Koperasi hartanah anggun berhad-KOHAB

Koperasi hartanah anggun berhad-KOHAB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi hartanah anggun berhad-KOHAB, Advertising/Marketing, No. 16, Jalan Niaga Bestari 8, Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

06/09/2019

Sebagai ejen kita cari orang yang memang terdesak nak beli rumah.

Dia dah survey tempat lain mahal. Kalau murah, kena ada deposit p**ak.

Diorg ni memang dah gian nak rumah pun, kita tinggal sentuh sikit je.

Kita offer apa yg kohab ada. InsyaAllah mudah closing.

p/s : mulai skrg cari org yg serius nak beli rumah, pastikan org kerajaan. 😁😁😁

06/09/2019

*Assalamualaikum*
Berikut dilampirkan detail lengkap bagi PROJEK BARU, TAMAN TAS, KUANTAN PAHANG...

Jenis projek adalah 2 tkt dgn harga asal bg projek ini ialah 418k... Jenis binaan perumahaan ini dlm kategori premium kerna jenis design dan pembuatannya...

*Harga jualan adalah 398,880...*

Boleh beli dgn harga 398,880 atau jika pembeli ada kelayakan sehingga 438k maka *AKAN ADA CASH RIBET anggaran 40k* kpd pembeli dan akan dpt setelah ccc...

Status pembinaan projek adalah 65% siap...

06/09/2019

Bagi sesiapa yang gaji bawah RM2000, susah nak beli rumah kalau hanya bergantung dengan loan bank semata-mata, tanpa tunai.
Kalau serius nak beli rumah, tingkatkan kewangan hingga jadi RM3000 sebulan. Atau cara lain gabung gaji. Kenapa kena ada RM3000 bukan RM2000?
Sebab...
Dalam masa kita tengah tingkatkan kewangan, harga rumah akan naik lagi. Apa akan jadi, gaji RM2000 pada masa akan datang mungkin tak mampu lagi buat loan bank.
Saya tak syorkan sibuk cari rumah dulu, sebab bank akan reject loan tu sangat tinggi.
Cepatlah buat tindakan segera, sebelum semuanya terlambat... 😌

06/09/2019

Dah teruja nak beli rumah? Lakukan step ni dulu.
1) Jangan buat pinjaman peribadi, pinjaman angkasa, kad kredit, kereta dan seumpamanya. Ia merendahkan kelayakan pinjaman.
2) Buat simpanan setiap bulan. Bank pandang tinggi pada pembeli yang ada simpanan.
3) Semak kelayakan pinjaman di bank. Ini membantu kita menilai, berapa banyak pinjaman kita boleh dapat untuk beli rumah.
4) Perbaiki kewangan kalau pinjaman yang mampu dibuat kurang dari 90% harga rumah semasa.
5) Putuskan nak beli rumah di kawasan mana, harga berapa dan bila? Lagi lambat buat keputusan, lagi naik harga rumah.
6) Beli ikut kemampuan bukan ikut kemahuan. Kemahuan diri belum tentu sesuai dengan poket sendiri.
7) Cari rumah segera, bukan tunggu sampai depan mata.
😎 Dapatkan khidmat ejen berdaftar macam saya untuk beli rumah pertama. 😁
Orang berjaya beli rumah sebab dia merancang untuk dapatkannya. Bukan tunggu, tengok silap mata. .."KLCC bukan terbina dengan sendiri, tapi penuh dengan perancangan yang rapi"..



06/09/2019

*PROJEK NEGERI SEMBILAN*

=======================

*PRA- PENDAFTARAN / PRE-LOUNCHING 😗
=======================

🏡 *TAMAN TERATAI MAHSAN, BAHAU*

📌 *PEMAJU : ANGGUN ARMADA SDN. BHD.*

🔴 *SKIM '0' DEPOSIT*

✔ Tanpa Deposit
✔ Free booking
✔ Free Yuran Guaman
✔ Pembeli hanya perlu isi borang Pembelian rumah & Sediakan Dokumen Lengkap

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

🔴 *SEMI-D 2 TINGKAT*
• 5 Bilik / 4 bilik air
• Saiz Binaan : 24 x 46
• Keluasan Binaan : 1974 sqft


🔴 *TERES 2 TINGKAT*
• 4 Bilik / 3 Bilik Air
• Saiz Binaan : 20 x 42.5
• Keluasan Binaan : 1720 sqft

