15/04/2026
Alhamdulillah, pada Sabtu, 11 April 2026, SMK Medini Iskandar Puteri dan 36Five X (syarikat pengurusan Kompleks Sukan EduCity) telah memeterai persefahaman untuk bekerjasama menghidupkan semula penggunaan Padang Ragbi SMK Medini — bukan sekadar untuk sekolah, tetapi untuk lebih banyak aktiviti komuniti di sekitar EduCity. 🏉
Untuk konteks, padang ini sebelum ini agak kurang digunakan kerana SMK Medini sudah mempunyai satu lagi padang, dan kos penyelenggaraan dua padang memang besar untuk ditanggung pihak sekolah.
Jadi, kerjasama dengan 36Five X yang juga mengurus fasiliti sukan berjiran di ESC adalah langkah yang praktikal dan sangat masuk akal — demi manfaat sekolah dan komuniti EduCity.
Melalui kerjasama ini:
• 36Five X akan membantu memastikan padang serta fasiliti sekeliling berada dalam keadaan baik dan terjaga, termasuk aspek pengurusan dan penyelenggaraan.
• SMK Medini p**a akan menggalakkan penggunaan padang ini oleh komuniti setempat agar lebih aktif dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Yang paling kami teruja — kerjasama ini juga memberi fokus kepada pembangunan pasukan ragbi SMK Medini.
36Five X akan menyokong dari sudut program pembangunan/perancangan, serta membuka ruang kolaborasi dan jaringan dengan ekosistem ragbi yang lebih luas supaya pasukan sekolah boleh berkembang dengan lebih tersusun dan berdaya saing.
InsyaAllah, ini bukan sekadar “guna padang”, tapi bina budaya sukan dan laluan perkembangan untuk bakat muda.
SMK Medini juga merupakan Sekolah Amanah di bawah Yayasan AMIR, yang menekankan kerjasama awam-swasta untuk meningkatkan kemenjadian murid — dan inilah semangat yang kami cuba bawa bersama.
Sekalung penghargaan buat Pengetua SMK Medini, YBrs. Tuan Mohd Radzif bin Yusof, YDP PIBG YBrs. Tuan Md Najib bin Jabar, serta barisan pentadbir dan guru-guru yang menjayakan usaha ini.
Terima kasih juga kepada YB Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar yang hadir merasmikan majlis.
InsyaAllah, ini permulaan untuk lebih banyak aktiviti sukan dan komuniti yang bermakna — dari sekolah, untuk sekolah, dan untuk komuniti. 💪✨