Bengkel Niaga & Marketing

Bengkel Niaga & Marketing Sharing the idea

09/07/2018

SENYUM PENARIK REZEKI

Kebiasaannya orang yang susah senyum sebab ada masalah, ego, buruk sangka, sombong.

Senyum ibarat 1 magik yang ubah you daripada negatif kepada positif in a second. Maybe less.

Cuba you senyum ketika marah. Insya-Allah you punya dalaman rasa lebih baik. Smile cure your mood. Rasa lebih relax apabila senyum.

Kadang-kadang kalau orang tengah bad mood, nampak orang senyum, mood dia akan rasa lebih baik. Kalau you bad mood, buat mimik yang bad, orang tengok you pun tak s**a.

Begitulah ada pepatah,

“Senyum itu sedekah.”

Sedekah menyebarkan positif mood kepada orang lain. Senyum juga bina you punya dalaman jadi positif. Kalau you ada masalah, jangan fikir perihal masalah or macam mana nak settlekan masalah tu. Kena fikirkan end result dahulu.

Contoh,

Hutang RM100k
Jangan fikir “how to solve the problem”
Focus fikiran kepada “life financial freedom (end result)“
You kena fikir …

Saya mempunyai wang yang cukup untuk travel, charity, house, living freedom
Saya mempunyai company yang menghasilkan p**angan lumayan setiap tahun
Lepas dah tahu end result baru fikirkan,

Pilih niche > product / passion > problem solving
Magnet marketing > beritahu / kongsikan kepada manusia kami menawarkan bla, bla, bla….
Management > tambah ilmu, agent, database upgrade phase by phase
Business dah stable, focus kepada investment
Apabila settle benda ni secara tidak lansung dapat bayar hutang, dan memiliki impian dalam hidup, makanya energi tidak habis dengan memikirkan selesaikan masalah / fikir beban hutang.

sumber:
https://sistemmenjemputrezeki.wordpress.com

3 CARA MUDAH UNTUK MENARIK REZEKI DALAM ISLAMMenarik Rezeki | Spice Market by ~Nour-KRezeki, Allah yang pegang.Minta den...
09/07/2018

3 CARA MUDAH UNTUK MENARIK REZEKI DALAM ISLAM
Menarik Rezeki | Spice Market by ~Nour-K

Rezeki, Allah yang pegang.

Minta dengan Dia dulu..

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.

Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. MENARIK REZEKI DENGAN BERSEDEKAH
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?

Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.

Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)

Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan p**a ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan p**a pergi membazir.”

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak p**a mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Memberikan sesuatu yang berguna

Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?

Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. MENARIK REZEKI DENGAN BERDOA
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. MENGAMALKAN SOLAT SUNAT DHUHA
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.

Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang menyewa ruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan dan mengambil pakej fotografi daripada saya. Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)

***

Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat juga cara untuk menjemput rezeki.

Apa yang saya nyatakan diatas adalah apa yang saya telah lalui.. Jika anda ada beberapa pengalaman dan tips yang mahu dikongsi bersama, mohon dapat dicatatkan dibahagian komen dibawah =)

Sumber…

Untuk mendapatkan….

* Lebih Banyak Kemewahan.
* Lebih Banyak Kebahagiaan.
* Lebih Banyak Kesihatan.
* Lebih Banyak Ketenangan.
* Lebih Banyak Keberkatan.

sumber:
https://sistemmenjemputrezeki.wordpress.com

Sampaikanlah Doa Ini Ke Group Media Sosial Yang Lain…Dapatkan 100 Amiinn…Moga Allah swt memberikan kurnianya serta memak...
09/07/2018

Sampaikanlah Doa Ini Ke Group Media Sosial Yang Lain…

Dapatkan 100 Amiinn…

Moga Allah swt memberikan kurnianya serta memakbulkan hajat kita semua*

Jazakallah Khairan Kathira…

09/07/2018

Semalam dapat PM, “Salam Puan Hajar. Bagaimana ya nak dapat duit secara konsisten, tidak putus duit, sentiasa berduit. Mohon pencerahan. Terima kasih.”

Ayat beliau umum sangat. Saya tanya balik, “dapat duit melalui apa? Bisnes?”

“Ya,” balas beliau.

Which ingatkan diri pada situasi dulu, time semua benda ditarik dan alami fasa sengsara. Boleh bayang dop setiap hari duk nangis, tak tahu nak buat apa, tak tahu nak cekau duit dari mana yet segala benda perlukan duit?

