22/03/2020
5 CARA MUDAH BAGAIMANA ANDA DAPAT TINGKATKAN JUALAN DENGAN BERKESAN YANG BOLEH ANDA AMALKAN
Berniaga online ni memang best , lagi lagi di Facebook sebab berjuta juta orang menggunakan Facebook setiap hari , kita hanya gunakan handphone sahaja dan boleh berniaga ni mana mana sahaja
Tapi apa yang tak best tu kalau kita gagal dapatkan jualan , kemudian kita mula berfikir bagaimana cara berkesan untuk dapatkan jualan
Gagal menjual boleh menyebabkan jatuhnya semangat kita untuk menjadi usahawan berjaya , atau mungkin merasa kecewa tidak dapat mencari duit poket extra untuk menampung perbelanjaan bulanan
Dalam post ini saya ingin kongsikan bagaimana cara dapatkan jualan dengan berkesan yang anda boleh cuba lakukan
ANTARA PUNCA GAGAL MENJUAL
=====
1) pelanggan tak yakin dengan produk :
Jika pelanggan tak yakin dengan produk anda , memang sales anda krin krik krik la jawabnya , so macam mana nak yakinkan pelanggan anda ?
.
yakinkan mereka dengan memperbanykkan testimonial , samaada dalam bentuk gambar , video atau lain lain dan jangan lupa menyediakan info secukupnya tentang produk anda
2)Terlalu focus pada menjual produk :
Jangan terlalu focus pada produk , sebab pelanggan membeli kerana ingin selesaikan masalah mereka , anda perlu focus menjual manfaat prduk yang dapat membantu selesaikan masalah mereka
3)Gagal menjawab "bantahan" daripada pelanggan :
Dalam urusan menjual beli ,, pelanggan anda mungkin bantah harga yang ditawarkan , mereka mungkin kurang percaya pada produk anda dan macam macam lagi , anda perlu menjawab soalan soalan itu semua , sediakan soalan dan jawapan (FAQ) di website ataupun mana mana page jualan anda
5 CARA MUDAH BAGAIMANA ANDA DAPAT TINGKATKAN JUALAN DENGAN BERKESAN YANG BOLEH ANDA AMALKAN
=========
1) Berikan tempoh atau kuota terhad :
Untuk memastikan prospek anda menghubungi anda dengan segera dan membuat pembayaran segera anda boleh menggunakan scarcity effect seperti berikut
" offer hanya selama 1 hari sahaja ! "
" diskaun 40% sehingga tepat 12 malam ini sahaja ! "
" percuma tudung bawal bagi setiap pembelian sebelum 31 Disember!".
2) Follow up :
biasa terjadi pelanggan tidak membuat pembelian selepas menghubungi penjual , kadang kala tu bukan mereka tak berminat , mereka mungkin sedang sibuk bekerja , belum dapat gaji atau mungkin mereka terlupa.Jangan biarkan mereka , hubungi mereka semula dengan hanya menghantar pesanan melalui whatsapp ataupun email pun sudah okay
Tapi nak tanya apa ye waktu follow up ? haa anda hanya perlu tanya soalan simple seperti berikut :
" hi Puan Aida , masih berminat dengan produk ### ?"
" hi Tuan Zahid saya hanya nak ingatkan offer diskaun 30% untuk produk ### akan tamat pada 29 febuari ya , jika berminat sila order sekarang sebelum tamat tempoh "
" hi Puan Syida , stok jamu kami sudah tinggal sikit , nak order tak nanti dah habis stok kena tunggu lama pulak "
untuk peringatan anda ya , jangan kerap follow up ya , pastikan follow up dalam masa 3 hari sekali
3) Targeted Audience :
Jika anda menjual di fanpage anda , pastikan likers fanpage anda yang benar benar berpotensi membeli produk anda , bukan terdiri daripada kawan kawan anda
contohnya , jika anda menjual tudung , likers fanpage anda perlu la terdiri daripada wanita muslim , tak mungkin lelaki ingin membeli tudung kan ? kalau ada pun jarang sekali
4) Facebook ads :
Dengan menggunakan Facebook ads anda boleh promosikan perniagaan anda secara automatik siang ke malam bergantung pada bajet anda , dan juga anda dapat mempromosikan perniagaan anda kepada prospek yang tepat
Jika anda ingin belajar bagaimana iklankan perniagaan anda menggunakan Facebook ads , saya cadangkan anda dapatkan Video Teknik Facebook ads Veribezd , anda akan diajar dari basic sampai ke super advance
Dalam post ni anda dah belajar cara mudah bagaimana dapatkan jualan dengan berkesan yang boleh anda amalkan.adalah sangat penting anda amalkan cara diatas bagi tingkatkan jualan perniagaan anda
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca post ini , harap anda dapat share post ini untuk manfaat kawan kawan anda yang lain