Studio Tanda Bacha

Studio Tanda Bacha Agensi Kata-Kata dan Warna.

📝 Editorial & Pracetak
👨‍💻 Serantaan Buku & Pengarang
🎨 Penjenamaan & Pemasaran

— Selamat berhari raya buku dan selamat ber-PBAKL buat semua penerbit, pengarang dan komuniti buku!Kami belum berkapasit...
29/05/2026

— Selamat berhari raya buku dan selamat ber-PBAKL buat semua penerbit, pengarang dan komuniti buku!

Kami belum berkapasiti untuk buka reruai, membuka meja rundingan penerbitan, editorial dan serantaan buku.

Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan naskhah-naskhah yang mendapat sentuhan editorial kami ini!

Terima kasih kepada para penerbit atas peluang kerjasama yang dihulurkan.


— Semoga segala pengorbanan kita, walau sebesar hama atau sekecil zarah, diangkat menjadi ibadat dan diterima oleh-Nya.S...
27/05/2026

— Semoga segala pengorbanan kita, walau sebesar hama atau sekecil zarah, diangkat menjadi ibadat dan diterima oleh-Nya.

Salam Aidiladha.

Belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!Selain guru dalam pendidikan formal, kami...
16/05/2026

Belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!

Selain guru dalam pendidikan formal, kami juga ingin menghargai para karyawan yang menjadi guru kita semua, khusus dalam industri buku—tidak kiralah sama ada anda pengarang, editor, penerbit atau sesiapa sahaja yang menuntun, memupuk dan membugarkan bakat tempatan serta menitipkan pelajaran dalam setiap halaman buku—ini juga hari anda.

Selamat Hari Guru! 🌹

Masih ada penulis yang guna frasa “menghela nafas” untuk membawa maksud melepaskan nafas.Ia ketara salah apabila penulis...
15/05/2026

Masih ada penulis yang guna frasa “menghela nafas” untuk membawa maksud melepaskan nafas.

Ia ketara salah apabila penulis gandingkan dengan “tarik nafas”.

Contoh: Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan dihela perlahan.

Hela = tarik

Dan ia tidak terhad kepada nafas sahaja. Orang, objek pun kita hela juga.

Mulai hari ini, kita biasakan yang betul, betulkan yang biasa, ya?


Ramai yang fikir penerbitan buku semudah pengarang tulis → penerbit cetak dan jual.Ada juga yang faham proses penerbitan...
09/05/2026

Ramai yang fikir penerbitan buku semudah pengarang tulis → penerbit cetak dan jual.

Ada juga yang faham proses penerbitan sekadar proses asas Tulis → Sunting → Reka Letak → Baca Pruf → Cetak.

Walaupun secara dasarnya proses asas ini betul, tetapi masih ada banyak peringkat lain yang lebih kompleks di sebaliknya.

Ini carta alir penerbitan buku yang hampir lengkap (semoga!) kami terjemahkan dalam bentuk visual.

Carta alir ini wajar difahami semua karyawan buku termasuk pengarang, penyunting, pereka dan pembaca pruf.

Anda penggiat di peringkat penerbitan yang mana?


TAWARAN SAH SEHINGGA 10 MALAM, 5.5!
04/05/2026

TAWARAN SAH SEHINGGA 10 MALAM, 5.5!

Jangan tidak tahu! Selain khidmat editorial buat penerbitan buku, kami juga menawarkan perkhidmatan bacaan pruf untuk te...
03/05/2026

Jangan tidak tahu! Selain khidmat editorial buat penerbitan buku, kami juga menawarkan perkhidmatan bacaan pruf untuk teks akademik.

Malahan, kami memberikan kadar rahmah buat para mahasiswa/siswazah di semua peringkat:

RM4/halaman

Hubungi kami SEKARANG untuk dapatkan sebut harga/maklumat lanjut!


Keputusan Kerajaan Malaysia mengurniakan Anugerah Sastera Negara ke-16 kepada Mana Sikana bukanlah hal yang mengejutkan....
30/04/2026

Keputusan Kerajaan Malaysia mengurniakan Anugerah Sastera Negara ke-16 kepada Mana Sikana bukanlah hal yang mengejutkan.

Jasa, sumbangan serta dampak Allahyarham dalam ranah sastera tempatan baik dalam lapangan akademia mahupun ceritera pada kuras-kuras kreatif dan pentas tidak tertanding lagi.

Lima judul ini hanyalah saranan—lebih banyak karya Mana Sikana yang wajar kita telusuri, teladani dan hargai.

Semoga gelaran ‘Sasterawan Negara’ inI akan mengembalikan karya-karya Allahyarham (yang kebanyakan sudah tidak dicetak lagi) ke martabat yang wajar dan dapat dinikmati semua.


Terpaling laris ❌Paling laris ✅Terlaris ✅Walaupun penggunaan ‘terpaling’ diterima dalam budaya popular dan digunakan mel...
27/04/2026

Terpaling laris ❌
Paling laris ✅
Terlaris ✅

Walaupun penggunaan ‘terpaling’ diterima dalam budaya popular dan digunakan meluas di media sosial, elakkan penggunaannya dalam teks.

Penggunaan ‘terpaling’ menyalahi pola darjah penghabisan kata adjektif.

Imbuhan ‘ter-‘ dan ‘paling’ tidak boleh diganding bersama.

Sama juga halnya dengan kata penguat ‘paling’ dan ‘sekali’, tidak boleh diganding bersama.

Paling laris sekali ❌
Paling laris ✅
Laris sekali ✅


— We’ve had the honour of working on a diverse range of fiction manuscripts in the first half of 2025 — from classic lit...
22/05/2025

— We’ve had the honour of working on a diverse range of fiction manuscripts in the first half of 2025 — from classic literary reprints to romcoms and novellas.

As we open bookings for the second half of the year, we welcome all types of manuscripts — fiction, non-fiction, academic, and more. If you’re preparing your work for publication, we’re here to help you refine it with care and precision.

📩 DM us or email [email protected] / [email protected] to book your slot.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Studio Tanda Bacha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share