Namun saya belajar ini >>> Masa kita belum ada duit yang banyak dan berkat, masa itulah kita kena memberi pada mak ayah. Tak kisahlah berapa sekali pun.

Yang saya perasan, rezeki Umi nak kata melimpah. Ya, memang melimpah pun. Namun apa yang Umi dapat kadang tak seiring dengan gaji yang Umi ada.

Maksud saya, gajinya tak setimpal dengan rezeki kebendaanya yang banyak. Jadi, saya tanya rahsianya apa?

Bagi 10% dari income pada parents sebaik je gaji dapat sebelum spend untuk diri sendiri dan keluarga.

Dah tahu, tiru je la amalan tu walau masa tu diri pun tengah survive dan duit acah-acah malu nak dekat dengan diri. Dan saya boleh nampak macam mana duit rolling semula masuk lebih banyak lepas 4 bulan dalam fasa struggle.

Nak tahu perasaan bila beri saat tiada apa-apa?

Kau akan rasa nak nangis, risau at first. Memang la tengok dompet… Yet, kau bakal rasa tenang dan nangis terharu tatkala bagi duit tu parents doakan untuk kau.

That is what my Dad did to me. Beri duit, dipegangnya kepala dan dia doa, “Barakallah, dilimpahkan rezeki dan dapat jodoh yang baik. Aamiin.”

Doa tersebut meranapkan segala keraguan lepas ni duit nak celok dari mana dan beri keyakinan bahawa Allah pasti ganjari. Pasti itu.

sumber
https://www.facebook.com/hajarwriter/posts/1415244765170255

09/07/2018

BISNES, REZEKI, DUIT DAN ASBAB.

Manusia minta macam-macam.

Tapi still tak dapat. ^_^

Manusia tak dapat apa yang mereka nak selama ini
sebab tak folow hukum alam / sunnatullah / system.


Apa dia Hukum Alam?

Hukum alam = Semua benda perlu ada “ASBAB” ..

Dua jenis orang.

+ Ada orang minta dapat, sebab dia ada asbab.
+ Ada orang minta tak dapat. sebab dia xda asbab.

Kalau ada asbab automatik akan dapat apa yang mereka nak.

+ Nak duit banyak?
+ Asbab = Saving 10% …

Rezeki

Ramai orang beri sedekah, sebab nak duit banyak.
Lepas tu tak menjadi, dia jadi kecewa. ^_^

Sebab dia fikir, dengan sedekah duit dia akan jadi banyak.
Kenapa orang lain dapat, saya tak dapat?

Sebab dia tak faham, rezeki = subjektif. ^_^
Kalau dia faham, xda cerita kenapa sedekah tu tak menjadi.

Setiap sedekah akan menjadi, tapi tak semestinya menjadi
itu mengikut apa yang u nak, mungkin digantikan dgn yang lain. ^_^

+ Nak duit banyak masuk?
+ Asbab = Paip wang / asset / instrument…

Bisnes

Ramai orang nak banyak duit, lepas tu dia buat bisnes.
Selepas bertahun-tahun, tak menjadi, dia kecewa.

Sebab dia tak faham, bisnes = Aktiviti jual & beli.
Aktiviti ini tidak akan menjamin akan dapat banyak duit.

Bila fokus dekat aktiviti menjual, apa yang akan dapat?
Yup… mereka akan “dapat aktiviti” menjual… ^_^

+ Nak duit banyak masuk?
+ Bina lebih banyak paip wang / instrument / sumber duit.

Sebab tu selama ini i as artist ^_^ tak pernah suggest
semua peminat-peminat i jual mereka punya barang.

Kita just suggest,

1. Kembangkan blog
2. Kembangkan data pelanggan
3. Kembangkan knowledge

3 Barang ni adalah asbab / instrument / paip wang yang
akan bawa lebih banyak duit masuk berterusan.

Ada kes,

+ Ada blog
+ Ada database
+ Ada knowledge

Tapi duit yang banyak still tak menjadi.

Why?

Sebab, word yang kita gunakan ialah, KEMBANGKAN berterusan.

Asbab untuk duit banyak masuk ialah fokus dekat instrument.

