FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak

FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak Salah sebuah agensi dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan yang terlibat secara langsung dalam pemasaran hasil pertanian.

JUALAN AGROMADANI @ PASARTANI KEKAL KUALA KANGSAR Moh orang Kuala Kangsar dan kawasan sekitar dijemput hadir ke Jualan A...
14/05/2026

JUALAN AGROMADANI @ PASARTANI KEKAL KUALA KANGSAR

Moh orang Kuala Kangsar dan kawasan sekitar dijemput hadir ke Jualan Agromadani yang akan berlangsung di Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar.

πŸ“… Tarikh : 15 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat : Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar

Pelbagai barangan keperluan dijual dengan potongan harga menarik antaranya:
πŸ” Ayam
πŸ₯© Daging
πŸ‰ Buah-buahan
πŸ₯š Telur

🎁 Istimewa.
Setiap pembelian RM10 ke atas layak menyertai cabutan bertuah.

Jangan lepaskan peluang membeli barangan segar pada harga berpatutan sambil berpeluang memenangi hadiah menarik.

14/05/2026
*HEBAHAN PASAR SEJAHTERA RAKYAT PERAK*Jom ramai-ramai hadir ke Pasar Sejahtera Rakyat Perak bagi mendapatkan pelbagai ba...
12/05/2026

*HEBAHAN PASAR SEJAHTERA RAKYAT PERAK*

Jom ramai-ramai hadir ke Pasar Sejahtera Rakyat Perak bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan! πŸ›’βœ¨

πŸ“… Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
πŸ•£ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Lokasi: Pejabat Penghulu Mukim Gerik

Pelbagai jualan menarik menanti anda termasuk hasil segar pertanian, barangan makanan serta keperluan harian untuk seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang menikmati suasana membeli-belah yang lebih jimat dan meriah bersama komuniti setempat.

Jumpa anda di sana.

28 April 2026 | Selasa | Kampung Senggangπ™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™†π™€π˜½π™π™‰ π˜Ώπ™π™π™„π˜Όπ™‰ π˜Ώπ™„ 𝙆𝙂. π™Žπ™€π™‰π™‚π™‚π˜Όπ™‰π™‚, π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™†π˜Όπ™‰π™‚π™Žπ˜Όπ™ Hari ini FAMA Kuala Kangsar...
28/04/2026

28 April 2026 | Selasa | Kampung Senggang

π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™†π™€π˜½π™π™‰ π˜Ώπ™π™π™„π˜Όπ™‰ π˜Ώπ™„ 𝙆𝙂. π™Žπ™€π™‰π™‚π™‚π˜Όπ™‰π™‚, π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™†π˜Όπ™‰π™‚π™Žπ˜Όπ™

Hari ini FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak berpeluang mengadakan lawatan ke rumah kebun dan ladang durian milik salah seorang peserta Ladang Kontrak daerah Kuala Kangsar, iaitu En. Mohamad Arif bin Zainal.

Beliau mula mengusahakan ladang durian ini sejak tahun 2020 dan kini telah berjaya membangunkan kawasan seluas kira-kira 60 ekar. Di ladang ini, terdapat sebanyak 2,000 pokok durian Musang King serta 350 pokok durian Duri Hitam yang diusahakan dengan penuh komitmen dan perancangan rapi.

Selain memberi tumpuan kepada pengeluaran hasil durian berkualiti tinggi, beliau juga mempunyai visi untuk memajukan kebunnya sebagai destinasi agropelancongan. Usaha ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak FAMA bagi menarik lebih ramai pengunjung serta mempromosikan industri durian tempatan.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada ekonomi setempat serta membuka peluang baharu dalam sektor agropelancongan di Kuala Kangsar.

"𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝙄𝙏𝙄 & π™„π™‰π™†π™‡π™π™Žπ™„π™‘π™„π™π™„: π™‹π™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π™…π˜Όπ™”π˜Όπ˜Όπ™‰"










JUALAN AGROMADANI SEMPENA JELAJAH SEJAHTERA DESAKU @ DUN CHENDEROHWarga sekitar Kuala Kangsar khususnya di DUN Chenderoh...
26/04/2026

JUALAN AGROMADANI SEMPENA JELAJAH SEJAHTERA DESAKU @ DUN CHENDEROH

Warga sekitar Kuala Kangsar khususnya di DUN Chenderoh, jangan lepaskan peluang ini. Jom beramai-ramai ke Jualan Agromadani yang menawarkan barangan keperluan dapur pada harga jauh lebih jimat.

πŸ“… 27 April 2026 (Isnin)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Dewan Arena Terbuka, Kampung Chuar Hulu, Kuala Kangsar

Istimewa untuk anda, Kombo Madani hanya RM10.00 dengan pelbagai barangan asas seperti ayam, tepung, bawang dan kubis. Memang berbaloi dan membantu meringankan perbelanjaan harian.

Datang awal, ajak keluarga dan jiran sekali sebab stok terhad. Rugi kalau tak rebut peluang ini.

Jumpa anda di sana.

