POISE by DATIN LYN

POISE by DATIN LYN Certified Professional Image Consultant | HRDC Accredited Trainer | Soft Skills Trainer

Hari ini bermusafir untuk satu lagi sesi training bersama para peserta di sini.Kita belajar, kita praktik dan paling pen...
28/08/2026

Hari ini bermusafir untuk satu lagi sesi training bersama para peserta di sini.

Kita belajar, kita praktik dan paling penting… kita level up together!

Looking forward to another meaningful and impactful session today.





Alhamdulillah, berita gembira di penghujung sesi pitching online sekejap tadi.Perbincangan berjalan dengan sangat lancar...
06/08/2026

Alhamdulillah, berita gembira di penghujung sesi pitching online sekejap tadi.

Perbincangan berjalan dengan sangat lancar dan berani kaklyn bilang, tenaga positif sepanjang sesi Zoom ini amat luar biasa. Syukur ke hadrat Allah SWT, bila pitching dan proposal yang dibentangkan terus diterima secara rasmi sejurus sebelum mesyuarat berakhir! Allahuakhbar, terima kasih Ya Allah.

Nampak tak keceriaan riak wajah kaklyn kat gambar tu… hehe rasa nak lompat bintang 💃🏽😍

Terima kasih Tuan/Puan Client, atas kepercayaan yang diberikan. Teruja untuk memulakan kerjasama ini dan membawakan impak serta nilai terbaik untuk organisasi mereka.

Langkah demi langkah, RAHAH RESOURCES TRAINING PROVIDER terus melangkah ke hadapan. Excited for what's coming next!





“Jangan nilai orang dari luaran.”Ya, itu nasihat yang baik…Tetapi realitinya…Dunia tetap menilai apa yang mereka lihat t...
06/08/2026

“Jangan nilai orang dari luaran.”

Ya, itu nasihat yang baik…
Tetapi realitinya…

Dunia tetap menilai apa yang mereka lihat terlebih dahulu.

Sebelum kita bercakap, orang sudah membina persepsi.

Sebelum kita menunjukkan kemampuan, mereka sudah membuat tanggapan - “First Impression”.

Itu bukan semestinya betul.
Tetapi itulah hakikat kehidupan.

Sebab itu penampilan bukan sekadar soal bergaya atau mengikut trend.

Penampilan ialah mesej tanpa kata-kata.

Ia menceritakan siapa kita.
Apa yang kita hargai.
Dan bagaimana kita membawa diri.

Jadi, soalan yang lebih penting bukan…

“Orang akan judge aku ke?”

Kerana mereka memang akan menilai.

Soalannya ialah…

“Apakah cerita yang sedang aku sampaikan melalui penampilan aku?”

Adakah ia selari dengan identiti yang ingin aku bina?

Adakah ia mencerminkan tahap profesionalisme yang aku mahu orang lihat?

Adakah ia menunjukkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling?

Kita tidak mampu mengawal persepsi semua orang.

Tetapi kita boleh mengawal mesej yang kita pilih untuk dihantar.

Kerana dalam banyak keadaan…

Peluang datang selepas persepsi.

Dan persepsi selalunya bermula daripada apa yang mata lihat, sebelum telinga mendengar.

Sama ada kita s**a atau tidak, begitulah dunia beroperasi.

Apa pandangan anda? Adakah penampilan benar-benar memberi kesan kepada peluang dan kepercayaan, atau ia sekadar persepsi yang tidak patut diambil kira?





31/07/2026

Alhamdulillah.
Satu sesi yang penuh makna. Terima kasih kepada warga Eksekutif KTAC atas peluang dan keterbukaan menerima setiap perkongsian daripada saya. Semoga ia terus memberi impak yang berpanjangan dan setiap perkongsian saya menjadi inspirasi dan memberi nilai kepada warga Eksekutif KTAC 💐




24/07/2026

Grooming Tips: Kunci First Impression Yang Mantap!

Penampilan yang kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi bentuk penghormatan kita pada audiens dan diri sendiri.





Salam Maal Hijrah 1448H ✨-17 Jun 2026 (Rabu)-1 Muharam membuka lembaran baharu buat kita semua. Semoga tahun ini membawa...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H ✨
-17 Jun 2026 (Rabu)-

1 Muharam membuka lembaran baharu buat kita semua.

Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan hati, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.

