Fazmys Solution

Fazmys Solution Perkongsian Fazmys dalam dunia online Page untuk berkongsi tips dan tutorial kepada rakan-rakan

Beberapa hari lepas sy & kakak beli durian IOI. Cara sy pilih durian, sy ikut tips dr perkongsian di bawah ini. Sedikit ...
08/07/2022

Beberapa hari lepas sy & kakak beli durian IOI. Cara sy pilih durian, sy ikut tips dr perkongsian di bawah ini. Sedikit sebanyak, membantu jugalah untuk pilih durian yg baik.

Tips Bila Membeli Durian.

1. Pastikan bhgian tangkai masih lg bergetah..klu yg Baru luruh...pada bulatan tangkai tu akan Ada rasa blndir.....menandakan buah betul2 fresh.....

2..jgn tertipu bile pnjual ckp Baru luruh....tangkai akan semkin mgecut dan mngecil ....mnandakn buah semkin kurang kualiti....

3..pilih buah yg tidak pecah bontot...buah yg Baru...xakan pecah...buah durian akan start merekah hari ke3 ...ketika INI...rekahan bentuk line disetiap alur pangsa...semkin merosot kualiti semkin besar rekahan..kualiti tempoyak je...

4.jika s**a rasa yg lemak manis2...pilih Duri pendek n Sekata......

5 .jika s**a yg jenis manis melenting2 tetapi Ada rasa Pahit sedikit..pilih Duri yg melengkung sedikit....biase berduri pnjang seinci

6.untuk mngenal pasti buah elok x rosak atau bena....cium setiap pNgsa...buah yg masak Ada bau drpd setiap pangsa....ni paling mudah

7...BG yg professional....kami akan..
A....goncang buah...buah masak elok Terasa Ada gegar..
B....teknik mnggaru buah...buah yg masak elok Ada bunyi lompong...mnkla buah yg muda bunyi padat ...
C...durian bukit berbeza dgn durian kampung....drpd saiz(2.5-3.0 kg sebiji dan lebih)..tekstur isi ..ketebalan isi n bentuk duri... Duri lebih pendek berbanding durian kampung yg ditanam tanah rata...
D..untuk tentukan jenis warna isi durian...di bhgian tangkai tu Kikis ....ada beza warna Pada kulit Ari durian ...t bile kikis sikit dgn kuku bole tgok kulit Ari durian....Ada yg hijau Ada yg coklat...coklat pun b*k jenis....Sebb berbeza warna isI......jika kulit ari kuning...isi juga kuning....n jika dikikis kulit tebal. .isi pun tebal....BG durian bukit isi tembaga....buah durian sendiri coklat Perang MCm tembaga........utk tip yg INI...cheq minta maaf Sebb x dpt buat live...Sebb cheq terikat dgn kije hakiki yg mnyebabkn xbole merentasI negeri......cheq a per nah wat video tahun 2019..abiss cheq kene Maki n kene kecam dgn peniaga2 durian...sampaikn fb cheq kn hacked Sebb cheq b*k share ilmu pilih buah2 ..durian/cempedak / dokong / manggis....
Sedikit coretan ilmu ....n tip pilih durian...drpd seorg anak Kebun....cheq tidak berjual di DLM group INI...sekadar berkongsi ilmu shj....Sebb kesian Beli mahal2 tp buruk....yg mnjual ITU dieorg bukan pemilik Kebun..Sebb tu mereka kejar untung......
Wassalammm

Kredit untuk : Ida Royani.

Garis biru = taufan  Bintik merah = gempa bumi  Data ini dikumpul selama 25 tahunBertuahnya kita tinggal di Malaysia. Se...
14/06/2022

Garis biru = taufan
Bintik merah = gempa bumi

Data ini dikumpul selama 25 tahun

Bertuahnya kita tinggal di Malaysia. Sebuah peringatan untuk kita selalu bersyukur

Kredit : Richard Ker

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal d...
17/03/2022

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang p**a, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya p**ang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata,

nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMFm

KISAH TINDAKAN SEORANG GURU APABILA MENGETAHUI MURIDNYA MENCURISekump**an remaja sedang menghadiri majlis pernikahan sal...
13/01/2022

KISAH TINDAKAN SEORANG GURU APABILA MENGETAHUI MURIDNYA MENCURI

Sekump**an remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

"Cikgu masih ingat saya lagi tak?”

Gurunya menjawab: “Tidak.”

Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"

"Sayalah... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan hidup saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

"Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

"Cikgu masih ingat lagi saya tak?"

"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?

Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya selama2nya.

Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:

"Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya."

"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid sebab saya sangat mencintai murid-murid saya. "

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:

Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Ustaz Hanafi
Gambar : Shopee

23/12/2021

Cerita banjir Shah Alam lagi. Bila negeri atau tempat yang tak pernah kena macam ni, macam2 berlaku.

Ya Allah ampunkan kami😭😭Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita wanita lain y...
19/12/2021

Ya Allah ampunkan kami😭😭

Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita wanita lain yang berhias dengan barang kemas.

Lalu Rasulullah ﷺ membawa Sayyidah Fatimah ke satu perigi dan menimba ke dalam perigi tersebut. Setelah di angkat naik timba tersebut maka kelihatanlah barang-barang perhiasan emas di dalam timba tersebut.

Sabda Rasulullah ﷺ "Ambillah Fatimah!"

Oleh kerana teringin berhias seperti wanita yang lainnya, Sayyidah Fatimah pun mengambil. Tapi cuma SATU saja. Diambilnya pun dalam keadaan malu malu.

Kalau kitalah di offer begitu, bagaimana? Pastinya kita akan terbeliak mata dan mengambil kesemuanya malah mungkin kita suruh di timba lagi akan emas tersebut.

Rasulullah ﷺ kemudian bertanya kepada Fatimah, "Cukupkah Fatimah?"

"Cukup Ya Rasulullah." Ujar Fatimah.

Kemudian Rasulullah berkata pada Fatimah, ketahuilah oleh mu wahai anakku Fatimah, walaupun kamu mengambil hanya satu emas itu, ia sudah mengurangkan kebahagiaan dan kelazatan kamu nanti di akhirat."

Sayyidah Fatimah terkejut. Tanpa berfikir terus segera memulangkan emas itu kembali kepada Rasullulah. Beliau tidak sanggup menukarkan akhiratnya dengan dunia yang sedikit.

Begitu hebat  cinta wanita wanita dahulu akan akhirat. Apabila di sebut akhirat saja, mereka sanggup faqir dan miskin didunia.

Tapi kita ini, sudah berapa banyak akhirat kita yang kita tukarkan dengan dunia?

Shoppee, lazada, ikea, zalora dan pelbagai tempat tempat pemuas nafsu sudah menjadi kitab yang kita schroll hari hari untuk bershopping sehingga barang yang tak perlu pun kita beli demi memuaskan nafsu serakah dunia kita.

Wang yang sepatutnya kita gunakan untuk sedekah dan infaq sudah tiada lagi dalam list hidup kita. Yang kita fikir siang dan malam hanyalah untuk mengisi ruang nafsu serakah kita.

Dalam FB kita penuh dengan video dan gambar makanan dan resepi. Penuh dengan cerita cerita pakaian tudung dan aksesori untuk mencantikan diri kita. Sedangkan tubuh kita sudah semakin dekat dengan tanah dan berbau tanah!

Allaahu ...

Kembali lah kawan kepada asal kita.

Kecilkan lah DUNIA kita. Besarkan lah AKHIRAT kita.

Ya Allah Yang Maha Pengasih, Berikan kasih sayang Mu kepada kami dan kepada para wanita kami.

Tutuplah aurat mereka. Berikan kepada mereka rasa malu yang menjadikan mereka senantiasa menjaga aurat dan kehormatan mereka dan mencintai akan akhirat.



untuk diri sendiri...

30/11/2021

Boleh start cari..🤣🤣

Dulu kami dengar playlist lagu kat sini je..download lagu feberet banyak2. Budak2 zaman akhir 90an dan awal 2000 mesti k...
28/11/2021

Dulu kami dengar playlist lagu kat sini je..download lagu feberet banyak2. Budak2 zaman akhir 90an dan awal 2000 mesti kenal ni. Skin pun, skin feberet ni.

Fuh
20/11/2021

Fuh

15 images that will play with your mind 😂
05/11/2021

15 images that will play with your mind 😂

23/10/2021

Ceritanya macam ni...

Myvi terbakar.
Datang Myvi untuk tengok Myvi terbakar.
Datang lagi Myvi dan terlanggar Myvi yang tengok Myvi terbakar.
Kemudian, datang lagi Myvi untuk tengok Myvi terlanggar Myvi yang tengok Myvi terbakar.

Jadi dalam video ni, yang bersalah adalah Myvi yang tengok Myvi terbakar la. Sebab Myvi yang langgar Myvi sedang tengok Myvi terbakar tak perasan Myvi tu perlahan.

Address

Kuala Lumpur
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fazmys Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fazmys Solution:

Share

Category