Sabah Today

Sabah Today BERITA TERKINI SEANTERO BENUA

13/09/2026

SUMBANGAN... Persatuan Wartawan Keningau (KJA) menerima sumbangan sebuah kenderaan dari Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera, Dato' Victor P. Paut bagi menjayakan Malam Apresiasi Media Pedalaman 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sumbangan di terima oleh Presiden KJA, Marutin Ansiung.

13/09/2026

JANJI DI TEPATI...Wakil tiga buah kampung ucap penghargaan kepada Penyelaras PGRS DUN Tambunan, Dato' Victor P. Paut diatas sumbangan 6 gulung polypipe dan tangki bagi tujuan menambahbaik penyaluran bekalan air ke rumah-rumah penduduk kampung berkenaan.

12 September 2026

Jaringan perniagaan merentasi sempadan dan peluang pelaburan mula mencari arah baharu, Sabah International Expo (SIE) 20...
13/09/2026

Jaringan perniagaan merentasi sempadan dan peluang pelaburan mula mencari arah baharu, Sabah International Expo (SIE) 2026 tampil sebagai pentas yang mempertemukan dunia dengan potensi ekonomi Sabah.

Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Dato' Sr. Mohd Ishak bin Datuk Ayub menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi SIE 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, YB Datuk Ewon Benedick.

Platform antarabangsa itu diharap dimanfaatkan sepenuhnya oleh delegasi, pelabur dan usahawan dari seluruh pelosok dunia bagi mencetuskan lebih banyak jaringan strategik, membuka peluang perniagaan baharu serta merancakkan pelaburan yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi mampan di Sabah.

Kerana apabila pintu perdagangan dibuka seluas ufuk, yang perlu dilakukan Sabah ialah melangkah ke hadapan—dengan keyakinan bahawa peluang hari ini boleh menjadi kemakmuran generasi esok.

VICTOR SERAH PRINTER PERKASA GERAK KERJA PEMUDA PGRS TAMBUNANTAMBUNAN : Dalam usaha memperkukuh kelancaran urusan pentad...
13/09/2026

VICTOR SERAH PRINTER PERKASA GERAK KERJA PEMUDA PGRS TAMBUNAN

TAMBUNAN : Dalam usaha memperkukuh kelancaran urusan pentadbiran dan gerak kerja organisasi, Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah - Tambunan Dato’ Victor P. Paut telah menyerahkan sebuah mesin pencetak (printer) kepada Penyelaras Pergerakan Pemuda PGRS N.39 Tambunan, Sdr Daniel Dilliam, kelmarin.

Sumbangan tersebut diharap dapat membantu memudahkan penyediaan dokumen, bahan program serta keperluan pentadbiran Pemuda PGRS Tambunan, sekaligus meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti dan khidmat kepada masyarakat.

Penyerahan ini turut mencerminkan komitmen untuk memastikan setiap jentera organisasi mempunyai kemudahan asas yang diperlukan bagi menjalankan amanah dengan lebih teratur, pantas dan berkesan.

“Kemudahan mungkin sederhana nilainya, tetapi manfaatnya besar apabila digunakan untuk memperkukuh gerak kerja dan khidmat kepada masyarakat," ulas Daniel lagi.

12/09/2026

PIHAK BERWAJIB PERLU AMBIL TINDAKAN YANG SEGERA ATASI BANJIR KILAT : VICTOR

Penyelaras PGRS DUN Tambunan, Dato' Victor Peter Paut melakukan lawatan terhadap mangsa-mangsa banjir kilat di dua buah kampung yang terjejas iaitu di Kampung Maras Karas dan Minodung tengahari tadi.

Beliau berada di Tambunan untuk merasmikan Program Smart Farming yang berlangsung di Dewan SMK Tambunan, mendapat khabar berkenaan situasi tersebut melalui wakil penduduk di sana.

Dalam lawatan tersebut, beberapa orang penduduk kampung yang terjejas di Kampung Maras Karas dan Kampung Minodung turut menerima bantuan kilat daripada Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu tersebut.

Di Minodung, seramai 12 Ketua Isi Rumah menerima bantuan kilat dari Victor manakala di Kampung Maras Karas seramai 3 orang mangsa terjejas banjir.

Hujan lebat semalam, 11 September, turut melibatkan beberapa buah jambatan kecil tidak boleh dilalui manakala kesesakan turut berlaku di Jalan Toboh akibat pokok tumbang dan air deras.

