18/04/2017
JALAN YANG SPECIAL- UNTUK ORANG YANG SPECIAL
Saya suka dengar Ibu saya bercerita kisahnya ini berulang-kali. Pengalaman beliau membeli roti Nan di Mekah. Masa tu, sewaktu beliau beratur di belakang barisan (yang ramai lelaki), penjual itu perasan dan panggil ibu saya.
"HAJAH! HAJAH!"
Sambil dia lambaikan tangan supaya ibu saya BERGEGAS datang kepadanya.
Penjual itu lantas ambil duit dari tangan ibu saya, dan dia berikan roti kepada ibu.
Rupanya di Tanah Haram, mereka amat menjaga hubungan lelaki dan wanita, kalau boleh, Muslimah cepat-cepatlah 'settle' urusannya.
Kisah ibu saya tadi, walaupun kita kemain seronok sebab dapat potong barisan, ada satu lagi ibrah yang paling mahal untuk kita sama-sama renungkan.
NAK TAK,
KALAU KITA DAPAT PELUANG
"POTONG QUE" MENUJU AKHIRAT?
Semalam dalam , ada saya ceritakan hal ini.
Sebenarnya, dalam banyak-banyak jalan dunia menuju akhirat, SUDAHPUN Allah sediakan satu highway yang paling istimewa.
Hari-hari kita baca doa ini. Hari-hari kita minta Allah berikan kita laluan ini.
1) Surah Al-Fatihah yang telah kita baca beribu kali ini,
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang yang ENGKAU BERI NIKMAT (7)"
2) Dan maksud doa dari Sunat Dhuha,
"....Limpahkanlah kepada kami segala yang TELAH ENGKAU LIMPAHKAN kepada hamba-hambamu yang soleh."
Nampak tak benda ni?
Perasan tak, rupa-rupanya, Allah kalau sayangkan hamba-Nya, mereka akan dapat layanan 1st Class daripada Allah.
Nak tak, kalau kita DIPILIH oleh Allah untuk dapat semua Layanan 1st Class ini? Jadi, kita kena DOA, kena MINTA supaya Allah PILIH kita.
Selain kita MINTA, kita juga kena buat sesuatu. Yalah, kata nak jadi hamba PILIHAN Allah, kan?
Kalau di dunia ni, ada macam-macam sebab yang bolehkan kita POTONG QUE. Sebab Membership Card, kita boleh potong que. Sebab cantik, kenyit mata senyum dapat layanan dulu. Sebab kabel, tak payah ambil nombor pun untuk ke kaunter.
Tapi, untuk menuju kepada Allah Yang Maha Pengasih, terdapat dua pintu untuk meraih LALUAN ISTIMEWA ini...
Pintu ZUHUD, dan Pintu WARA'
Menurut Ibnu Taymiah Rahimahullah:
- ZUHUD, bermaksud TINGGALKAN apa yang tidak bermanfaat, atau lebih banyak keburukan.
- WARA' bermaksud MENAHAN DIRI daripada apa-apa yang ada potensi mudarat, haram ataupun samar-samar.
Nak jalan yang special di sisi Allah?
MINTA pada Allah supaya PILIH kita (