MagicMedia

MagicMedia Media.Event.

18/07/2026
Detik yang dinanti semakin hampir. Terengganu Cultural Waves 2026 bakal membuka tirai dengan pelbagai pengalaman yang me...
13/07/2026

Detik yang dinanti semakin hampir. Terengganu Cultural Waves 2026 bakal membuka tirai dengan pelbagai pengalaman yang meraikan seni, budaya dan warisan negeri Terengganu.

Tandakan kalendar anda:
πŸ“… 31 Julai hingga 1 Ogos 2026
πŸ“ Kota Putera Square, Besut

Saksikan pelbagai aktiviti menarik, persembahan kebudayaan, demonstrasi warisan, bengkel, pertandingan dan banyak lagi dalam suasana yang penuh warna-warni.

Jangan sekadar dengar cerita, datang dan alami sendiri keunikan budaya Terengganu bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jumpa anda di TCW2026!

PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 15 JULAI 2026!Atas sambutan yang menggalakkan, tempoh pendaftaran TCW26 Fun Run kini di...
10/07/2026

PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 15 JULAI 2026!

Atas sambutan yang menggalakkan, tempoh pendaftaran TCW26 Fun Run kini dilanjutkan sehingga 15 Julai 2026. Jika anda masih belum mendaftar, inilah peluang terakhir untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang menggabungkan semangat kesukanan, warisan budaya dan keindahan maritim Terengganu.

Sertai larian yang bukan sekadar menguji ketahanan fizikal, malah membawa anda menyelami keunikan budaya tempatan dalam suasana yang penuh meriah.

Jangan tunggu sehingga saat akhir. Imbas kod QR pada poster dan daftar sekarang!

Produk anda layak mendapat perhatian. Kami sediakan pentasnya.Terengganu Cultural Waves 2026 menjemput usahawan, peniaga...
07/07/2026

Produk anda layak mendapat perhatian. Kami sediakan pentasnya.

Terengganu Cultural Waves 2026 menjemput usahawan, peniaga dan pengusaha tempatan untuk bersama-sama memeriahkan festival yang menghimpunkan seni, budaya, warisan dan komuniti dalam satu acara berskala besar.

Inilah peluang untuk memperkenalkan jenama anda kepada ribuan pengunjung yang hadir sepanjang festival.

Daripada makanan dan minuman, kraftangan, produk tempatan hinggalah barangan kreatif, kami mengalu-alukan penyertaan anda.

πŸ“ Kota Putera Square, Besut
πŸ“… 31 Julai hingga 1 Ogos 2026

Slot vendor adalah terhad dan penyertaan akan ditutup sebaik sahaja ruang dipenuhi.

πŸ“ž Hubungi Madan: 016-974 4303 untuk tempahan tapak dan maklumat lanjut.

Haaa orang Besut, lagi-lagi untuk anda yang jaguh masak ni. Sempena penganjuran Terengganu  Cultural Waves 2026, satu pe...
06/07/2026

Haaa orang Besut, lagi-lagi untuk anda yang jaguh masak ni.

Sempena penganjuran Terengganu Cultural Waves 2026, satu pertandingan masakan tradisional Terengganu akan diadakan.

Serlahkan bakat anda.

Jika anda berminat, set tarikh 31 Julai 2026 pada kalendar anda, bertempat di Kota Putera Square, Besut. Jumpa anda di sana.

Untuk sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendaftar boleh hubungi;

☎️ 012-7965455 (Ismail)

Jangan lepaskan peluang untuk  menghadiri ceramah istimewa bersama Dato' Ustaz Kazim Elias yang akan membawa pengisian b...
04/07/2026

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri ceramah istimewa bersama Dato' Ustaz Kazim Elias yang akan membawa pengisian bertajuk "Lestari Besut, Amanah Pencipta Buat Kita."

πŸ“… 31 Julai 2026
πŸ•£ 8:45 malam
πŸ“ Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Besut

Luangkan masa, hadir bersama keluarga dan sahabat. Jumpa anda di Terengganu Cultural Waves 2026!

