NADI Kg Tanjung

NADI Kg Tanjung WAKTU OPERASI
9.00am -06.00pm

πŸ“’ NAK BAYAR BIL TANPA STRES?Kini lebih mudah di NADI dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad!Bayar pelbagai jenis bil seper...
03/09/2026

πŸ“’ NAK BAYAR BIL TANPA STRES?
Kini lebih mudah di NADI dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad!
Bayar pelbagai jenis bil seperti:
πŸ”Ή Bil utiliti
πŸ”Ή Bil telekomunikasi
πŸ”Ή Cukai taksiran / cukai pintu
πŸ”Ή Cukai tanah / cukai petak
πŸ”Ή Pinjaman pendidikan
✨ Tak perlu beratur panjang
✨ Jimat masa & tenaga
✨ Perkhidmatan dipercayai
πŸ“ Kunjungi cawangan NADI terdekat hari ini!

Sambutan Maulidur Rasul 2026 πŸ“… 25  Ogos 2026 ⏰ 9.00 pagi -1.00 tengahari🏫Masjid An Nadwah Kampung Padang Nyior    See le...
27/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul 2026
πŸ“… 25 Ogos 2026
⏰ 9.00 pagi -1.00 tengahari
🏫Masjid An Nadwah Kampung Padang Nyior

See less

Pemeriksaan kesihatan sempena Program Jom Selawat di Rumah Ngaji Perpustakaan Desa Kampung Padang Nyior πŸ“… 25  Ogos 2026 ...
27/08/2026

Pemeriksaan kesihatan sempena Program Jom Selawat di Rumah Ngaji Perpustakaan Desa Kampung Padang Nyior
πŸ“… 25 Ogos 2026
⏰ 9.00 pagi -1.00 tengahari
🏫Perpustakaan Desa Kampung Padang Nyior

Kursus Pengendali Makanan berkolaboerasi bersama  NZ BUNGA VentureπŸ“… 21 Ogos 2026 ⏰ 9.00 pagi -12.30 tengahari
21/08/2026

Kursus Pengendali Makanan berkolaboerasi bersama NZ BUNGA Venture
πŸ“… 21 Ogos 2026
⏰ 9.00 pagi -12.30 tengahari

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
20/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI
Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.
Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.
Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:
‒⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
‒⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
‒⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.
Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.
Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.



Mesyuarat penyelarasan karnival komuniti yang akan diadakan pada September nanti. Semoga yang dirancang berjalan lancar
14/08/2026

Mesyuarat penyelarasan karnival komuniti yang akan diadakan pada September nanti. Semoga yang dirancang berjalan lancar

14/08/2026
πŸ“’ π‰πŽπŒ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŠπ„πŒππ„π πˆππ“π„π‘ππ„π“ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸπŸŽπŸπŸ”! 🌐✨Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan...
14/08/2026

πŸ“’ π‰πŽπŒ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŠπ„πŒππ„π πˆππ“π„π‘ππ„π“ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸπŸŽπŸπŸ”! 🌐✨

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Tahun 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Dewan Badminton, Kompleks Sukan Langkawi

Pelbagai aktiviti menarik, informasi dan program kesedaran keselamatan siber menanti anda! πŸ’»πŸ”

Ayuh hadir bersama keluarga dan komuniti bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab. 🀳🌐

πŸŽ‰ Jom sertai kami! Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan!





09/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting πŸ‘† rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak pulak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

Address

KAMPUNG TANJUNG PADANG TERAP KIRI
Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00
Saturday 09:00 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Telephone

+601165472168

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Tanjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kg Tanjung:

Shortcuts

Share