1. Kembangkan blog berterusan
2. Kembangkan data pelanggan berterusan
3. Kembangkan knowledge berterusan

Formula ini d’design base on aliran tenaga / perubahan subatomic.

Sub-atom ni akan berubah, bila u force tenaga berterusan.
Bila buat blog, submit artikel berterusan, then dia akan menjadi.

Kenapa bila force tenaga berterusan akan menjadi?
Sebab ini hukum alam / sunnatullah.

Dalam bidang pertanian / business / programming.
Tidak kira apa bidang, dia punya SYSTEM tetap sama.

Engineering

+ Belajar 1 bulan, boleh jadi ke?
+ Nop.. u kena practice berterusan bertahun-tahun baru dia jadi.

Medical

+ Belajar 1 bulan, boleh jadi ke?
+ Nop.. kena practice berterusan bertahun-tahun baru dia jadi.

Pokok mangga

+ Tanam n siram 1 kali, boleh jadi ke?
+ Nop… kena siram berkala secara berterusan baru dia jadi.


How about database pelanggan?

+ This month kumpul.
+ Then next 2-3 bulan buat benda lain.
+ Then sambung balik kumpul.

+ Nop.. dia xkan menjadi ..
+ Dia kena berterusan kumpul, baru dia menjadi.

The unseen world

+ Dunia wave macam ni.
+ Bila buat, wave tu mula bergerak.

+ Bila stop, wave tu, akan kembali ke normal.
+ Bila mula balik, wave tu dia tak sambung, dia start dari A / kecil…

+ Sebab tu, bila tinggal satu bidang.
+ Start balik, kenapa dulu menjadi, sekarang tak menjadi? ^_^

+ Sebab wave tu masih lagi kecil.
+ So, xkan nampak kesan tu…


Asbab untuk mendapat jualan yang banyak. ^_^

+ Bila kata saya nak jualan yang banyak.
+ U akan experience “saya nak jualan yang banyak”..

+ Sebab word dalam kepala .. “saya nak”… ^_^


Untuk mendapat jualan yang banyak.^_^

U perlu ada / point / benefit …

+ So, kena cerita point tu berulang-ulang kali.
+ Kepada seramai mungkin orang …
+ Then u akan dapat jualan yang banyak.


Untuk dapat duit yang banyak, bukan dengan jualan yang banyak.

Untuk dapat duit yang banyak, u kena buat loan.. ^_^

+ Dari investor.
+ Dari join venture.
+ Dari koperasi.
+ Dari dana gov …
+ *Mostly dapat dari bank. ^_^


Ini cara orang kaya…

Mereka tak buat banyak duit dengan bisnes.
Business adalah untuk develop profile.
Dengan profile, mereka dapat banyak duit.


Ramai usahawan tak jadi kaya.
sebab tak faham hukum alam / asbab.

Mereka just focus energy dekat business.
Bertahun-tahun untuk jadi kaya.

Then masih tak jadi kaya / buat banyak duit.

We are not talking about puluh / ratus ribu.
We are talking about couple of mil here … ^_^


Bila u focus dekat tempat yang salah, u will never jadi kaya.
U akan jadi makin stress n busy dengan aktiviti business. ^_^

At the same time, ada orang tengah
set profile. untuk dapat 100 mil … ^_^


How to have abundance of money ..

7 asset / instrument / asbab / hukum alam / paip wang / system

1. blog
2, database
3. knowledge
4. make sure u relax
5. make sure u ada networking
6. make sure u ada gold (for liquid saving to go bigger)
7. make sure u pandai outsource


Walau nampak orang kaya buat benda yang sama

Tapi mereka ada some system yang mereka apply.

+ Ada buat production
+ Ada buat marketing
+ Ada buat management

Depan tabir semua sama.

Belakang tabir? ^_^

+ Cash flow > cukai > loan ….
+ Or … Cash flow > loan …


Kenapa bertahun-tahun tak jadi kaya?

+ Depan tabir ok ..
+ Belakang tabir xda … ^_^

Asbab depan tabir sudah ok ..
Asbab belakang tabir plak xda … ^_^


Then jangan pelik ..

+ Da terbang tinggi > jatuh ..
+ Terbang lagi > jatuh ..
+ Terbang lagi > jatuh ..


Hukum alam / asbab

+ Terbang itu perlu dari kecil ..
+ Terbang itu perlu maintain ..
+ Terbang itu perlu berterusan kembangkan ..
+ Then masuk paid method baru akan menjadi ..


