WJ Berita

WJ Berita Online News Today merupakan portal berita online yang menyediakan berita tepat dan cepat, kepada penguna media social.

kami mendedahkan cerita tempatan yang bukan sahaja sahih tetapi juga relevan pada peringkat global. Kebebasan kami membolehkan kami melaporkan berita secara meluas dan membentangkan pelbagai pendapat

Rumah kebun
17/09/2022

Rumah kebun

23/11/2019

BANGKOK - Empat pelayan ditangkap gara-gara memakai pakaian menjolok mata ketika melayan pelanggan di sebuah restoran di Bangkok, Thailand.

Satu rakaman video durasi 1 minit tular di laman sosial memaparkan mereka berpakaian separuh bogel hanya memakai apron warna merah, kuning, hitam, hijau dan seluar dalam sahaja sekali gus mengundang kemarahan masyarakat di sini.

Memetik laporan Daily Star, wanita itu berusia lingkungan 24 dan 34 tahun dibayar untuk menarik pelanggan pada waktu malam.

Bagaimanapun, mereka akhirnya ditangkap polis dan dikenakan denda 2,000 baht (RM276) kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Polis Kolonel Alongkorn Sirisongkram berkata: "Kami melihat video dan gambar mereka yang bekerja di sebuah restoran dan bersetuju bahawa ini bukan cara yang sesuai untuk berpakaian di khalayak ramai."

"Ketika kami melawat restoran, gadis-gadis tidak ada tetapi kami mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan penangkapan. Mereka mengakui kesalahan dan didenda," katanya.

Difahamkan, empat pelayan itu bertugas selama dua jam dari pukul 9 malam hingga 11 malam, menyajikan makanan dan alkohol kepada pelanggan. - Sinar Harian

'Terkejut saya tengok payung kuning' - Mangsa kemalangan dibantu "Saya memang terkejut apabila melihat payung kuning dan...
26/06/2019

'Terkejut saya tengok payung kuning' - Mangsa kemalangan dibantu

"Saya memang terkejut apabila melihat payung kuning dan beberapa individu bersongkok lilit putih menghampiri kenderaan selepas 10 minit selepas kereta saya terbabas."

Demikian cerita Pegawai Penerangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Jasliza Jamil selepas terlibat dalam kemalangan di susur Persiaran Barat ke lebuh Sentosa, Putrajaya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Jelas Jasliza, kereta Perodua Alza yang dipandu seorang diri itu tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbabas ke tengah pembahagi jalan.

"Pada waktu itu memang hujan renyai dan selalu saya lihat orang kemalangan di kawasan ini tapi hari ini berlaku kepada saya p**a.

"Selepas itu saya duduk di bahagian belakang kereta dengan keadaan yang masih trauma dan tangan menggeletar tiba-tiba saya ternampak payung kuning menghampiri kenderaan.

"Kemudian saya nampak Yang di-Pertuan Agong dan baginda bertanyakan keadaan saya.

"Baginda turut menawarkan untuk membawa saya ke hospital tetapi saya ambil keputusan untuk ke balai polis terlebih dahulu.

"Alhamdulillah saya menerima bantuan yang sangat mudah di balai polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Kejadian tersebut telah dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi Istana Negara kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah turun dari kenderaan rasminya untuk memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan di Putrajaya.

Menurut hantaran pada laman itu, Seri Paduka Baginda dalam perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati dekat sini.

Video Kedai Emas Texco Rawang Di Rompak Empat Lelaki
21/06/2019

Video Kedai Emas Texco Rawang Di Rompak Empat Lelaki

Sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Batu 16, Rawang dekat sini rugi kira-kira RM500,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi petang tadi.

Video: Samseng Jalan Dicekup, Ini Punca Kenapa Lelaki Ini Bergaduh Ditengah Jalan
21/06/2019

Video: Samseng Jalan Dicekup, Ini Punca Kenapa Lelaki Ini Bergaduh Ditengah Jalan

LELAKI yang terbabit dalam insiden pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Balakong, Kajang malam tadi ditahan polis hari ini.

"Kau Tu Yang Tak Pandai Jaga Laki Bodoh", Isteri Dalam Pantang, Suami Ada Kekasih Lain 😥
18/06/2019

"Kau Tu Yang Tak Pandai Jaga Laki Bodoh", Isteri Dalam Pantang, Suami Ada Kekasih Lain 😥

Mengucap panjang bila membaca perkongsian kisah Farah Atiqah ini yang dianiaya dan dilayan seperti kain buruk oleh suaminya. Sudahlah si isteri dalam pantan baru melahirkan baby), si suami p**a ada kekasih lain.

Dera Kanak-Kanak Berusia 7 Dan 8 Tahun, Suami Isteri Ditahan
16/06/2019

Dera Kanak-Kanak Berusia 7 Dan 8 Tahun, Suami Isteri Ditahan

Tiga beranak termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 tahun direman lima hari, kerana disyaki melakukan penderaan ke atas dua kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WJ Berita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share