26/05/2022
BEZA ANTARA TANDA AWAL KEHAMILAN ATAU KEDATANGAN HAID
1. TANDA HAID AKAN TIBA AWAL ATAU KEHAMILAN YG SAMA
Sakit payudara, sakit kepala, keletihan, sembelit & jerawat. Semua tanda ini adalah sama dgn tanda-tanda awal kehamilan.
2. MORNING SICKNESS
Kebanyakan wanita hamil akan mengalami morning sickness. Oleh itu morning sickness adalah tanda yg boleh dipercayai bahawa wanita yg hamil. Walau bagaimanapun, terdapat juga wanita yg mengalami muntah atau mual semasa haid mereka.
3. KEJANG/CRAMP
Tanda-tanda yg menunjukkan kedatangan haid termasuklah sakit perut atau pelvik atau
kejang. Sesetengah wanita hamil juga akan mengalami kekejangan di awal kehamilan, ini memerlukan pemerhatian doktor.
BEZA KEDATANGAN HAID & AWAL KEHAMILAN
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara kedatangan haid & awal kehamilan
1. Kedatangan haid
👉🏻Sakit belakang
2. Awal kehamilan
👉🏻Tiada haid
👉🏻Kerap buang air kecil
👉🏻Kulit menjadi lebih gelap
Ramai yg mengalami sakit belakang sebelum atau semasa haid. Sakit belakang ❌ tanda awal kehamilan. Wanita hamil hanya akan mengalami sakit belakang pada trimester kedua & ketiga kerana rahim yg semakin membesar.
TANDA-TANDA KEHAMILAN :
1. KETIADAAN HAID
Jika anda mempunyai kitaran haid yg tetap & tidak mengalami perubahan rutin sebelum ini spt stress, demam, selesema, sakit, mengambil ubat, perjalanan jarak jauh atau pengambilan makanan yg tidak sihat yg kerap, maka ketiadaan haid kemungkinan besar menjadi tanda anda hamil.
2. KERAP BUANG AIR KECIL
Semasa hamil, terdapat peningkatan dlm jumlah darah maka dgn itu b*k cecair diproses melalui buah pinggang yg akhirnya dihantar ke pundi kencing. Ini boleh menyebabkan wanita hamil membuang air kecil lebih kerap. Tanda ini mungkin tidak jelas di awal kehamilan.
In short, fokus kpd KETIADAAN HAID dahulu, diikuti ujian kehamilan, jika samar-samar tu, inshaa Allah POSITIF.
Jangan lupa buat pemeriksaan doktor & teruskan makan asid folik sehingga usia kandungan 3 bulan