🔴 *BANGLO*
• 7 Bilik / 7 Bilik Air
• Saiz Binaan : 34 x 46
• Keluasan Binaan : 3015 sqft


🔴 *STATUS TANAH*
• Leasehold & Rezab Melayu

🔴 *STATUS BINAAN*
• Dalam Pembinaan
• Jangkaan Siap 2022

🔴 *KEMUDAHAN BERDEKATAN*
• Tesco Bahau.
• Kolej Komuniti Jempol
• SMK Bahau
• Majlis Perbandaran Jempol
• Hospital Jempol
• SMK Seri Jempol
• Stesyen Minyak
• Maybank, BSN, CIMB, Hong Leong Bank
• Econsave Bahau
• Klinik Kesihatan Bahau

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

🔴 HARGA:-

*Bermula Dari RM 335,000*

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

06/09/2019

Bila ditangguhkan beli rumah ada 3 "mungkin" akan terjadi. Dan selalunya pasti terjadi.
1) Harga rumah naik lagi.
2) Komitmen hidup lagi tinggi, sebab anak bertambah.
3) Lifestyle sudah berubah, tak nak lagi makan bekal sendiri. Tapi beli sana sini.
Bila 3 ni berlaku. Gaji sedia ada tak mampu lagi nak buat pinjaman. Kelayakan jadi rendah. Jumlah pinjaman rendah dan tak menyamai harga rumah semasa.
Semangat beli rumah jadi pudar.
Hati jadi sayu dan layu.
Malas nak fikir lagi.
Mungkin menyewa rumah kekal abadi.
Kawan.. bila sudah layak membeli rumah, jangan lagi cuba nak tangguh lagi. Nanti makan diri...😬
Nur
Perunding Hartanah

13/08/2019

http://elzera.com/rumahlaku/2017/12/18/teres-taman-mulia/
Harga bermula dari *RM298,800 - RM402,800 - 1 tingkat*
Harga bermula dari *RM388,800 - RM492,800 - 2 tingkat*

Taman Mulia INFO LOKASI TEMPAT: Sitiawan DAERAH: Manjung NEGERI: Perak INFO HARTANAH JENIS HARTANAH : Teres 1 & 2 Tingkat, Unit BARU (siap 100%) STATUS : FREEHOLD Bumi Lot LOT : Bumi Lot BILIK TIDUR: 3/4 bilik, BILIK AIR : 2/4 bilik KELUASAN : 900 sqf built up, 1400 sqft tanah KEDUDUKAN : Intermedia...

13/08/2019

http://elzera.com/rumahlaku/?s=siputeh
Harga bermula dari *RM228,000*

Teres 1 Tingkat, Gerbang Siputeh PROJEK PERAK Rumah Teres Setingkat – Kos Rendah — Diskaun 5% untuk Bumiputera 7 UNIT TERAKHIR UNTUK DIJUAL Skim Pemilikan Rumah Mudah Untuk Kakitangan Kerajaan ❌ Deposit ❌ Booking ❌ Downpayment ✔ PERCUMA YURAN GUAMAN ✔ Blacklist Layak Mohon ••••...

Projek sama yang pernah saya bagi dulu. Buka fasa baru 1000 unit lagi.Semua info rumah ada di www.elzera.com/rumahlaku. ...
13/08/2019

Projek sama yang pernah saya bagi dulu. Buka fasa baru 1000 unit lagi.

Semua info rumah ada di www.elzera.com/rumahlaku. Kita jual apa yang KOHAB tawarkan saja. 😊

Education Blogging Ideas!YA! Saya SERIUS Mahu Dibantu Untuk Dapatkan Rumah Dengan Cara Mudah IniInvalid email addressAnda akan menerima update dari semasa ke semasa.Terima kasih mendaftar! Sila semak emel untuk pengesahan. Jika tiada search "Hartanah Laku". Projek Perumahan yang Menarik Boleh Anda P...

Projek sama yang pernah saya bagi dulu. Buka fasa baru 1000 unit lagi.Harga jual RM188,000.Wsapp nfjan-0179086215
13/08/2019

Projek sama yang pernah saya bagi dulu. Buka fasa baru 1000 unit lagi.

Harga jual RM188,000.

