Rahsia Perkahwinan

Rahsia Perkahwinan “Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi hartabenda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah"

Bila dah berumahtangga ni, kadang-kadang ALLAH nak uji kesetiaan kita, maka ALLAH duga perasaan kita dengan hadirnya ora...
03/07/2020

Bila dah berumahtangga ni, kadang-kadang ALLAH nak uji kesetiaan kita, maka ALLAH duga perasaan kita dengan hadirnya orang ketiga...

Tak ramai yang mampu lepas dari ujian kesetiaan ini...
jadi dilayani orang ketiga lebih dari yang pertama...
maka kita dah gagal dengan ujian ini, kita dah tak setia pada yang pertama, jika kita memilih untuk setia, ALLAH permudahkan hidup kita...ALLAH bagi ganjarannya...pahala sebab jaga hubungan kita, jaga ikhtilat kita, jaga 'masjid' kita..

Sebab yang pertama itulah yang banyak bersusah payah dengan kita...yang pertama itulah yang ada ketika kita dibawah, ketika kita tiada apa2 dan ketika kita bukan siapa2...yang pertama itulah yang dahulunya sumber kekuatan kita...tapi bila kita dah nampak yang ketiga, maka yang pertama dah jadi sejarah...apa dibuatnya semua serba tak kena...diungkit2 kesalahannya, disebut2 kekurangannya...pengorbanannya jadi sia-sia...

Sedangkan dalam kita tak sedar, yang sebenarnya kita dah tewas dan gagal dalam ujian-NYA, kita leka, kita alpa. Itu baru satu, banyak lagi ujian yang bakal kita tempuhi, kalau kita tak mampu nak setia, dua, tiga, empat pun masih tak cukup untuk kita...

Sedarlah wahai sahabat semua...

Apa yang kita s**a, belum tentu terbaik untuk kita...

Hargai apa yang kita dah ada, sebelum ianya tiada...

_______________
Nukilan Firdaus Syakirin

5 tahun pertama...5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita ma...
03/07/2020

5 tahun pertama...

5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaALLAH, tahun2 selepas itu akan menjadi mudah...

Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni...

Ujian 1 - Kenal mengenali antara satu sama lain...walaupun dah bercinta bertahun2, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak kan betol2 kenal siapa pasangan kita yang sebenar...adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat2? Masa ni kita akan kenal...

Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita "berkahwin" jugak dengan keluarga pasangan...ibubapa dia, adik beradik dia...sebulan dua berkahwin, tak ada hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dengan ibubapa pasangan, adik beradik pasangan...selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insya ALLAH, aman dan tenteram hidup...kalau dapat yang jenis s**a cari salah, kena ragging la seumur hidup...selagi pegang title menantu...

Ujian 2 - Kewangan...

Bab duit ni p**ak, ada banyak benda yang nak kena beli...kalau tak duduk sekali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli rumah, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang2 mentah dan sebagainya which is masa bujang tak beli, tak ada pun tak apa, but after married, its a need to have those things...

Ujian ni yg ramai pasangan failed...sanggup berhutang utk nk melengkapkan rumah...ada yg all out bwk kluar saving semata2 nk smua peralatan dan kelengkapan ada...u bru kawin, u bru spend a lot utk majlis, so balance dh xbyk, maka be wise...gaji bulan ni, share dgn pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan...then next month or next 2 month, share lg, beli lagi satu...month by month, jgn beli one shot sekaligus...klu x, merangkak nk membayar unless u hv a lot of cash...

Ujian 3 - Peraturan

Orang perempuan ni ada peraturan2nya sendiri...

Sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah...then, sampah buang dalam tong sampah, jangan tinggal ses**a hati...baju, seluar, tuala tak boleh longgok, kena sidai atau sangkut...kalau keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa and etc...masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang tak boleh ikut...untuk yang boleh ikut, maka tak akan ada masalah, untuk yang tak boleh ikut, yang ni akan memberi beban pada isteri...isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama...dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang tak faham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri...

Ujian 4 - Kesefahaman dan tolak ansur

Isteri baru sampai rumah selepas balik kerja, then suami sampai...suami terus tanya, kenapa tak masak lagi? perlu tegok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu...its better to ajak dia makan diluar or keluar tapaukan makanan...perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur before demand what we needs from our wife...kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri..

_______________
Penulisan Firdaus Syakirin

Tiada siapa yang mengerti seberat mana kita menanggungdi hati...Selagi kita bernama manusia...selagi itulah kita akan di...
02/07/2020

Tiada siapa yang mengerti seberat mana kita menanggung
di hati...

Selagi kita bernama manusia...selagi itulah kita akan diuji...

Walau kesakitannya amat pedih sekali..teruskanlah
melangkah...

Tabah dan kuatkanlah hati dan jangan berhenti!

Selagi kita belum mampu untuk mensyukuri dengan pasangan yang Tuhan beri,Berpisah dan kahwinlah seribu kali, kita takkan...
02/07/2020

Selagi kita belum mampu untuk mensyukuri dengan pasangan yang Tuhan beri,

Berpisah dan kahwinlah seribu kali, kita takkan jumpa dengan yang lebih baik lagi.

