01/05/2026
10 Rakyat Malaysia Dibebaskan Selepas Ditahan Di Perairan Greece, Diterbangkan Ke Istanbul Malam Ini
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Sepuluh rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Greece pada Khamis selepas kapal misi kemanusiaan mereka dipintas berhampiran perairan antarabangsa Pulau Crete, dilaporkan telah dibebaskan.
Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Keselamatan Maritim Kebangsaan (SNCC), Datuk Shani Arabi, kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 175 aktivis kemanusiaan di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dalam perjalanan menyertai konvoi bantuan.
Beliau berkata, pihak berkuasa Greece telah mengatur sebuah bas untuk membawa kump**an aktivis yang dibebaskan ke lapangan terbang, manakala kerajaan Turkiye p**a menyediakan sebuah pesawat khas untuk membawa p**ang 20 rakyatnya.
“Pesawat itu dijadual berlepas pada jam 10.15 malam waktu Malaysia dari Lapangan Terbang Heraklion, Crete, dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 11.45 malam waktu Malaysia,” katanya dalam sidang media malam tadi.
Menurut beliau lagi, 10 rakyat Malaysia yang dibebaskan telah menerima pelawaan untuk menaiki penerbangan tersebut dan akan berlepas ke Istanbul bersama aktivis lain.
Kesemua mereka sebelum ini ditahan selepas kapal misi kemanusiaan yang dinaiki dipintas oleh pihak berkuasa Greece berhampiran perairan antarabangsa, mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan para sukarelawan terbabit.
Bagaimanapun, pembebasan kump**an itu melegakan keluarga serta rakyat Malaysia yang mengikuti rapat perkembangan misi berkenaan.