Bera Viral

Bera Viral Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bera Viral, Marketing Agency, Kuantan.

Pesanan dari PM.
23/08/2021

Pesanan dari PM.

Ismail Sabri berkata, seiring usaha mencapai objektif dan fokus yang akan diberikan pentabirannya, suara anak muda amat diperlukan.

TASIK BERA SIMPAN MISTERI IKAN BESARTasik Bera di Pahang adalah tasik semula jadi yang sering kali menjadi antara syurga...
23/08/2021

TASIK BERA SIMPAN MISTERI IKAN BESAR
Tasik Bera di Pahang adalah tasik semula jadi yang sering kali menjadi antara syurga dalam kalangan kaki pancing kerana ia dikatakan mempunyai lebih 100 spesis ikan air tawar.
Ia merupakan tasik paya air tawar yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan terletak di Barat Daya Pahang berkeluasan sekitar 31,200 hektar ataupun sekitar 25.3 km lebar dan 34.6 km panjang. Aliran airnya mengalir ke Sungai Bera dan bersambungan dengan Sungai Pahang.
Tasik Bera merupakan tempat perlindungan bagi lebih daripada 200 spesies burung, 50 mamalia dan 94 spesies ikan dan tempat tinggal bagi Orang Asli suku Semelai sejak 600 tahun dahulu.
Kawasan ini juga merupakan habitat yang menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada ekosistem alam seperti haiwan, burung, ikan dan serangga.
Ia juga merupakan rumah kepada spesies reptilia yang terancam seperti Malayan False Gharial (buaya yang memakan ikan air tawar), kura-kura Striped Giant Soft-Shelled yang dilindungi, biawak zaman prasejarah dan kepelbagaian spesis katak.
Tarikan besar di Tasik Bera adalah kepelbagaian spesies ikan luar biasa dan terdapat hampir 100 spesies ikan air tawar. Ada diantara ikan-ikan tersebut lebih besar di sini berbanding di tempat-tempat lain.
Ini termasuk jenis ikan yang sangat bernilai yang hampir terancam antaranya ialah Arowana Asia atau Golden Dragon Scleropages Ikan Formosus, Silver Shark Balantiocheilos melanopterus dan Harlequin Rasbora Rasbora heteromorpha.
Terdapat juga spesis ikan lain seperti ikan Tapah, Belida, Kelah, Toman, Sebarau, Baung dan pelbagai spesis ikan yang rata-rata bersaiz besar dan menarik.
Maka sudah tentu Tasik Bera merupakan destinasi wajib bagi kaki pancing. Ianya ibarat syurga dikalangan mereka kerana mampu membawa pulang ikan seberat 30-40 Kilogram terutamanya Ikan Tapah.
Lihatlah foto-foto di bawah yang dikongsi oleh laman Facebook ‘Tasik Bera Resort Pahang' sejak beberapa bulan lalu yang menjadi bukti Tasik Bera lubuk ikan besar.
Ianya pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mengunjungi Tasik Bera terutamanya selepas musim monsun kerana mungkin rezeki anda bakal membawa pulang ikan gergasi ibarat cerita orang di sana yang pernah melihat seorang kaki pancing menjinakkan seekor ikan bersaiz gergasi yang tidak diketahui spesiesnya.
Jom ke Tasik Bera, Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, bongkar misteri ikan gergasi.
Disediakan oleh
Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)



Address

Kuantan
26060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bera Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bera Viral:

Share