Nak hati berbunga-bunga? Rasa bahagia ? Cuba tips simple ni...
02/07/2020

Nak hati berbunga-bunga? Rasa bahagia ? Cuba tips simple ni...

Hati ni pun melting habiss...⭐⭐⭐⭐

rambut dia...Maafkanlah saja apa salah dia...Moga esok akan jadi permulaan yang baik...diberikan rezeki yang banyak dan ...
02/07/2020

rambut dia...
Maafkanlah saja apa salah dia...

Moga esok akan jadi permulaan yang baik...diberikan rezeki yang banyak dan kasih sayang yang ikhlas...insya ALLAH

Kerana hidup kita dengan dia bukanlah lama...

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.2. Ingat kembali usia yang te...
02/07/2020

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
2. Ingat kembali usia yang telah dilalui , hitung masa yang banyak terbuang
🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
🌼Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana ALLAH. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha ALLAH.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yang ALLAH bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yang berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
11. Banyakkan taubat- 70 kali sehari
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
13. Jaga hati, bersihkan hati, redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan ALLAH.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
15. Amalkan sifat-sifat Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

Tag & share 😘

USTAZ AHMAD DUSUKI

Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, ...
02/07/2020

Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?

1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.

Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.

Sungguh,

Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.

Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
_________________________
Penulisan Abu Hurairah Asifa

DATING SUAMI ISTERI PENTINGTajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar....
01/07/2020

DATING SUAMI ISTERI PENTING

Tajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.

Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Aku huraikan.

1 - Update Emosi

Bukan apple ios je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.

Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.

2 - Confessions Time

Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, s**a bercerita. Kalau ada apa yang tak dis**anya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.

Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.

3 - Depression Prevention

Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2019. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.

Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain p**a. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.

4 - Nafkah Batin

Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.

Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.

5 - Love Birds

Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.

Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.

Cuba ingat balik, apa moment paling anda s**a tentang pasangan anda?

Nukilan Najmi Nawawi

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berkecai tanpa mampu pun dicantumkan semula...namun dia tetap beru...
01/07/2020

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berkecai tanpa mampu pun dicantumkan semula...

namun dia tetap berusaha untuk bangun, bangkit kembali , berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah...

bukan untuk menunjukkan bahawa dirinya itu kuat, tapi untuk memujuk hatinya yang bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...

Dan dia tahu, apa yang ditentukan Tuhan itu takkan pernah sia2 untuk dirinya...

Jadilah seorang perempuan yang kuat untuk hari ini, esok dan hari2 yang seterusnya...

"You were given this life because your are strong enough to live it..."

-----------------
Penulisan Firdaus Syakirin

Untuk kaum hawa yang akan atau dah bergelar isteri, jangan bandingkan hidup anda dengan kawan2 anda...Ada kawan anda, su...
01/07/2020

Untuk kaum hawa yang akan atau dah bergelar isteri, jangan bandingkan hidup anda dengan kawan2 anda...

Ada kawan anda, suaminya mampu menyediakan dia rumah mewah, kereta besar, mampu membawanya bercuti di luar negara, mampu belikan dia barang2 berjenama...jangan jeles, jangan iri hati, jangan dengki kerana mungkin suaminya jarang ada masa dengannya, sibuk dengan urusan kerja, outstation sana sini...dia sunyi dirumah, apa yang dia rasa suaminya tak pernah ambil peduli, kerja rumah semua dibuatnya sendiri dan disebalik kemewahan yang dia ada tu, dia tak gembira dan tak bahagia dengan hidupnya...

Ada kawan anda, suaminya hanya mampu menyediakan dia rumah kos rendah dan kereta kecil, hanya mampu membawanya bercuti di dalam negara, hanya mampu belikan dia barang2 biasa...jangan kesian, jangan simpati, jangan pandang rendah pada dia, kerana mungkin suaminya selalu ada dirumah, selalu ambik tahu akan perasaannya, selalu menolongnya melakukan kerja rumah dan disebalik kesederhanaan yang dia ada tu, dia gembira dan bahagia dengan hidupnya...

Ada kawan anda, suaminya itu nikmat untuknya, dan ada p**a kawan anda, suaminya itu ujian terbesar dalam hidupnya...

Sebab tu dalam hidup kita ni, Allah tak bagi kita semuanya sempurna dari setiap sudut, Allah tak bagi kita segala2nya...bila Allah bagi lebih diharta, maka kurang pada masa...bila Allah bagi lebih pada masa, maka kurang pada harta...

Jadi, anda bekerja atau tidak, anda duduk rumah mewah atau sederhana, anda bercuti di luar negara atau didalam negara, anda pakai pakaian jenama atau biasa, bila anda dah berkahwin, gaya hidup anda hanyalah mengikut kemampuan suami anda...kalau hanya itu yang mampu ditunaikannya, diberikan oleh suami anda, maka bersyukurlah dan ucapkanlah alhamdulillah & terima kasih...

Kurang di satu tempat, lebih di tempat yang lain...jangan bandingkan hidup anda dengan kawan2 yang lain, semuanya atas REZEKI masing2...

p/s: harus diingatkan, tak semua yang indah itu indah, kerana kita hanya nampak apa yang mereka ada, dan bukan apa yang mereka rasa...

___________________
Penulisan Firdaus Syakirin

Address

Kuala Lumpur
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Perkahwinan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share