12/06/2023
'๐๐ฌ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ฎ๐๐ฅ๐๐ข๐ค๐ฎ๐ฆ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐. ๐๐๐ฎ ๐ญ๐๐ซ๐ฌ๐๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐ ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐ญ๐ข๐๐๐'.....
Satu hari, pasti kita akan dapat mesej sedemikian rupa di dalam group whatsapp keluarga kita, lebih-lebih lagi, kebanyakkan dari kita sekarang, tinggal berjauhan dari ibubapa demi mencari rezeki. Dan kematian ialah sesuatu perkara yang tiada seorang manusia tahu tarikh akhir mereka bernafas di muka bumi Allah SWT ini.
JADI, APA PERKARA PERTAMA YANG PERLU KITA BUAT?
BAGAIMANA INGIN MENGURUSKAN JENAZAH, ORANG YANG KITA CINTA?
PERLU BUAT PANGGILAN KEPADA SIAPA?
SELEPAS PENGURUSAN JENAZAH, APA YANG PERLU DILANGSAIKAN? seperti penamaan nama harta si mati? ..
InsyaAllah, pada 15 Julai 2023, (Sabtu), Kursus Pengurusan Jenazah (KPAJ) anjuran kali yang ke-4 akan diadakan dengan kerjasama TFK bersama Gerakan PENA Malaysia, dalam mendidik orang awam untuk menguruskan jenazah berdasarkan syariat.
Kali ini, besar harapan kami untuk berikan yang lebih baik dari segi kandungan kursus (merangkumi 3S; Sebelum, Semasa, Selepas), mahupun dari segi pengurusan acara. Kami yakin bahawa, ramai di luar sana tercari-cari satu kursus yang mampu dipraktikan dan pada masa yang sama, mampu diperluaskan lagi ilmu ini kepada generasi pelapis demi kelangsungan fardhu kifayah ini.
Ayuh! BE A PART OF THIS DAKWAH!
Kami tidak melihat kepada jumlah yang ingin disumbang, tetapi mengambil peluang yang ada untuk sama-sama mencari pahala yang amat besar ganjaran nya.
Ada jumlah minima untuk menyumbang?
SERINGGIT PUN BOLEH! (ini jumlah minimum yang boleh untuk perbankan atas talian).
Mohon sebarkan dalam kalangan kenalan kalian. InsyaAllah, moga Allah beri manfaat yang maksima daripada kursus ini kepada komuniti Islam.
Butiran lanjut, boleh klik sahaja link dibawah:
https://infaqkpaj4.wasap.my/
atau hubungi nombor yang tertera di dalam poster.