28/07/2023
Terima kasih Farhan Ahwaz.
4 bulan bersama kami menjalani latihan industri.
Ditempatlkan di barisan kaunter hadapan sebagai penyambut pelanggan yang datang dan juga sebagai pereka grafik, kami harapkan Ahwaz telah dapat meraih banyak pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.
Semoga apa sahaja yang kami kongsikan akan dapat Ahwaz gunakan sebagai panduan dan pelajaran.
Bagi kami Ahwaz telah banyak membantu dalam menghasilkan rekaan yang bermutu dan memuaskan hati bukan sahaja kami sebagai majikan tetapi juga di kalangan pelanggan NZD.
Kami doakan Ahwaz terus maju dan berjaya.
Insya Allah, pintu NZ selalu terbuka kiranya Ahwaz mahu bersama kami lagi pada masa hadapan.