luboknego.com

luboknego.com Untuk Usahawan Berani

Assalamualaikum.Salam Jumaat.
12/08/2021

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.

05/07/2021

Perbezaan orang yang berjaya dengan orang gagal adalah orang yang berjaya mencari jalan dan orang yang gagal mencari alasan.

02/07/2021

Bagaimana nak mula bisnes online?
Mulakan dengan apa yang ada di tangan anda.

Bisnes anda sudah online?
02/07/2021

Bisnes anda sudah online?

24/06/2021

[BEBEL NIAGA - 24 JUN 2021]

Selamat berurusniaga belako adik kakok. Moga kita semua sentiasa mewah rezeki walau musim pkp atau tidak. Kekalkan semangat. Tambah baik produk. Tambah baik cara iklan.

** Pihak kami tengah bangunkan platform website niaga untuk luboknego ni. Tu semua untuk kebaikan dan kemudahan kita semua dalam ni. Nak buat tu agak susah dan mencabar kalu kita tak pandai main kod kod dia. Tapi semua tu takpo. Platform tu percuma. Cuma da syarat dia jugak la. Nanti maklumat lanjut akan dipanjangkan lagi. Loni dalam proses tambah baik.

** Selain tu hok mana takdok page facebook tu boleh mula berjinak jinak untuk buat page fb. Update secara konsistent dan belajar buat iklan dalam page. Banyak kelebihan page. Bukan setakat kita boleh simpan info berkaitan bisnes malahan ore luar dari kawasan Lata Rek juga dapat tau dan mungkin order dengan kita. Pah jange kedekut duit yuran untuk gi masuk mana mana kelas berkaitan tambah baik page facebook kito tu.

** Platform lain hok kito boleh guna ialah instagram. Sebab instagram ada pengikut dia sendiri terutamanya golongan remaja. Malahan loni ia menjadi instagram menjadi platform kedua terbaik dan teramai untuk buat bisnes.

** Tik-tok . Napok macam main2 kalu kita nak buat main2. Tapi sebenarnya tiktok loni menjadi platform niaga yang bulih buat duit jugak. Rupanya ramai dah buat periklanan percuma mereka dengan tiktok. Jangan pikir gelek jah tik tok ni. Kembangkan otak sikit dan try belajar.

** Selain tu masuk la ke mana mana frup bisnes yang terdekat yang ada. Boleh tanya saing2 hok dalam ni grup wasap bisnes yang ada. Tapi ingat, mana mana grup ada tatacara dan syarat dia sendiri. Hormati atruran dia tu. Jange ikut kepala kita. Silap2 kita di remove dan terus diblacklist. Kami di lubok nego lata rek ni jah belum fikir nak remove. Sebab kita sama sama cari rezeki.

**Loni kena pikir untuk jangka panjang. Mungkin dah tiba kita kena pikirkan macam mana kita nak bawak produk kita ni keluar. Istilah 'cukup makan; tu ok. Tapi mesti kita nak lebih. Niatkan rezeki lebih yang kita dapat nanti bukan untuk kayakan kita sorang. Tapi dapat dikongsi bersama orang sekeliling kita. Atau staff kita. Jadi platform2 online lah tempatnya.

**Satu lagi shopee, lazada dan lain2 seumpamanya.

Selamat berniaga.

5 sebab kenapa anda wajib daftar sebagai penjual di dalam luboknego.com?1. Semua produk yang anda jual dapat dilihat ole...
21/06/2021

5 sebab kenapa anda wajib daftar sebagai penjual di dalam luboknego.com?

1. Semua produk yang anda jual dapat dilihat oleh bakal pelanggan 24 jam sehari.

2. Bakal pelanggan dapat tahu harga semasa(termasuk harga sale/promosi) segera dan tanpa perlu bertanya berkali-kali kepada penjual.

3. Penjual dapat menyediakan banyak pilihan cara bayaran(termasuk cash/online transfer/internet banking/kad debit/kad kredit/Cash on delivery) kepada pelanggan.

4. Penjual dapat menyediakan beberapa pilihan penghantaran barang kepada bakal pembeli contohnya COD, Ambil sendiri, Pos laju, J&T, CJ logistik dan lain-lain. Pengiraan pos dikira secara automatik selepas pelanggan memasukkan alamat mereka.

