10/03/2021
Hari ni kita off dahulu posting tentang printing. Minggu lepas ada individu yang tak diketahui telah tinggalkan seekor ibu bulus dan 4 ekor anaknya. π‘π‘π‘Ditinggalkan dalam sebuah bakul, kain sehelai, makanan semangkuk dan air sebekas untuk anak dan ibu tersebut. Sedikit pesanan ikhlas daripada kami.
1. Kucing adalah binatang yang disayangi Rasulullah, seboleh-bolehnya jika sekalipun ingin tinggalkan janganlah berlaku kejam dengan mereka. Kenapa? dibawah saranan kami, baca sampai habis.
2. Sebaiknya kucing ingin ditinggalkan, janganlah di tempat seperti kami, kami hanya kedai printing tiada makanan untuk mereka melainkan belas ehsan daripada para pekerja kami.π£
3. Semasa kami datang, anak bulus ini kelaparan tanpaa ibu mereka di sisi.
4. Jika ingin tinggalkan, pastikan anak-anak bulus mampu berdikari seperti mencari makanan, membersihkan badan, mampu pertahankan diri. Apa yang terjadi, ditinggalkan dalam keadaan anak bulus masih terketar-ketar jalannya, makan pun baru belajar dry food. Apa yang terbaik, belalah dulu sehingga mereka sudah fasa 'lepas susu'. Please...ππππ
5. For infomation, anak bulus ini ditinggalkan oleh ibu mereka sebab terlalu takut dengan keadaan baru dan diancam kucing yang ada sekitar, serta merta yatim piatu.hmm... Masa kami jumpa, badan dipenuhi kurap daripada kepala sampai kaki! Belum kira lagi bintat sebab nyamuk.π
6. Anak bulus ini, masih tidak pandai bersihkan badan, masih tidak pandai cari makanan, dengan bulu masih lagi belum lebat satu badan, sejuk! Tolonglah jangan jadi kejam!
7. Belum kira lagi KL ini kawasan yang banyak pemangsa seperti anjing, dengan tiada ibu untuk pertahankan, sah-sah jadi mangsa!
8. Kalau rasa tak mampu jangan gatal untuk membela kucing, kucing ni binatang cepat membiak. Kalau ibu bulus sudah beranak, awak dah mengelabah terus buang, kesian!ππππ
9. Sekalipun, terpaksa untuk tinggalkan, carilah tempat yang elok seperti cat resque atau iklankan untuk di 'adopt' dalam www.petfinder.com.my, dapatkan penerima yang baru. Please jangan tinggalkan di pasar atau tempat yang tidak sepatutnya! Untuk pengetahuan anda, ada bangsa bukan negara kita yang makan kucing macam makan ayam!
10. Buat masa ini pekerja kami adopt dahulu, sekurang-kurangnya anak bulus ini boleh berdikari dan sihat.. π‘π‘
Jadi please! stop all of this... ππππ
*Panjangkan masej ini supaya kita jadi masyarakat bertanggungjawab