Perbaharui niat, perindah amal 🤍💐

DATIN LYN
RAHAH RESOURCES
Founder
Perunding Imej Professional Bertauliah
HRDC Accredited Trainer





Percaya tak? Kadang-kadang kita tak perlukan perubahan besar pun. Cukup amalkan 7 perkara yang Kaklyn kongsikan di bawah...
03/06/2026

Percaya tak? Kadang-kadang kita tak perlukan perubahan besar pun. Cukup amalkan 7 perkara yang Kaklyn kongsikan di bawah ini dan anda mungkin mula rasa lebih tenang, lebih bahagia dan lebih menjaga mental health dengan lebih baik👇🏼

1️⃣ Berpakaian dengan baik
- Orang lebih menghormati apa yang mereka kagumi secara visual.

2️⃣ Jangan berdebat dengan orang yang tidak mahu memahami
- Kadangkala diam adalah jawapan terbaik.

3️⃣ Tetapkan batasan dari awal
- Orang akan melayan kita berdasarkan apa yang kita benarkan.

4️⃣ Belajar untuk beredar apabila tidak dihormati
- Tidak semua tempat atau hubungan layak untuk diperjuangkan.

5️⃣ Biarkan orang memandang rendah kemampuan anda
- Kemudian buktikan melalui tindakan dan pencapaian.

6️⃣ Kuasai seni berkata “tidak” tanpa rasa bersalah
- Menjaga diri sendiri bukanlah sesuatu yang salah.

7️⃣ Jangan merayu perhatian atau penghargaan
- Nilai diri anda tidak bergantung pada pengiktirafan orang lain.

In conclusion, respect is not something you demand; it is something you earn through the way you carry yourself, set healthy boundaries and act with confidence and integrity.

Selamat memulakan kerja dan semoga hari ini dipermudahkan, penuh produktiviti, serta membawa limpahan rezeki yang berkat buat anda. Aamiin Yra 💐





29/05/2026

Kalau bekerja di hotel 5 bintang tetapi penampilan dan grooming tidak mencerminkan standard 5 bintang, tetamu pasti dapat merasainya.

Hari ini Kaklyn berkongsi dan melatih pas**an hospitality tentang:

✔ Professional Image
✔ Personal Hygiene
✔ Grooming Excellence
✔ Confident Presence

Dalam industri hospitaliti, tetamu bukan sahaja menilai kemudahan dan perkhidmatan, malah mereka juga menilai individu yang mewakili jenama hotel.

Staff bukan sekadar pekerja.

Mereka adalah Ambassador kepada brand hotel, yang membawa imej, reputasi dan standard perkhidmatan organisasi dalam setiap interaksi dengan tetamu.

Dalam dunia hospitaliti, tanggapan pertama bukan hanya mencipta persepsi, malah menjadi sebahagian daripada pengalaman yang akan diingati oleh tetamu.





28/05/2026
Day 2 Training – Professional Image Enhancement for 5-Star Hospitality Professionals.Sesi hari ke-2 terus memberi fokus ...
28/05/2026

Day 2 Training – Professional Image Enhancement for 5-Star Hospitality Professionals.

Sesi hari ke-2 terus memberi fokus kepada pembinaan asas imej profesional melalui kecemerlangan grooming, keyakinan diri dan standard hospitaliti. Setiap perincian memainkan peranan penting dalam mencipta pengalaman tetamu yang bermakna serta mencerminkan semangat sebenar perkhidmatan bertaraf 5 bintang.

Dalam industri hospitality, imej profesional bertaraf 5 bintang bukan sekadar tentang penampilan semata-mata, tetapi mencerminkan keyakinan, disiplin, sikap profesional dan standard perkhidmatan yang dibawa dalam setiap interaksi bersama tetamu. Setiap perincian kecil daripada grooming, uniform, body language hingga komunikasi memainkan peranan penting dalam mencipta pengalaman tetamu yang eksklusif, selesa dan memorable selaras dengan standard perkhidmatan hotel bertaraf antarabangsa.

Again, as usual I am so excited! 🤩





Address

Naza Tower, Platinum Park, 10, Persiaran KLCC
Kuala Lumpur
50088

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POISE by DATIN LYN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to POISE by DATIN LYN:

Shortcuts

Share