07/11/2022
๐ฏ ๐ด ๐ฒ ๐บ ๐ณ ๐ฉ ๐ฎ
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.
Saya Atan bin Jasin, berusia 44 tahun Anak jati Perlis berpendidikan Diploma perniagaan Universiti Help, beristeri punyai 3 orang anak.
Kali ini saya telah diberi amanah untuk memegang kerusi DUN Indera Kayangan N.08 dan akan cuba sedaya upaya memenanginya.
Pada waktu yang sama, saya memerlukan bantuan pengundi-pengundi di Indera Kayangan untuk memberi peluang kepada saya berkhidmat untuk anda.
Bagi sahabat-sahabat yang belum membuat keputusan, atau rasa tidak mahu keluar mengundi, saya memohon dan berharap anda meluangkan sedikit masa sepanjang tempoh PRU 15 ini melayari media sosial kami, melihat asipirasi yang kami bawa.
Saya menghormati di atas segala keputusan yang dibuat para pengundi, namun begitu saya juga berharap pengundi dapat meneliti latar belakang, idea, pendirian calon Warisan N.08 Indera Kayangan.
๐ฉAyuh Malaysia, Kita Boleh.
UNDILAH CALON WARISAN N.08
" BERANI UBAH DEMI MASA DEPAN "
Calon berwibawa mesra Rakyat
- Utamakan Perpaduan
- Bersih dan Berintergriti
- Jujur dan Telus
- Inklusif
* Adil saksama