Tshirt Bodo Bodo Je

Tshirt Bodo Bodo Je Sebab hidup tak selalunya serius. Kami cetak t-shirt yang 'bodo-bodo' tapi kualiti padu. Sesuai untuk korang yang nak tampil berbeza tanpa perlu try hard.

Custom design pun boleh! 👕✨ NAK TEMPAH TEKAN LINKTREE DIBAWAH "T-Shirt Bodo Bodo Je!" is proudly managed by Creative Fortune Network, a brand that’s all about turning simple ideas into amazing, fun-filled experiences. We specialize in creating quirky, funny, and custom-printed T-shirts designed to brighten your day and make you stand out in style. Whether you're looking for a good laugh, a unique

gift, or just a casual T-shirt that reflects your vibe, we’ve got you covered!

💡 Why Shop With Us? Hilarious Designs: Inspired by relatable Malaysian humor and global trends. Premium Quality: Comfortable, durable fabrics that feel great to wear. Custom Options: Want your own unique design? We can make it happen! Global Reach: From Malaysia to the world—wherever you are, we deliver. At T-Shirt Bodo Bodo Je!, we believe fashion should be fun, affordable, and unforgettable. So, why settle for ordinary when you can wear something extraordinary?

👉 Shop now, laugh later, and share your bodo-bodo je moment with us! Follow us for updates, exclusive designs, and crazy deals!

ketahian apa ni? duk tak semena mena kena disable?
10/02/2026

ketahian apa ni? duk tak semena mena kena disable?

Penat tak jadi cerdik setiap hari?Dunia sekarang sibuk sangat suruh kita 'Hustle', 'Grind', 'Be Productive'. Dekat ofis ...
11/01/2026

Penat tak jadi cerdik setiap hari?

Dunia sekarang sibuk sangat suruh kita 'Hustle', 'Grind', 'Be Productive'. Dekat ofis bos kejar KPI, dekat media sosial orang sibuk tunjuk konten 'high-value'. Penat, weh. Aku? Aku nak tidur je.

Sebab tu aku cipta 'T-shirt Bodo-Bodo Je'.

Ini bukan sekadar baju. Ini adalah 'seragam rasmi' untuk korang yang dah sampai tahap 'Financial Peace' atau paling busuk pun, 'Mental Exhaustion'. Kita dah tak perlu buktikan apa-apa dekat sesiapa. Dah sampai masa kita hidup "santai-santai" je.

Kalau korang nampak geng pakai baju 'bodo' ni kat mall, maksudnya dia tengah dalam mode 'Low Battery'. Tolong jangan ajak bincang pasal ekonomi dunia atau harga saham. Ajak cari cendol bawah pokok je.

Kemewahan sebenar bagi aku bukan pakai kereta sport, tapi bila kau berani nampak 'bodo' pakai T-shirt ni, tapi bila makan kedai mamak kat KLCC, kau boleh sauk udang galah paling besar taruk 2 ekor dalam pinggan tanpa perlu tanya harga. Itu baru 'Rare'.

Kalau korang pun dah penat nak berlakon cerdik depan orang, meh la follow page ni. Kalau tak nak pun takpe, aku pun malas nak paksa.

10/01/2026

Orang tanya aku, "Admin, kenapa kau ni photoshoot dalam tandas awam? Takda tempat elok sikit ke?"

Jawapan aku mudah. Sebab hidup kita ni memang tak selalu elok pun.

Aku penat tengok orang jual baju acah-acah "premium", "limited edition", kononnya pakai baju tu terus jadi sukses, terus jadi CEO. Padahal hidup kita hari-hari, bangun pagi, hadap jem, pergi kerja yang kita kadang-kadang tak s**a, lepas tu balik rumah tidur. Itulah realiti.

Macam dinding tandas ni, kadang-kadang bersepah, kadang-kadang ada contengan. Tapi tetap ada fungsinya.

Sama macam baju "BAJU NI TAK ADA MAKNA" ni. Dia tak janji kau jadi kaya raya. Dia cuma jujur cakap, "Eh, baju ni memang tak ada makna. Sama macam sesetengah drama TV kau tengok."

Aku pilih tandas ni sebagai lokasi, sebab kat sini je kita boleh jujur dengan diri sendiri. Tak ada filter, tak ada prop, tak ada lighting mahal. Muka kau pun nampak pasrah je. Itu lah dia, T-shirt Bodo Bodo Je. Kami tak jual ilusi, kami jual realiti yang "bodo-bodo je".

Korang rasa setuju ke?

Kalau korang ada member yang jenis s**a acah-acah aesthetic kat media sosial tapi sebenarnya bilik dia tu macam padang bola lepas perang, tag dia kat sini. Kita tengok siapa lagi 'real'.




ALGORITMA PUN TAK BOLEH TERIMA KEBODOHAN YANG JUJUR?Semalam kecoh pasal Rembayung kena kecam 'cekik darah' sebab jual na...
08/01/2026

ALGORITMA PUN TAK BOLEH TERIMA KEBODOHAN YANG JUJUR?

Semalam kecoh pasal Rembayung kena kecam 'cekik darah' sebab jual nasi lauk kampung harga premium. Pagi ni, thread dan IG "T-shirt Bodo Bodo Je" p**a baru dapat bernafas balik lepas kena suspended semalam tanpa sebab munasabah.

Agaknya dunia ni memang susah nak terima benda yang "Hidden Gem" dan jujur, kan?

Kenapa eh?

Kita sanggup bayar mahal untuk "Banana Fritters" 4 keping RM15.90 sebab ada payung kertas kecil.

Kita bangga pakai baju brand luar yang design dia pun "bodo" juga tapi harga kayangan.

Tapi bila brand lokal buat design "bodo" yang jujur dan berkualiti, terus kena report atau kena suspended.

Aku tak nak sedih lama-lama. Kalau ramai boleh pertahankan Rembayung, aku harap korang pertahankan "kebodohan" design aku ni. Kita ni komuniti yang tak masuk akal, tapi kita setia.

Cuba korang kongsi kat komen, apa satu lagi benda "bodo" yang korang rasa patut jadi viral atau patut kita support selain daripada T-shirt aku ni?

Tag kawan korang yang semalam tercari-cari mana perginya punca kebahagiaan (kebodohan) mereka ni.

Kita kasi Threads nampak yang kita takkan mati! 🔥👇

"RELEKS, KAU TAK SESAT SEORANG..."Tadi ada sorang hamba Allah ni DM, dia tanya: "Kenapa eh aku patut follow page Bodo Bo...
07/01/2026

"RELEKS, KAU TAK SESAT SEORANG..."

Tadi ada sorang hamba Allah ni DM, dia tanya: "Kenapa eh aku patut follow page Bodo Bodo Je ni?"

Jujurnya, masa aku baca DM tu, aku tengah termenung depan megi cup. Aku pun tengah tanya soalan yang sama kat diri sendiri.

Kalau korang cari:
✅ Tips motivasi bangun pagi
✅ Cara nak jadi CEO umur 20
✅ Tutorial nak jadi terpaling hensem
..korang memang dah salah masuk simpang.

Kat sini kita cuma raikan kebodohan-kebodohan harian yang kita selalu buat tapi segan nak mengaku. Kita raikan "vibe" tak tahu nak buat apa dengan hidup.

Jadi, kenapa korang masih kat sini?

Sebab kesian ke sebab korang pun "bodo-bodo" jugak macam aku?

Cuba komen sikit. 😂👇

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tshirt Bodo Bodo Je posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tshirt Bodo Bodo Je:

Shortcuts

Share