+ Ada yang ada duit …
+ Belajar fbads .. Apply … tak menjadi .. ^_^ ..

+ Ada yang ada duit ..
+ Buat fbads menjadi, lepas tu jatuh balik …

Kenapa jadi macam ni?

~ Sebab tak follow > Hukum alam / asbab / system … ^_^


Associate n peminat i (as artist) ^_^ ..

+ Blog
+ Database
+ Knowledge

Mula2 dia buat ni … then bila start menjadi ..

Mereka akan terus menerus menjadi …

+ Bukan sebab mereka follow cakap i ..
+ Bukan sebab mereka dapat magic n magis. ^_^

Mereka buat menjadi, sebab …

~ Follow > Hukum alam / asbab / system … ^_^

Menjadi tu xda kena mengena dengan i as artist. ^_^

I punya kerja just susun supaya mereka duduk in line / ada asbab ..


Tak menjadi sebab rezeki, kena sabar?

+ Tak menjadi sebab bukan sebab xda rezeki.
+ Tak menjadi sebab tak duduk dekat line / asbab sepenuhnya..

Man jadda wajada

Kenapa masih tak menjadi?

Sebab just duduk sebelah kaki atas line / asbab… ^_^

Meaning tidak beserta mind, body, spirit n soul … ^_^

Dalam bahasa lain,

+ Ini situasi tak align / xda feel … ^_^


Do you know that ..

Dalam dunia selling semua benda-benda kecil diambil kira.

Peminat i cakap macam ni,

+ Orang datang kedai beli > saya ambil no tel
+ Then saya whatsapp lagi barang-barang jualan ..
+ Then saya dapat banyak duit lagi ..

Ada peminat yang lain.

+ En. artist saya buat mcm tu tak menjadi pun. ^_^

Reply,

+ Dia menjadi sebab ada experience/tune & nama/branding.
+ Kalau masih baru, perlu more practice baru dapat tune tu.


Secara hakikat ..

+ Dia jadi kaya, bukan sebab bisnes ..
+ Dia jadi kaya sebab, dia dikayakan …

+ Dia dikayakan sebab dia ada “some asab” …
+ 7 asset adalah some asbab yang simple dicadangkan ..

+ Just we don’t know apa asbab yang dia ada..
+ Ada banyak lagi jenis asset / asbab2 yang lain …

+ Kalau tidak dikayakan, sampai mati pun buat kerja x kaya.
+ Ada banyak kes, berpuluh tahun dalam bisnes x jadi kaya.

+ Jangan fikir saya buat ini, ini, ini, menjadi.
+ Benda itu menjadi, sebab benda itu dijadikan menjadi.

+ I suruh kawan-kawan buat kajian, tanya orang kaya.
+ Reply, orang kaya ni pun tak tahu, kenapa ini menjadi itu tidak.

+ Tu sebab ramai orang follow dia bertahun-tahun.
+ Tapi masih tak jadi macam dia .. ^_^

+ Follow orang yang sama, formula yang sama.
+ Bukan formula tu yang menjadi, dia di-arrange menjadi. ^_^

+ Kita pun tak tahu, kenapa orang ini menjadi, ini tidak.
+ Jadi tak jadi, itu bukan kerja/urusan kita.

+ Kerja kita ialah berterusan buat kerja.
+ Then doa / prayer also berterusan …

Macam tu la cerita dia… ^_^
– Inche Hujan

09/07/2018

1. Kenapa Pelanggan Membeli

Adaptasi daripada buku Psikologi Menjual.
Sebahagian kecil telah diceritakan di atas.
Anda akan faham “angle” secara keseluruhan perihal kenapa pelanggan membeli. Perbincangan lebih mendalam akan disediakan.
2. Teknik Asas Menulis Ayat Iklan

Mengandungi #9 _____ percuma daripada T______ M______.
Bagus untuk anda faham apa dia ___,___,___, ___ dan ___ __ ______.
Bila dah faham benda ini, baru mudah untuk menulis ayat iklan.
Bermakna structure ayat iklan akan menjadi lebih sistematik selepas ini.
3. Powerful Affirmation

