30/10/2025
Untuk ibu ayah yang tak tahu Roblox tu apa.
Roblox ni, bukan satu jenis game.
Tapi, ianya adalah “dunia maya” yang membolehkan anak-anak experience pelbagai jenis games dan ruang sosial.
Roblox adalah antara aplikasi yang boleh “buka pintu tanpa sempadan” untuk anak.
Walau anak dalam rumah, anak kita boleh “merantau” ke banyak tempat. Berborak dengan ramai orang. Belajar banyak benda.
Walaupun Roblox secara teknikalnya ada age restriction untuk kanak-kanak bawah 13 tahun dari masuk ke experiences yang ada unsur keganasan, kandungan se*s*al, atau bahasa kasar.
Tapi, tetap ada user-generated content, konten atau experience yang dicipta pengguna, yang kelihatan mesra kanak-kanak, tapi terselit kandungan g*n*s dan l*c*h.
Anak-anak boleh chatting dengan orang yang tidak dikenali. Terdedah kepada grooming dan scammer. Ok ke kita bila anak-anak kita berborak dengan orang yang mereka tak kenali?
Lagi scary?
Ada private server yang anak kita boleh dijemput untuk sertainya. Sangat bahaya ya. Apa-apa pun boleh jadi dalam private server itu. Walaupun anak kita hanya “jumpa” pemain lain di ruang maya, tapi banyak kerosakan yang boleh berlaku.
Boleh berlaku phishing juga.
Anak-anak yang perlukan robux (sejenis matawang yang digunakan dalam roblox untuk beli item), kadang disuruh klik link tertentu yang boleh bawa mereka ke laman web yang berbahaya.
Belum cerita anak-anak kena scam untuk dapatkan robux lagi.
It’s a completely wide and wild world Roblox ni.
Setiap kali saya beritahu ibu bapa untuk cuba elakkan anak guna roblox, ada ibu bapa yang akan kata:
“anak saya jadi kreatif dengan roblox”.
Anak bina dunianya sendiri.
Anak kreatif buat coding.
Anak jadi bijak maths.
Betul. Memang banyak elemen yang bagus.
Tapi, elemen yang tak bagus juga banyak.
Bagi anak main Roblox, dan kawal penggunaan anak?
Dalam masa 30 minit sehari yang anak kita dapat akses Roblox tu, macam-macam pendedahan yang dia boleh dapat.
Betul Roblox pun dah buat macam-macam cara dan kaedah untuk buat penggunaannya lebih selamat untuk kanak-kanak. Tapi, anak tetap boleh terdedah jika kita ibu bapa tidak pantau dengan ketat.
Saya betul-betul against game dan aplikasi yang anak kecil boleh dapat akses dengan orang luar. Apatah lagi anak-anak bawah 13 tahun yang belum tahu macam-macam sepatutnya.
Saya adalah antara penyokong kuat jika kerajaan larang penggunaan smartphone untuk kanak-kanak bawah 16 tahun.
Anak boleh belajar banyak benda dan memudahkan pembelajaran menggunakan smartphone dan tablets?
Ye.
Tapi, diorang pun boleh belajar guna buku teks, pen dan kertas.
Nanti anak tak tahu guna teknologi?
Ketinggalan?
Come on.
Kita baru install apps pagi tadi, petang dah expert dah nak guna.
Perkasakan je makmal computer macam masa kita budak-budak dulu. Budak-budak ni bijak. Sampai masa diorang boleh guna devices, memang kejap je diorang boleh master.
Of course makmal computer zaman nowadays dah lebih mantap dan maju dari zaman kita budak-budak kan?
Saya tahu topik ni akan ramai yang ada pendapat berbeza.
Tapi, please take note untuk usaha kawal dan tahu apa yang anak kita layari saban hari di smartphone nya.
Wallahu’alam.
Kredit Penulis Siti ' Aisyah Rozalli