500 PESERTA SERTAI KURSUS SMART FARMING DI TAMBUNAN - CIPTA SEJARAH BAHARUTAMBUNAN : Seramai 500 orang peserta menyertai...
10/09/2026

500 PESERTA SERTAI KURSUS SMART FARMING DI TAMBUNAN - CIPTA SEJARAH BAHARU

TAMBUNAN : Seramai 500 orang peserta menyertai Kursus Smart Farming yang mengkhususkan teknik penanaman Lada Hitam di sini pada Sabtu, 12 September sekaligus mencipta satu sejarah baharu di Tambunan yang mana penyertaan begitu ramai sekali.

Kursus yang dianjurkan Kumpulan Sawit Kinabalu secara bersama dengan Lembaga Lada Hitam Malaysia itu berlangsung di Dewan SMK Tambunan dan akan dikendalikan oleh pakar-pakar dalam industri pertanian komoditi berkenaan.

Menurut Jawatankuasa Penyelaras Kursus, para peserta akan didedahkan dengan teknik penanaman selain cara pemeliharaan dan pasaran semasa.

Menurut sumber, penyertaan sangat memberangsangkan sehingga kouta 500 peserta yang diperuntukkan telah penuh menjelang seminggu sebelum tarikh tutup penyertaan.

"Kumpulan Sawit Kinabalu melalui inisiatif Dato' Victor P. Paut dan Lembaga Lada Hitam Malaysia tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menyertai kursus ini. Ia adalah Percuma.

Kepada mereka yang berminat tetapi terlepas peluang kali ini, boleh memohon menjadi peserta pada Siri Kedua nanti," jelasnya.

Apa yang jelas, kursus kali ini telah mencipta satu sejarah kerana selain jumlah penyertaan yang begitu ramai, ianya juga dilakukan secara Percuma.

Kursus Smart Farming merupakan salah satu inisiatif untuk membantu golongan luar bandar khususnya para peladang dan usahawan muda untuk mempelopori bidang baharu selain tumpuan ke arah industri sawit, padi, guarana dan sebagainya.

Majlis bakal disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato' Victor Peter Paut pada Sabtu ini.

09/09/2026

Janji Yang Ditepati... Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah - Tambunan , Dato' Victor Peter Paut hari ini menunaikan janji beliau untuk menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada gereja Rumah Komuniti St. Joachim Kampung Lintuhun, Tambunan.

Janji tersebut dilafazkan terdahulu semasa merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Lintuhun dan sebagai anak jati Lintuhun, Victor menunaikannya hari ini (8 September) dalam usaha berbakti kepada agama dan Komuniti.

Semoga ianya memberikan banyak manfaat kepada warga Lintuhun.

09/09/2026

Pesawah dari Kampung Lalapakon, Tambunan, Harry Kimun, 58, mewakili komuniti pesawah kampung berkenaan untuk merayu agar tindakan segera di ambil bagi mengatasi krisis bekalan air irrigation berikutan pam yang ada sudah lama tidak berfungsi.

09/09/2026

Krisis bekalan air ke sawah jejas lebih 600 petani di Kiawayan, Tambunan.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato' Victor P. Paut turun padang pada Selasa bagi meninjau situasi berkenaan setelah menerima aduan para pesawah pada Ahad lalu.

GEMPAK💥 ....Meski hanya tiga hari berlangsung, KTC Mega Sale mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai, termasuk ...
07/09/2026

GEMPAK💥 ....Meski hanya tiga hari berlangsung, KTC Mega Sale mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai, termasuk pembeli dari luar kawasan, membanjiri jualan bagi mendapatkan pelbagai produk pada harga promosi.

Hujung minggu dan penghujung cuti sekolah benar-benar dimanfaatkan oleh warga kota untuk mendapatkan apa yang ingin dimiliki dengan harga yang cukup rendah.

Pelbagai produk ditawarkan pada harga istimewa dengan diskaun sehingga 80 peratus, sekali gus menarik minat pengguna untuk mendapatkan barangan pilihan.

Siri jualan mega Kim Teck Cheong Consolidated Berhad itu yang berlangsung selama tiga hari, dari 4 hingga 6 September 2026, di SICC Kinabatangan Hall 1, Aras 2, Kota Kinabalu.

Address

Kota Kinabalu
88100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category