06/05/2026
Dulu beliau berlakon jadi hero selamatkan rakyat di pawagam. Hari ini, beliau keluar dari skrin dan betul-betul jatuhkan kerajaan yang dah berkuasa 59 tahun.
Ini bukan skrip filem Tamil, tapi ini realiti politik yang baru sahaja berlaku di Tamil Nadu. Watak utamanya adalah pelakon nombor satu di selatan India, Thalapathy Vijay.
Masuk bertanding buat kali pertama, parti beliau (TVK) terus sapu 108 kerusi dan tinggalkan jauh parti pemerintah. Paling hebat, beliau berjaya buat 85.1% rakyat keluar mengundi (rekod paling tinggi dalam sejarah!).
Macam mana muka baharu boleh terus menang besar? Ini antara sebab utamanya:
1. Dah Lama Jadi Hero Dalam Wayang
Dalam filem-filem popular seperti Sarkar, Mersal dan Kaththi, Vijay selalu bawa watak orang biasa yang berani lawan ahli politik jahat. Benda ini dah lama tertanam dalam kepala penonton. Bila rakyat perlukan hero sebenar, mereka terus teringat pada beliau.
2. Kelab Peminat Jadi Jentera Paling Kuat
Kejayaan ini bukan datang tiba-tiba. Bertahun-tahun sebelum buat parti, kelab peminat Vijay memang dah aktif buat kerja amal, tolong orang susah dan bagi bantuan makanan. Bila tiba waktu mengundi, kelab peminat inilah yang terus jadi penyokong paling setia turun padang.
3. Rela Berhenti Berlakon dan Tinggalkan Gaji Berjuta
Bukan senang nak tolak gaji berpuluh juta ringgit. Tapi Vijay sanggup berhenti berlakon masa beliau tengah popular gila. Bila beliau buat keputusan berani begini, rakyat terus nampak yang beliau serius nak tolong orang, bukan sekadar nak cuba nasib.
4. Rakyat Dah Bosan Dengan Parti Lama
Cuba bayangkan, 59 tahun negeri itu cuma dipusing oleh dua parti besar yang sama (DMK & AIADMK). Rakyat dah mula muak dan perlukan orang baharu yang bersih serta tak ada kaitan dengan politik lama. Vijay muncul pada masa yang sangat tepat apabila rakyat perlukan perubahan.
5. Berjaya Tarik Sokongan Orang Mudah
Vijay tidak guna gaya politik orang lama. Beliau bawa imej yang segar dan semangat baharu. Pengundi muda yang pertama kali mengundi tidak terikat dengan kesetiaan pada parti lama, jadi mereka terus beri undi penuh kepada beliau sebagai simbol perubahan sebenar.
Tapi tahukah anda, benda macam ini sebenarnya pernah berlaku di luar negara?
Kisah "Hero Wayang Jadi Hero Sebenar" ini sebiji macam kisah Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.
Sebelum jadi Presiden yang sah, Zelenskyy hanyalah seorang pelawak. Beliau berlakon dalam siri TV sebagai guru biasa yang benci rasuah dan tiba-tiba diangkat jadi Presiden.
Rakyat Ukraine sangat terkesan dengan lakonan itu, sampai mereka pergi undi dan jadikan beliau Presiden betul-betul! Zelenskyy juga buktikan beliau berjiwa besar bila tolak tawaran lari ke luar negara masa negaranya diserang.
Hari ini, formula dari skrip wayang ke alam nyata itu dah terbukti berjaya di Asia melalui Thalapathy Vijay.
Agak-agak kalau di Malaysia, ada tak pelakon atau selebriti yang ada aura kepimpinan macam ini? Yang kalau esok beliau buat parti, ramai rakyat akan mengundi beliau.
Sumber : Muhammad Azmi Jamaludin
💚💛❤️🤍
𝙋𝙚𝙧𝙩𝙞𝙜𝙖 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙋𝙪𝙣𝙮𝙖
☑️ • 𝗟𝗶𝗸𝗲 • 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 • 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