Din Mega Enterprise

Din Mega Enterprise Its a Premium Gift company with full of varieties of gift for a special one we do printing as well

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHSempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Ma...
01/06/2026

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Kami mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam limpah kurnia Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta kekuatan dalam meneruskan pemerintahan negara dengan penuh kebijaksanaan dan kewibawaan.

Kami warga Din Mega dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah ucapan Dirgahayu Tuanku, semoga institusi Raja Berperlembagaan terus kekal utuh sebagai payung kedaulatan negara dan lambang perpaduan rakyat Malaysia.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‘‘

Ikhlas Daripada,
Din Mega & Din Brothers.

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026MSelamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga penghayatan terhada...
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga penghayatan terhadap erti pengorbanan, keikhlasan serta ketaatan kepada Allah SWT yang dicontohi oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dapat terus menyuburkan keimanan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

Semoga Aidiladha yang penuh bermakna ini membawa limpahan rahmat, keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada anda sekeluarga. ๐Ÿค

*ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ูƒูู…ู’*
โ€œTaqabbalallahu minna wa minkumโ€
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita.

MAKLUMAN CUTI RAYA AIDILADHA 2026Sempena menyambut Hari Raya AidilAdha, Premis kami tidak akan beroperasi pada 27 Mei 20...
26/05/2026

MAKLUMAN CUTI RAYA AIDILADHA 2026

Sempena menyambut Hari Raya AidilAdha, Premis kami tidak akan beroperasi pada 27 Mei 2026 (Rabu) dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 30 Mei 2026 (Sabtu).

SELAMAT HARI ARAFAH 1447HHari Arafah merupakan antara hari yang paling agung dan istimewa dalam Islam, dipenuhi dengan r...
26/05/2026

SELAMAT HARI ARAFAH 1447H

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling agung dan istimewa dalam Islam, dipenuhi dengan rahmat, keampunan serta peluang untuk melipatgandakan amal ibadah dan memanjatkan doa kepada Allah SWT.

Bersempena Hari Arafah 1447H, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan keimanan, memperelokkan akhlak serta meningkatkan ketakwaan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga 9 Zulhijjah ini dipenuhi dengan amalan yang diberkati seperti berdoa, berzikir, beristighfar dan bermuhasabah diri. Mudah-mudahan segala doa dipermakbulkan, segala dosa diampunkan dan kita dikurniakan keberkatan, kesejahteraan serta keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H.

Ikhlas Daripada,
Din Mega & Din Brothers.

1 Zulhijjah telah tiba โœจMarilah kita manfaatkan 10 hari terbaik ini dengan memperbanyakkan doa, selawat, zikir dan amala...
18/05/2026

1 Zulhijjah telah tiba โœจ

Marilah kita manfaatkan 10 hari terbaik ini dengan memperbanyakkan doa, selawat, zikir dan amalan sedekah walaupun sedikit. Sesungguhnya amalan yang kecil pada pandangan kita, boleh menjadi sangat besar nilainya di sisi Allah ๐Ÿคฒโœจ

Semoga hadirnya Zulhijjah ini membawa keberkatan dalam setiap langkah, melapangkan segala urusan dan rezeki, serta menjauhkan kita daripada segala keburukan dan musibah. Semoga hati sentiasa dipenuhi ketenangan dan kebaikan ๐ŸŒธ

Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

Ikhlas Daripada,
Din Mega & Din Brothers.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจDi sebalik setiap kejayaan yang dikecapi hari ini, pasti ada seorang guru yang pernah mendidik d...
16/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ

Di sebalik setiap kejayaan yang dikecapi hari ini, pasti ada seorang guru yang pernah mendidik dengan penuh sabar dan keikhlasan. Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut membentuk akhlak, memberi semangat dan menjadi inspirasi dalam kehidupan anak-anak didik.

Walaupun jasa mereka kadangkala tidak mampu dibalas dengan kata-kata, pengorbanan seorang guru sentiasa terpahat dalam hati setiap insan yang pernah menerima didikan mereka. Dalam setiap nasihat, teguran dan tunjuk ajar, tersimpan harapan besar untuk melihat generasi masa depan terus berjaya.

Bersempena Sambutan Hari Guru 2026 yang bertemakan โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€, kami dari Din Mega ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik di Malaysia atas segala usaha, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.

Sesungguhnya guru merupakan insan hebat yang menjadi nadi kepada kemajuan ilmu dan pembangunan negara. Tanpa guru, tidak akan lahir generasi yang berpengetahuan, berakhlak dan mampu membawa negara ke arah yang lebih gemilang.