21 April 2026 | Selasa | Pasar Tani Gerikπ™ˆπ˜Όπ™…π™‡π™„π™Ž π™…π˜Όπ™ˆπ™π˜Όπ™‰ π™ƒπ˜Όπ™π™„ π™π˜Όπ™”π˜Ό π˜Όπ™„π˜Ώπ™„π™‡π™π™„π™π™π™„ π™‹π˜Όπ™Žπ˜Όπ™ π™π˜Όπ™‰π™„ 𝙂𝙀𝙍𝙄𝙆 Jamuan hari raya Pasar Tani...
22/04/2026

21 April 2026 | Selasa | Pasar Tani Gerik

π™ˆπ˜Όπ™…π™‡π™„π™Ž π™…π˜Όπ™ˆπ™π˜Όπ™‰ π™ƒπ˜Όπ™π™„ π™π˜Όπ™”π˜Ό π˜Όπ™„π˜Ώπ™„π™‡π™π™„π™π™π™„ π™‹π˜Όπ™Žπ˜Όπ™ π™π˜Όπ™‰π™„ 𝙂𝙀𝙍𝙄𝙆

Jamuan hari raya Pasar Tani Gerik telah berlangsung dengan penuh kemeriahan hasil kerjasama erat serta sumbangan daripada Ahli Jawatankuasa Pasar Tani dan para usahawan Pasar Tani Gerik.

Majlis ini turut dibuka kepada para pengunjung yang hadir, sekali gus memberi peluang untuk bersama-sama menikmati juadah Hari Raya dalam suasana harmoni serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak FAMA, peniaga dan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.

"𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝙄𝙏𝙄 & π™„π™‰π™†π™‡π™π™Žπ™„π™‘π™„π™π™„: π™‹π™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π™…π˜Όπ™”π˜Όπ˜Όπ™‰"










17/04/2026
17 April 2026 | Jumaat | Medan Gerai Buah-Buahan Segar Manongπ˜Όπ™†π™π™„π™‘π™„π™π™„ π™ˆπ™€π™ˆπ™‹π™π™Šπ™ˆπ™Šπ™Žπ™„π™†π˜Όπ™‰ π™‚π™€π™π˜Όπ™„ π˜½π™π˜Όπ™ƒ-π˜½π™π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‰ π™Žπ™€π™‚π˜Όπ™ (π™‚π˜½π˜½π™Ž) π™π˜Όπ™ˆπ˜Ό ...
17/04/2026

17 April 2026 | Jumaat | Medan Gerai Buah-Buahan Segar Manong

π˜Όπ™†π™π™„π™‘π™„π™π™„ π™ˆπ™€π™ˆπ™‹π™π™Šπ™ˆπ™Šπ™Žπ™„π™†π˜Όπ™‰ π™‚π™€π™π˜Όπ™„ π˜½π™π˜Όπ™ƒ-π˜½π™π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‰ π™Žπ™€π™‚π˜Όπ™ (π™‚π˜½π˜½π™Ž) π™π˜Όπ™ˆπ˜Ό

Sebagai usaha memperkenalkan dan menarik lebih ramai pengunjung, pihak FAMA bersama usahawan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Manong telah menjalankan aktiviti promosi di kawasan sekitar.

Dalam program ini, buah-buahan potong segar serta air buah telah diedarkan secara percuma kepada para pengunjung. Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai merasai kesegaran buah-buahan tempatan, malah turut mempromosikan kepelbagaian hasil tani yang ditawarkan di GBBS Manong.

Diharapkan melalui aktiviti seperti ini, Gerai Buah-Buahan Segar Manong akan terus dikenali dan menjadi pilihan utama masyarakat untuk mendapatkan buah-buahan segar, berkualiti dan pada harga yang berpatutan.

"𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝙄𝙏𝙄 & π™„π™‰π™†π™‡π™π™Žπ™„π™‘π™„π™π™„: π™‹π™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π™…π˜Όπ™”π˜Όπ˜Όπ™‰"










πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILFITRI βœ¨πŸŒ™Pergi ke dusun memetik rambutan,Dibawa pulang buat hidangan,Hari Raya eratkan hubungan,Salah dan s...
14/04/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILFITRI βœ¨πŸŒ™

Pergi ke dusun memetik rambutan,
Dibawa pulang buat hidangan,
Hari Raya eratkan hubungan,
Salah dan silap mohon dimaafkan.

Kami warga kerja FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ikhlas daripada,
FAMA Kuala Kangsar & Hulu Perak

12 Februari 2026| Khamis | Pasar Tani Padang Rengas𝙅π™ͺ𝙖𝙑𝙖𝙣 π˜Όπ™œπ™§π™€π™’π™–π™™π™–π™£π™ž π™¨π™šπ™’π™₯π™šπ™£π™– 𝙨𝙖𝙒𝙗π™ͺ𝙩𝙖𝙣 𝙗π™ͺ𝙑𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙒𝙖𝙙𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙒𝙗π™ͺ𝙩𝙖𝙣 41 𝙩𝙖𝙝...
13/02/2026

12 Februari 2026| Khamis | Pasar Tani Padang Rengas

𝙅π™ͺ𝙖𝙑𝙖𝙣 π˜Όπ™œπ™§π™€π™’π™–π™™π™–π™£π™ž π™¨π™šπ™’π™₯π™šπ™£π™– 𝙨𝙖𝙒𝙗π™ͺ𝙩𝙖𝙣 𝙗π™ͺ𝙑𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙒𝙖𝙙𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙒𝙗π™ͺ𝙩𝙖𝙣 41 𝙩𝙖𝙝π™ͺ𝙣 π™₯𝙖𝙨𝙖𝙧 𝙩𝙖ni

FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak telah mengadakan jualan Agromadani potongan harga barangan basah dan jualan kombo madani yang semestinya menjadi tumpuan utama di Pasar Tani Padang Rengas. Selain itu juga,FAMA turut menyediakan air percuma dan pemberian buah kurma serta takwim ramadhan kepada pengunjung yang hadir.

Pihak FAMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memberi sokongan serta bersama-sama memeriahkan suasana program.

Untuk makluman,Pasar Tani Padang Rengas akan ditutup sementara sepanjang bulan Ramadhan dan akan mula beroperasi semula selepas bulan Ramadhan.

Terima kasih atas sokongan berterusan daripada semua.

Address

Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057772603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak:

Share