5. Kelebihan promosi produk yang dijual secara automatik. Sebagai penjual anda juga adalah pembeli. Kita sama-sama bina komuniti usahawan atas talian. Selain itu Team luboknego.com akan membantu mempromosi produk anda melalui youtube dan fb page.






TERIMA KASIH TERIMA KASIH Nilai Ucapan Terima Kasih Kebiasaannya kita mengucapkan perkataan terima kasih sambil lewa sah...
21/06/2021

TERIMA KASIH
TERIMA KASIH

Nilai Ucapan Terima Kasih

Kebiasaannya kita mengucapkan perkataan terima kasih sambil lewa sahaja. Jarang kita mengambil perhatian tentang perkataan terima kasih itu, walaupun pada hakikatnya ia amat mudah untuk disebut. Kita menganggap ia tidak penting, serta sering tidak kisah untuk mengucapkannya.

Namun tahukah bahawa di sebalik ucapan terima kasih mempunyai maksud yang begitu mendalam dan kesan yang begitu besar kepada si penerima? Ia juga tidak susah untuk diamalkan; kita boleh mengucapkannya bila-bila masa dan di mana saja. Tidak perlu menunggu majlis yang rasmi dengan ucapan yang panjang lebar baru kita hendak mengucapkan terima kasih kepada semua. Pada masa itu sudah terlewat untuk menghargai orang di sekeliling kita.

Di pejabat, ucapkan terima kasih kepada pekerja yang membersih dan mengemaskan tempat kerja kita, kepada rakan yang membantu membawakan surat atau membelikan kuih di kantin. Bagi ketua pejabat p**a jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada pembantu yang mencarikan fail atau membancuhkan secawan kopi/teh.

Jangan sangka sebagai ketua tidak perlu mengucapkan terima kasih. Seorang ketua akan hanya dihormati apabila pandai menghargai orang di bawahnya. Barulah dia akan menjadi contoh teladan yang baik bagi anak buahnya. Dengan mengucapkan terima kasih kepada orang bawahan, secara tidak langsung seorang ketua akan memberi semangat kepada pekerjanya untuk meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Kita juga harus mengucapkan terima kasih semasa memandu di jalanraya. Angkat tangan tanda ucapan terima kasih apabila kereta lain memberi laluan di jalan yang sempit. Angkat tangan juga jika kita telah membuat kesilapan semasa memandu, ia sebagai isyarat kita berterima kasih kepada pemandu lain kerana bersabar. Dengan cara itu, mereka tidak akan jadi memarahi kita.

Ucapan terima kasih juga penting diamalkan dalam sesebuah keluarga. Kebanyakan dari kita hanya ingat untuk mengucapkan terima kasih sesama rakan tetapi apabila bersama keluarga langsung tidak pandai untuk menghargai ahli keluarga. Ini selalunya berlaku kepada ketua keluarga iaitu si bapa. Pada fikirannya dia merupakan ketua di dalam rumah, mengapa p**a dia harus ucapkan terima kasih kepada anggota keluarganya sendiri?

Di sinilah letaknya kesilapan seorang bapa. Walaupun beliau merupakan ketua keluarga, namun dia masih memerlukan khidmat ahli keluarganya. Contoh yang paling mudah, si bapa sedang duduk di ruang tamu lalu hendak membaca surat khabar yang berada di dalam bilik tidur; namun berasa letih untuk mengambilnya. Dia akan menyuruh anaknya untuk mengambilkan untuknya.

Apabila anaknya telah mengambilkan surat khabar tersebut, dia patut mengucapkan terima kasih, walaupun itu adalah anaknya sendiri. Seharusnya dia sedar tanpa pertolongan anaknya, dia tidak akan dapat membaca surat khabar itu. Oleh itu dia hendaklah menghargai khidmat anaknya dan jangan bersikap sombong dengan berangapan sebagai ketua dia tidak perlu berterima kasih kepada keluarganya.

Keluarga yang sentiasa mengamalkan ucapan terima kasih sesama mereka akan membawa nilai tersebut apabila mereka bergaul dalam masyarakat. Ucapan terima kasih akan memberi kebahagiaan dan keceriaan kepada si penerima. Ia mempunyai kuasa untuk merapatkan lagi tali silaturrahim sesama manusia apabila jasa dan khidmat dihargai dan diiktiraf.

