Aisy Design & Print

Aisy Design & Print We provide printing service, design and custom-made. Kami menyediakan perkhidmatan mencetak dan mereka name card, flyers, brochure dan lain-lain

20/01/2023
20/01/2023
20/01/2023
20/01/2023
20/01/2023
20/01/2023
19/01/2023

Semangat untuk terus hidup

Kadang dalam hidup, pasti ada saat yang kita rasa mengalah dan berputus asa untuk teruskan kehidupan kerana adanya ujian dan cabaran yang bertubi-tubi datang.

Dulu Ustaz ada group wasap khas kawan-kawan pesakit kanser.
Setiap hari ada sahaja kawan-kawan yang meninggal dunia.

Situasi itu membuatkan Ustaz down selalu.
Ada kanser stage 1 meninggal dunia
Ada kanser stage 2, 3 dan 4 meninggal dunia.

Namun, Alhamdulillah dengan izin Allah dikurniakan umur panjang sehingga sekarang. Allah bagi bonus 6 tahun untuk teruskan kehidupan.

Ustaz hidup ni mungkin ada sebab, ada tugas yang belum selesai.
Ustaz nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser dan mereka yang mempunyai pelbagai masalah dalam hidup.

Jangan fikir masalah.
Kita tukar fikirkan tentang semangat dan keyakinan.

Fokus di hujung terowong pasti ada cahaya.
Kita sedang berada dalam kegelapan, kesusahan, penderitaan dan kesakitan.

Tapi insya-Allah, kalau Allah sayang kita, Allah ambil nyawa dan berikan balasan di alam akhirat dan alam barzah nanti.

Kalau Allah nak cuci dosa kita sebelum pergi, Allah akan lalukan kita proses ini. Berikan kekuatan dan semangat insyaAllah.

Macam mana nak lawan rasa lemah, takut, sayu dan sepi tu semua? Tengok suami atau isteri jadi sedih. Tengok anak-anak terus rasa putus asa sebab terpaksa tinggalkan mereka.

Macam mana nak hadapi perasaan-perasaan tu?
Jawapannya, jangan lawan tapi layan.
Alihkan kepada tempat lain.
Sibukkan diri dengan benda lain.

Ustaz kalau stress, punching bag itulah tempat melepaskannya.
Ustaz minat Rocky, pelakon Slyvester Stalone.
Jadi ambil inspirasi daripada situ, jadi fighter.
Keep punching!
Keep punching!
Macam cakap pada diri "Hanafi, bangkit teruskan kehidupan!"

Selain tu, Ustaz sibukkan diri dengan aktiviti kebajikan dengan pelbagai NGO. Contohnya bantu OKU cacat penglihatan.

Ingatkan Ustaz sahaja yang susah. Rupanya mereka lagi susah.
Sudahlah duit bantuan JKM RM400 sahaja, sewa rumah 1 bilik RM400 di Kuala Lumpur.

Mereka terpaksa bekerja. Kena naik transport.
Waktu PKP nak keluar beli barang pun susah.
Nak kena jaga jarak fizikal.
Macam ada satu keluarga, isteri hanya boleh lihat 70% sahaja.
Suami 80% tidak dapat melihat.
Mereka tak boleh jauh. Jadi masalah juga.

Bila Ustaz nampak situasi ni, jadi tersedar.

"Oh, aku tak ada lah susah sangat. Aku tak ada lah sakit sangat. Ada orang lebih susah, ada lebih sakit, lebih memerlukan, tak makan."

Jadi Ustaz pergi ke persatuan orang buta, kami dapat senarai 60 buah keluarga yang perlukan bantuan. Akhirnya Ustaz buat kerja sama-sama geng Sifu Bikers dan NGO Global Ehsan bantu mereka ni.

Masya-Allah seronok rasa. Hilang semua rasa-rasa down, sedih tadi.

Sebab tu, Ustaz selalu bagi semangat kepada kawan-kawan pesakit kanser.

Bangun bersenam.
Bangun bersenam.
Kalau geram macam mana pun paling kurang, menumbuk.
Tak ada punching bag, tumbuk bantal peluk.

Kita kena bangkit.
Alihkan fikiran dan perasaan tadi supaya tidak duduk termenung lama mengenang nasib diri sehingga down.

Sentiasa bagi semangat pada diri.

Ustaz nak kongsikan skrip ini untuk kita boleh ulang-ulang baca dan ingat,

"Sekiranya anda diberitahu, hidupmu akan berakhir tidak lama lagi mengikut jangkaan ilmu perubatan. Janganlah bersedih dan murung kerana MURUNG DAN SEDIH tidak akan menyembuhkan penyakitmu malah bertambahlah sakit mu dengan beban murung dan sedih tadi.

Sepatutnya bila diberitahu jangka hidup tak lama lagi, cuba alih kepada rasa syukur dan bergembiralah kerana anda masih ada masa untuk hidup biarpun tak lama.

Maka penuhilah sisa hidupmu dengan perasaan gembira beribadah, bahagia bersedekah apa yang ada dan berbaktilah pada keluarga, juga tenang hati tika diubati. Insya-Allah anda akan gembira bertemu dengan Allah yang sedang menunggumu untuk dipeluk dengan kasih sayang-Nya yang luas.

"Tapi sakit ustaz!!!" "Saya faham, saya pun sakit juga tapi jangan menyerah kalah pada sakit. Bangkitlah, pujuklah hati, cintakan Illahi, taubat dan berubat. Kalau Allah simpati, SEMBUH. Kalau Allah sayang kita kembali ke kampung halaman yang abadi.

Never Give Up Allahkan ada."

Ustaz harap kata-kata ini dapat menenangkan hati dan beri semangat kepada diri ustaz juga sahabat-sahabat semua.

19/01/2023

Address

Kuala Lumpur
60000

Opening Hours

Monday 07:00 - 00:00
Tuesday 07:00 - 00:00
Wednesday 07:00 - 00:00
Thursday 07:00 - 00:00
Friday 07:00 - 00:00
Saturday 07:00 - 00:00
Sunday 07:00 - 00:00

Telephone

+60139184099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aisy Design & Print posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share