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd itu turut menjelaskan bahawa pembangunan, Kemajuan dan kemakmuran negeri hari ini menjadi realiti di bawah kepimpinan dan teraju yang wibawa, matang politik dan prihatin kepada nasib rakyat.

Menurutnya, berbagai inisiatif telah terbukti berkesan sepanjang Kerajaan GRS memimpin negeri ini yang turut melibatkan pembangunan infras di luar bandar, pembangunan belia kreatif, pendanaan niaga, peluang kemahiran dan inisiatif pendidikan untuk anak-anak kita.

“Banyak lagi rancangan untuk meningkatkan ekonomi demi kemakmuran negeri di bawah Pelan Sabah Maju Jaya 2.0 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri baru-baru ini.

Semua sudut pembangunan tidak ada yang terkecuali dan ianya menyeluruh kepada semua aspek malah ada rancangan dalam Pelan SMJ 2.0 itu, kini sudahpun berjalan,” jelasnya lagi.

06/06/2026

JAIBIE KETUAI HAMPIR 500 AHLI STAR KELUAR PARTI, BERHIJRAH KE PGRS TAMBUNAN

Ketua Bahagian PGRS N39 Tambunan, Dato' Victor Peter Paut sambut baik 'penghijrahan' kump**an itu dalam satu majlis yang berlangsung di Kg Tikolod, Tambunan petang Sabtu, 6 Jun 2026.

STAR MUKIM MONSORULUNG DAN LINTUHUN UMUM SERTAI PGRS TAMBUNANTIKOLOD, TAMBUNAN : Seramai hampir 500 ahli Star Sabah muki...
06/06/2026

STAR MUKIM MONSORULUNG DAN LINTUHUN UMUM SERTAI PGRS TAMBUNAN

TIKOLOD, TAMBUNAN : Seramai hampir 500 ahli Star Sabah mukim Monsorulung dan Mukim Lintuhun keluar beramai-ramai bagi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan di bawah pimpinan Ketua Bahagian nya, Dato' Victor Peter Paut di sini petang tadi.

Ketika menyerahkan borang keahlian kump**an nya, mantan Wiramuda Star mukim berkenaan, Jaibie Joseph berkata, hala tuju politik mereka beralih ke arah kepimpinan yang berwawasan dan mampu menjamin kestabilan yang berterusan.

Menurutnya, biasanya kump**an tertentu akan keluar parti saat menjelang pilihan raya namun mereka memilih untuk melakukanya selepas pilihan raya.

Wakil Mukim Lintuhun, Jackly Jamari p**a berkata, sudah tiba masanya bekas anggota Star Sabah di kawasannya berhijrah demi kesinambungan perjuangan yang konsisten apatah lagi parti Gagasan Rakyat berada di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Noor sebagai Presiden manakala di peringkat bahagian p**a diterajui oleh Dato' Victor Peter Paut, yang nyata mempunyai daya kepimpinan yang lebih mapan.

Dalam majlis berkenaan, Victor turut menyarungkan baju PGRS kepada wakil-wakil kump**an tersebut setelah menyerahkan borang-borang keahlian baharu anggota PGRS itu kepada Setiausaha Bahagian.

Majlis turut diisi dengan penyampaian sijil-sijil penyertaan kepada peserta Kursus Ternak Ulat Sago Butod dan watikah pelantikan kepada anggota PGRS Tambunan yang di lantik ke jawatan kerajaan dan GLC.

KURSUS TERNAK ULAT SAGO BUTOD DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKATAMBUNAN : Kursus Ternak Ulat Sago Butod yang berlangsung di Kg ...
06/06/2026

KURSUS TERNAK ULAT SAGO BUTOD DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKA

TAMBUNAN : Kursus Ternak Ulat Sago Butod yang berlangsung di Kg Tikolod, Tambunan mendapat sambutan luar biasa.

Seramai 100 peserta menyertai kursus yang pada mulanya hanya di buka untuk keterhadan 20 orang peserta dengan kadar yuran RM200 seorang.

Bagaimanapun, atas keprihatinan Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato' Victor P. Paut, ianya di taja sepenuhnya sekaligus menerbit rasa gembira kepada peserta.

Kesemua peserta menerima sijil penyertaan mereka hari ini di Majlis 3 Dalam 1 yang telah disempurnakan oleh Victor, yang juga merupakan Ketua Bahagian PGRS N39 Tambunan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya, Victor berharap agar suatu ketika nanti, penternakan ulat sago Butod ini boleh dikomersialkan sebagai salah satu dari perusahaan penduduk kampung yang mampu menjana ekonomi setempat kelak.

[ KENYATAAN MEDIA ]PEMBUBARAN DEWAN NEGERI YANG KE-15, NEGERI SEMBILAN
05/06/2026

[ KENYATAAN MEDIA ]

PEMBUBARAN DEWAN NEGERI YANG KE-15, NEGERI SEMBILAN

05/06/2026

Sidang media Pasukan Ragbi PDRM Sabah sejurus menerima sumbangan RM10 Ribu daripada Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd merangkap Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Dato' Victor Peter Paut petang tadi di Menara Kinabalu.

Sekitar Majlis Penyerahan sumbangan kepada Pasukan Ragbi PDRM Kontinjen Sabah oleh YBhg. Dato’ Victor P. Paut, Timbalan ...
04/06/2026

Sekitar Majlis Penyerahan sumbangan kepada Pasukan Ragbi PDRM Kontinjen Sabah oleh YBhg. Dato’ Victor P. Paut, Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu & Borneo Samudera Sdn. Bhd. merangkap Ketua Bahagian PGRS N39 Tambunan, di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Sumbangan berjumlah RM10,000 itu adalah sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat kepada pasukan agar mampu meraih kejayaan dalam Kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Negara yang bakal berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan mulai 10-14 Jun ini.

Berita selanjutnya menyusul...

Address

Kota Kinabalu
88100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category