Berita AAC

Berita AAC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Berita AAC, Advertising agency, Kuala Lumpur.

🔶️ Suara Rakyat yang tidak dibayar satu sen...
🔶️ Tolak Politik FITNAH!!
🔶️ WARTAWAN / AKTIVIS/KOL

Dimiliki Oleh :
Ashraf Zainal Global Resources

Web: https://aizatashrafchannel.com

28/04/2026

Malaysia sedang berubah. Politik tidak lagi seperti dahulu. Generasi muda semakin kritikal.
👉 Hakikatnya…
UMNO sedang mencipta naratif parti untuk masa depan. Satu perbincangan eksklusif — bukan sekadar nostalgia, tetapi realiti dan hala tuju sebenar negara.
Bersama panel khas:
Tan Sri Abdul Ghani Othman
Pengerusi Mesyuwarah Nasional
Membongkarkan:
* UMNO dahulu dan sekarang
* Cabaran generasi muda dalam politik moden
* ⁠Prasyarat Kembali Gemilang-hapuskan Politik Wang!
* ⁠UMNO Johor Go Solo
* UMNO: parti masa lalu atau masih ada masa depan?
* Mesyuwarah Nasional Asas kuatkan kuasa politik orang melayu
🎤 Moderator:
*Dato’ Dr Noor Azizan Abd Majid (DDA)*

📍 LIVE di:
FB, YouTube & TikTok

⚠️ Ini bukan sekadar sembang politik.
Ini soal masa depan negara.
👉 Jangan sekadar jadi penonton…
Jadi sebahagian daripada perbincangan.

26/04/2026

UMNO bukan sekadar sebuah parti —
ia adalah sebahagian daripada sejarah pembinaan negara.
Namun persoalannya hari ini…
👉 Ke mana arah perjuangan ini akan dibawa?
Bersama Tan Sri Dr Rais Yatim,
kita menilai legasi, memahami realiti, dan melihat masa depan politik Melayu dengan lebih mendalam.
📌 Jangan lepaskan perbincangan eksklusif ini.

TikTok | Facebook | YouTube



26/04/2026

Forum Voices of Ladies : Pemerkasaan Generasi Muda

26/04/2026

🚨 Jentera nampak mewah, tapi akhirnya membebankan?

Isu kenderaan elektrik atau EV semakin menjadi perhatian apabila ada pengguna mendakwa berdepan pelbagai masalah termasuk kekurangan alat ganti, bengkel terhad, tenaga mahir belum mencukupi serta kemudahan pengecasan yang masih tidak menyeluruh.

Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussein Zulkarai, menasihatkan bakal pembeli supaya tidak terburu-buru membuat keputusan hanya kerana tekanan isu minyak.

Menurut beliau, rakyat perlu menilai kemampuan, keperluan harian dan kesesuaian kemudahan semasa sebelum memilih EV, terutama bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat, PPR, flat, kondominium atau kawasan yang belum mempunyai fasiliti pengecasan mencukupi.

“Jangan guna kenderaan yang nampak gah dan mewah, tetapi akhirnya membebankan hidup kita dan keluarga.”

📌 Baca laporan penuh di portal Berita AAC.

https://aizatashrafchannel.com/archives/3960

ZAKAT SELANGOR TEGASKAN KES SELEWENG DANA TIDAK MELIBATKAN INSTITUSI INI  Terus ikuti kami di platform media sosial rasm...
25/04/2026

ZAKAT SELANGOR TEGASKAN KES SELEWENG DANA TIDAK MELIBATKAN INSTITUSI INI

Terus ikuti kami di platform media sosial rasmi Zakat Selangor;

FB & IG:
X:
Youtube: ZakatSelangor
Tiktok:

25/04/2026

Forum Pemerkasaan Wanita dan Belia anjuran bersama DBKL, YBK dan YBCare

25/04/2026

Perasmian Konsert "Voice of Ladies" 2026 dan Forum Pemerkasaan Wanita dan Belia anjuran bersama DBKL, YBK dan YBCare

18/04/2026

Perhimpunan Agung KIMMA 2025 ke 50 dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BARISAN NASIONAL dan Presiden UMNO

14/04/2026

Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM2025

13/04/2026

RM752,069 masih tergantung, sampai bila nak dibiarkan?

Isu tunggakan pembayaran projek Masjid Al-Madaniah, USJ 18 kini dibawa terus kepada perhatian Perdana Menteri apabila NGO INECO bersama Sekretariat Gabungan NGO IKHLAS Malaysia menyerahkan memorandum rasmi di Putrajaya.

Mereka mendakwa seorang subkontraktor, Encik Selvakumar a/l Perumalsamy, masih belum menerima baki bayaran walaupun telah memenangi tuntutan mahkamah berjumlah RM752,069.46 terhadap kontraktor utama.

Lebih membimbangkan, NGO terbabit menegaskan isu ini bukan sekadar soal bayaran tertunggak, tetapi soal keadilan, integriti dan maruah institusi. Mereka turut menggesa SPRM menyiasat pihak berkaitan termasuk dakwaan terhadap integriti pengurusan projek.

Apa yang lebih sensitif, mereka mengingatkan agar isu ini jangan sampai diputar menjadi isu kaum atau agama, kerana keadilan mesti ditegakkan tanpa mengira latar belakang sesiapa pun.

Tiga tuntutan utama dikemukakan:

✅ Bayaran tertunggak diselesaikan segera
✅ SPRM menyiasat pihak dinamakan
✅ Kontraktor utama disenarai hitam jika didapati gagal patuhi tanggungjawab

Persoalannya, adakah nasib subkontraktor ini akan terus dibiarkan tergantung?

Baca laporan penuh di portal AAC.

https://aizatashrafchannel.com/archives/3872

13/04/2026

Bayar premium bertahun-tahun, bila sakit tuntutan p**a didakwa tergantung tanpa penyelesaian.

Itulah dakwaan yang dibangkitkan oleh Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara (SBKN) menerusi aktivis sosialnya, Dato’ Dr Kalaivanar, dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Seorang pemegang polisi insurans berusia 67 tahun didakwa terpaksa menanggung sendiri kos rawatan ribuan ringgit, berulang-alik menghantar dokumen, membuat panggilan, hadir secara walk-in dan menunggu bertahun-tahun, namun isu tuntutan masih belum diselesaikan.

Lebih menimbulkan persoalan, tuntutan terdahulu didakwa pernah dibayar, tetapi tuntutan berikutnya p**a ditolak atas alasan penyakit sedia ada.
Kalau benar ada masalah kesihatan sedia ada, bagaimana polisi boleh diluluskan sejak awal? Dan mengapa tuntutan sebelumnya boleh dibayar?

SBKN kini menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia campur tangan segera, termasuk menubuhkan panel khas bagi membantu pemegang polisi yang terperangkap dalam pertikaian tuntutan insurans.

Rakyat yang bayar premium berhak mendapat layanan adil, telus dan munasabah apabila ditimpa musibah — bukan dibiarkan menunggu tanpa jawapan yang jelas.

Baca lanjut di portal Berita AAC.

https://aizatashrafchannel.com/archives/3876

Address

Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60129821766

Website

https://aizatashrafchannel.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Berita AAC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Berita AAC:

Share