Wsapp nfjan-0179086215

13/08/2019

*Kelebihan skim KOHAB yang tak ada pemaju lain.*

1) Rumah mampu milik
2) 100% loan
3) Zero booking
4) Zero deposit
5) Zero bayaran guaman
6) Zero kos Pindah Milik Nama Geran (MOT)
7) Pembelian diuruskan A-Z sampai berjaya
😎 Booking hanya dengan dokumen lengkap saja
9) Beli tanpa ada risiko hilang duit
10) Tak beli memang rugi. 😁

13/08/2019

*SASARAN PEMBELI*

Penting untuk kita kenal pelanggan. Kalau tak kenal, kita akan jual pada orang yang tak layak beli rumah. Jadi kita buang masa dan tenaga layan pembeli jenis ni.

Sebagai contoh, kita jual baju melayu, tapi kita sasarkan pembeli bukan muslim. Puas kita convincekan pembeli tersebut, cerita tentang kelebihan dan kebaikan baju melayu yang kita jual. Akhir sekali dia tak beli jugak. Sebab kenapa tak beli? Dia bukan Muslim, takkan ada sebab pun dia nak beli.

Jadi, jangan sesekali tersalah jual kepada orang yang salah.

Siapa yang kita perlu targetkan :-

1) umur 25-40 tahun. Umur ni ada kemampuan dan kelayakan beli rumah.

2) jantina : lelaki dan perempuan

3) pekerjaan : Sektor awam. Fokus pada ini sahaja. Sebab KOHAB sasarkan pembeli ini saja, kelayakan lebih mudah approve.

Kalau swasta, pastikan gajinya melebihi RM3,000. Jika bisnes, harap dielakkan, selalunya mereka tiada payslip dan income tax. Bukan kita tak nak tolong, tapi mereka perlu baiki kewangan dulu. Kalau kita nak guide ambil masa, nanti rumah tak terjual.

*Fokus pada pembeli yang layak membeli saja.*

4) Mereka yang belum beli rumah/ belum guna loan kerajaan. Fokuskan pada mereka ini saja. Mereka layak dapat loan 100%, tanpa deposit.

5) Sektor awam yang boleh di sasarkan : Kementerian, jabatan, adik beradik, saudara, sepupu, ipar duai, kawan, jiran dll. Profesion guru, polis, askar, bomba, nurse, PTD, pejabat negeri, kastam, doktor awam, unit beruniform, jabatan2 dll.

Sasarkan orang di sekeliling kita dulu. Buat offline, buka smartphone kita, semak satu2 nombor yang ada, siapa di antara yang kita kenal tu kerja kerajaan tapi belum beli rumah.

Fokus pada mereka yang terdekat, sebab mereka lebih senang kita nak convince sebab dah ada hubungan dan TRUST. Jangan malu atau takut, rebut peluang depan mata, kalau bukan kita, org luar yang close dengan dia, kita berputih mata je. 😅

6) Guna FB profile, add friend di kalangan penjawat awam. Penuhkan sampai 5000 friend.

Caranya : Pergi ke bhgn search. Taip kementerian, category pilih people. Nanti keluar semua prospek dari kalangan kementerian. Guna keyword lain p**a, "jabatan", "askar", "guru" dll. Add semua satu2.

Elakkan friend yang ada 4000 friend ke atas, sebab bila kita post sesuatu ke wall kita, dia tak nampak post kita sebab friend dia terlalu ramai.

7) fokuskan jual rumah bagi kawasan yang boleh kita pergi site, tengok lokasi, jumpa client dan serah file. Jangan nak jual semua projek, kita tak mampu nak turun semua tempat sekaligus. Kuasai apa yang kita mampu je dulu. Banyak duit nanti boleh out station mana2 saja.

Setakat ni dulu. Saya nak semua kenalpasti dulu siapa di kalangan keluarga dan kawan2 yang boleh diapproach dulu. Kalau boleh buat senarai 20 orang yang kerja kerajaan. Simpan no dia untuk kita buat appoitment atau jumpa bila ada masa terluang. Sambil2 tu tambahkan lagi friend sampai 5000 orang.

Next saya akan bagi tips cara close paling simple di kalangan saudara dan kawan kita. 😁

Address

No. 16, Jalan Niaga Bestari 8, Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam
Kuala Selangor
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60179086215

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi hartanah anggun berhad-KOHAB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share