18/09/2026
McLaren Artura Dijangka Bakal Ditamatkan Pengeluaran Pada 2028? ๐๏ธ๐จ
Desas-desus dunia permotoran melaporkan bahawa model entry-level hybrid daripada McLaren, iaitu Artura, bakal dihentikan pengeluarannya menjelang tahun 2028 bagi memberi laluan kepada pembangunan jentera generasi baharu (kod projek P34).
Model ini mengalami sejarah pelancaran yang sukar apabila kerap ditangguhkan akibat krisis cip global serta isu teknikal awal yang memakan kos pembaikan tinggi. Malah, dari segi prestasi, Artura kini dilihat agak ketinggalan berbanding pesaing rapatnya seperti Ferrari 296 GTB (819 hp) dan Lamborghini Temerario (907 hp). Bagi meneruskan momentum persaingan, model penggantinya kelak dijangka dijual pada harga lebih mahal iaitu sekitar $313,000 (~RM1.4 juta sebelum cukai)โpeningkatan kira-kira $60,000 berbanding Arturaโseiring dengan pelan baharu McLaren yang lebih agresif, termasuk desas-desus pembangunan sebuah SUV.
Walaupun pelancarannya penuh cabaran, Artura tetap ada tempatnya yang tersendiri dalam sejarah hibrid McLaren. Wajar tak McLaren move on ke model baharu yang lebih padu?
Sumber | Carscoops