Terima kasih cikgu, atas segala jasa dan pengorbanan. ๐Ÿ’

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข,
๐ƒ๐ข๐ง ๐Œ๐ž๐ ๐š.


โœจ KEYCHAIN CUSTOMADE DARI DIN MEGA โœจNak buat keychain design sendiri? Haa sini tempatnya ๐Ÿ˜Kami sediakan keychain acrylic...
13/05/2026

โœจ KEYCHAIN CUSTOMADE DARI DIN MEGA โœจ

Nak buat keychain design sendiri? Haa sini tempatnya ๐Ÿ˜
Kami sediakan keychain acrylic + paper print full colour custom dengan pelbagai bentuk yang cantik & menarik โœจ

๐ŸŽจ Boleh guna design sendiri
๐Ÿ–จ๏ธ Print full colour yang terang & jelas
๐Ÿ’Ž Material acrylic kemas dan berkualiti
๐Ÿ“ Banyak pilihan bentuk & saiz
๐Ÿ›๏ธ Sesuai untuk personal atau bisnes

Nak letak:
โœ… Logo
โœ… Nama
โœ… Gambar
โœ… Artwork
โœ… Design sendiri

Semua boleh buat ikut request korang ๐Ÿ’–

Sesuai untuk:
๐ŸŽ Hari Guru
๐ŸŽ“ Hadiah sekolah / kelas
๐Ÿ’ Doorgift kahwin
๐Ÿข Event company
๐Ÿ›๏ธ Branding bisnes
๐ŸŽ‚ Birthday & surprise gift

๐Ÿ“ฉ Nak tengok sample atau nak custom design sendiri?
PM Din Mega sekarang !

Nak walk in? Boleh! Walk in terus ke Din Mega Enterprise :
๐Ÿ“ Alamat:
[ LOT 3756, HSM 2614, PENGADANG AKAR, JALAN SULTAN OMAR, 20300 KUALA TERENGGANU ].

๐Ÿ“ฒ PM / WHATSAPP DIN MEGA SEKARANG JUGA!

10/05/2026

BOTOL AIR COOL CUP BOTTLE 550ML dah ada dekat DIN MEGA!โœจ

4 warna cantik nak pilih niโ€ฆ susah betul! ๐Ÿ˜

๐Ÿ’™ Team Biru
๐Ÿค Team Putih
๐Ÿ’— Team Pink
๐Ÿ’œ Team Purple

Korang team mana satu? ๐Ÿ‘€
Comment warna favourite bawah ๐Ÿ‘‡

Tag kawan yang selalu lupa minum air tu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ’ง

Nak walk in? Boleh! Walk in terus ke Din Mega Enterprise :
๐Ÿ“ Alamat:
[ LOT 3756, HSM 2614, PENGADANG AKAR, JALAN SULTAN OMAR, 20300 KUALA TERENGGANU ].

๐Ÿ“ฒ PM / WHATSAPP DIN MEGA SEKARANG JUGA!
DM/WhatsApp Din Mega sekarang ๐Ÿ“ฒ

๐ŸŒธ SELAMAT HARI IBU 2026 ๐ŸŒธKasih ibu tiada gantinyaโ€ฆDalam setiap doa, ada nama anak-anak.Dalam setiap pengorbanan, ada cin...
10/05/2026

๐ŸŒธ SELAMAT HARI IBU 2026 ๐ŸŒธ

Kasih ibu tiada gantinyaโ€ฆ
Dalam setiap doa, ada nama anak-anak.
Dalam setiap pengorbanan, ada cinta yang tidak pernah meminta balasan. โค๏ธ

Terima kasih kerana menjadi insan terhebat dalam hidup kami.
Pelukanmu adalah ketenangan, nasihatmu adalah kekuatan, dan kasihmu adalah syurga buat keluarga.

๐Ÿ’– โ€œIbuโ€ฆ cinta pertama yang tak pernah berhenti mencintai.โ€ ๐Ÿ’–

Ikhlas Daripada
Kumpulan Syarikat Din Mega & Din Brothers.

Address

LOT 3756, HSM 2614 PENGADANG AKAR, Jalan SULTAN OMAR
Kuala
20300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 18:30

Telephone

+6096319786

Website

http://wasap.my/60162889786/Sales2, https://dinmega.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Din Mega Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Din Mega Enterprise:

Share