Jika corak pemikiran u sekarang tidak menghasilkan jualan, u kena ubah corak pemikiran u dahulu.
Selagi u tidak ubah corak pemikiran, selagi itu output idea (ayat iklan) yang akan keluar semasa menulis “ayat iklan yang baru” sama sahaja seperti ayat sebelum ini (tiada tarikan, tiada tenaga, tiada semangat).
Signal (elektrik) dari minda melalui urat saraf menggerakkan jari menulis ayat iklan. Jika tiada elektrik baru, apa yang berlaku ialah ayat iklan yang sama akan dihasilkan. (Teknik sains minda).
Bila u tukar corak pemikiran, dengan cara powerful affirmation ini, corak berfikir u akan berubah sama sekali, dan idea baru akan muncul, ayat jualan juga akan berubah. (Daripada buku ____ _____ – Sangat Berkesan!)
Ini sangat best dan menarik. Admin banyak gunakan affirmation ini sepanjang menulis di forum, blog, ebook.
Seolah-olah minda membantu mengalirkan idea yang tersusun kemas, cantik, menarik, luar biasa dan bertenaga.
Habis rahsia admin semua deliver dekat u lol…. :p
5. Sales writing system

Membincangkan 4 structure ayat yang mesti ada pada keseluruhan ayat jualan
Bila structure tidak lengkap, bangunan tidak akan kukuh, hasilnya pelanggan tidak ada rasa macam nak beli bila baca ayat iklan yang u hasilkan.
Benda ini yang admin tak apply aishhhhhh….
6. Selling System

Pelanggan hanya akan “bank in” setelah mereka percaya kepada u sebagai penjual sesuatu produk atau perkhidmatan.
Bagaimana untuk buat pelanggan percaya kepada kita? Anda perlu melepasi semua fasa ini untuk buat pelanggan percaya dan selesa beri wang kepada u.
Selagi pelanggan tidak percaya, mereka tidak akan mengambil keputusan untuk bank in sehingga bila-bila.
Admin terlalu banyak gunakan teknik ini sepanjang menjual SMR, 70L, ESM dan terbaru ETM.
7. Influence

Bagaimana untuk menjadi usahawan yang sangat berpengaruh?
Bagaimana untuk menjadi penulis blog yang disegani?
Apa yang diperlukan supaya diri kita ada pengaruh yang besar?
Dengan influence, u akan duduk pada status yang tersendiri.
Lebih berjaya, lebih disegani, lebih banyak wang, lebih terkenal.
Perkara itu ialah _________ dan ________.
The secret,

Mengapa u lihat mahaguru / otai tahap mereka tinggi.
Apa yang mereka ada yang tidak mahu disebarkan selama ini.
Apa yang menjadi rahsia besar mereka selama ini.
Apa yang mereka deliver selama ini yang hanya pakar sains minda tahu.
Benda yang sangat penting, tetapi tidak terfikir oleh orang biasa.
Benda ini sedikit advance berkaitan sifat manusia …



As usual, half idea & half just sharing.

Terima kasih kerana membaca sehingga akhir.

Inche Hujan | Supersonic
– Author
– Investor
– Businessman

28/07/2016

Elakkan daripada menggunakan contoh ayat dibawah.
Pelanggan cukup muak dengar 3 ayat ni:

1- terhad untuk 15 orang saja
2- ni aje stok yang tinggal
3- tinggal 3 je lagi

Tuan puan boleh menggunakan ayat SOFT-SELLING untuk menarik pelanggan anda.

Sertai kami, BENGKEL NIAGA DAN MARKETING


27/07/2016

Anda sudah menghadiri seminar tetapi dok tahu nak "kick off" macam mana?

☆ Bengkel Meniaga & Marketing (BNM) akan membantu dari segi kefahaman dan praktikal

☆ Sudah membaca blog, beli dan baca ebook dan buku tapi masih tidak dapat buat marketing dengan baik?

☆ Sales yang tidak menentu... tapi tengok orang buat jualan sentiasa ada?

☆ Geram nengok rasa sales kawan2 makin bertambah dengan pengiklanan melalui media sosial je?

☆ Sudahkah anda mengambil langkah pertama belajar online biz marketing?

Alhamdulillah anda membaca posting ni :)

Temui kami pada bulan OGOS 2016 nanti!


26/07/2016

Urutan ayat copy writing
- Tajuk utama
- Siapa anda?
- Produk/Khidmat
- Jualan


21/07/2016

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bengkel Niaga & Marketing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share