04/06/2022
Majlis Pengimarahan Masjid Kariah Pantai Negeri Sembilan anjuran PPIM dan rakan sinergi.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berbesar hati untuk mengadakan program Komuniti setelah SOP MKN berkaitan COVID-19 dilonggarkan dan Malaysia kini telah beralih ke fasa Endemik.
Justeru, PPIM bersama SP Sari Panglima, Yayasan Malindo Worldwide serta Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Pantai, Negeri Sembilan akan menganjurkan PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID bagi menghidupkan kembali semangat kembali ke Masjid.
Antara pengisian program yang dirancangkan adalah Rawatan Perubatan PERCUMA seperti ratawan luka, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan melukis Khat dan banyak lagi.