Agama Islam juga sentiasa menyeru kita untuk berbuat baik sesama sendiri dan tentunya ucapan terima kasih adalah salah satu daripada caranya. Kita digalakkan menanam sikap dan nilai-nilai murni seperti ini. Di antara seorang suami dan isteri juga perlu sentiasa mengamalkannya. Apabila seorang isteri sanggup berhenti kerja untuk menjaga sendiri anak-anaknya, maka si suami patut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana sanggup berkorban melepaskan pekerjaaanya.

Jangan menganggap perkara itu biasa sahaja. Isteri telah melakukan pengorbanan yang sangat besar dan tidak ramai yang sanggup melakukannya, seharusnya ia dihargai. Juga apabila seorang isteri telah memasak untuk keluarganya, suami patut mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana telah berpenat lelah memasak. Jangan p**a dikeji jika masakan itu tidak sedap atau tidak rasa garam dan sebagainya. Sebaliknya beri galakan kepada isteri untuk belajar memasak dengan mengikuti kursus masakan agar lebih mahir lagi.

Sesuatu yang menarik di negara barat mereka amat menitik beratkan perkataan terima kasih ini. Seorang pembentang kertas kerja di sebuah seminar di Kuala Lumpur telah menceritakan pengalaman beliau semasa menyambung pelajaran di sebuah negara barat. Beliau telah memesan makanan di kedai makan dan setelah menerima pesanannya, telah terlupa untuk mengucapkan terima kasih lalu ditegur oleh pekerja di situ. Bagi kita di sini perkara itu mungkin remeh sahaja.

Dia juga menceritakan keadaan di sana tidak kira samada semasa menaiki bas, di pasaraya, di kelas, ucapan terima kasih tidak pernah lekang dari mulut mereka. Ia telah menjadi suatu budaya untuk mereka sentiasa bertanya khabar dan mengucapkan terima kasih. Perkara yang baik dari negara barat tidak salah untuk kita ikuti dan amalkan.

Bagi para usahawan p**a amalkan selalu untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan. Apabila memulangkan wang baki contohnya, ucapkanlah terima kasih. Kadang-kadang pelanggan memang menunggu ucapan tersebut dan akan hampa jika tidak mendengarnya. Sikap seseorang usahawan itu amatlah penting. Jika dia memberikan layanan yang memuaskan pastinya pelanggan tidak akan teragak-agak ke tempatnya lagi. Usahawan yang pandai berbudi bahasa, menghormati, tidak lokek dengan senyuman, sering mengucapkan terima kasih kepada pelanggan selalunya akan murah rezeki berbanding dengan mereka yang tidak pandai menghargai pelanggan.

Tulisan oleh : Mastura binti Mohd Zain
Via https://ucapanmalaysia.weebly.com/maksud-terima-kasih.html

Grafik oleh : Malauazam Mohamad

Luboknego.com adalah platform khas untuk membantu usahawan dalam mempromosi bisnes dan membuat jualan atas talian.Produk...
19/06/2021



Luboknego.com adalah platform khas untuk membantu usahawan dalam mempromosi bisnes dan membuat jualan atas talian.
Produk yang anda jual akan disenaraikan mengikut kategori bisnes anda. Bakal pelanggan yang datang melihat senarai produk akan tertarik membeli produk apabila mereka klik pada mana-mana senarai atau dengan klik butang shop.
akan membantu mempromosi produk yang disenaraikan melalui media pop**ar seperti FB page dan Youtube. InshaAllah produk anda akan dikenali dengan cepat terutama semasa musim pandemik yang menyebabkan semua orang terpaksa duduk rumah atau . Peluang untuk mereka membuat belian atas talian sangat tinggi untuk mengurangkan kadar jangkitan.
Jom bukak luboknego.com dan perhati betul-betul apa peluang yang boleh kami bantu dalam bisnes anda.






10/06/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke page luboknego.com

Page ini adalah kesinambungan dari website luboknego.com .

Tujuan utama luboknego.com adalah untuk membantu usahawan mempromosi, menjual dan memudahkan pembeli membeli produk tempatan.

Jom mula bina jenama bisnes anda dan moh kita manfaatkan sepenuhnya teknologi online khasnya semasa pandemik Covid 19 ini.




Posted on 10 June 2021 by admin — Leave a commentHello world! Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing! Category: Uncategorized

Address

Kuala Krai
18000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when luboknego.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share