Rasa Asli Terengganu bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk dinikmati.Daripada Keropok Lekor yang menjadi kebanggaan ...
01/07/2026

Rasa Asli Terengganu bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk dinikmati.

Daripada Keropok Lekor yang menjadi kebanggaan negeri, Nasi Dagang yang kaya dengan sejarah, Laksa yang membangkitkan selera, hinggalah Kuih Urat Jati yang menyimpan warisan turun-temurun. Setiap hidangan membawa cerita, setiap rasa menyimpan identiti Terengganu.

Inilah peluang untuk menikmati kekayaan kulinari tempatan dalam suasana festival yang meraikan budaya, tradisi dan komuniti.

πŸ“ Kota Putera Square, Besut, Terengganu

πŸ“… 31 Julai hingga 1 Ogos 2026

Jangan sekadar dengar cerita tentang keenakan makanan Terengganu.

Datang, rasa sendiri dan alami pengalaman yang hanya boleh ditemui di Terengganu Cultural Waves 2026.

Jadilah Sebahagian Daripada Terengganu Cultural Waves 2026.Festival yang  bukan sekadar menghimpunkan seni dan budaya, m...
30/06/2026

Jadilah Sebahagian Daripada Terengganu Cultural Waves 2026.

Festival yang bukan sekadar menghimpunkan seni dan budaya, malah menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan produk dan perniagaan anda kepada ribuan pengunjung.

Jika anda mempunyai produk yang berkualiti, kami mahu melihatnya di TCW26.

πŸ“ Kota Putera Square, Besut
πŸ“… 31 Julai hingga 1 Ogos 2026

Hubungi kami sekarang dan tempah ruang vendor anda.

πŸ“ž 016-9744303 (Madan)
πŸ“§ [email protected]

Jiwa Warisan, Irama LautanWarisan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk diraikan bersama.Jom sertai Terengganu Cult...
28/06/2026

Jiwa Warisan, Irama Lautan

Warisan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk diraikan bersama.

Jom sertai Terengganu Cultural Waves 2026, festival yang menghimpunkan keunikan budaya, seni, warisan dan tradisi maritim Terengganu dalam satu pengalaman yang penuh warna.

Antara tarikan menarik:

β€’ TCW Cultural Fun Run 5KM
β€’ Pertandingan Masakan Tradisi
β€’ Pertandingan Membuat Wau
β€’ Seni Batik Marble
β€’ Permainan Tradisional
β€’ Ceramah & Malam Kebudayaan

πŸ“… 31 Julai hingga 1 Ogos 2026
πŸ“ Kota Putera Square, Besut, Terengganu

Bawa keluarga dan rakan-rakan. Hayati keindahan budaya, rasai kemeriahan TCW26, dan jadilah sebahagian daripada sambutan warisan yang membanggakan.

Jumpa anda di Terengganu Cultural Waves 2026!

FUN RUN TCW26 | 1 OGOS 2026  DAFTAR SEKARANG ‼️Buat pertama kalinya, sertai larian bertemakan Maritim & Beraneka Ragam, ...
27/06/2026

FUN RUN TCW26 | 1 OGOS 2026

DAFTAR SEKARANG ‼️

Buat pertama kalinya, sertai larian bertemakan Maritim & Beraneka Ragam, di mana kreativiti anda menjadi sebahagian daripada kemeriahan acara.

Hadir dengan gaya paling menarik, sama ada sebagai kapten, kelasi, penyelam, nelayan atau apa sahaja inspirasi bertemakan maritim.

Hadiah istimewa menanti peserta dengan kostum paling kreatif dan menyerlah.

Sepanjang laluan, anda juga akan melalui 3 Checkpoint Task Budaya yang menyeronokkan.

Setiap checkpoint menawarkan cabaran ringkas berinspirasikan budaya dan warisan tempatan, menjadikan setiap kilometer lebih bermakna.

Kerana di TCW26 FUN RUN, bukan hanya garisan penamat yang menjadi matlamat. Pengalaman, gelak tawa dan kenangan bersama itulah yang paling berharga.

Pendaftaran kini dibuka!
βœ… Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
βœ… Tema Pakaian Maritim & Beraneka Ragam
βœ… 3 Checkpoint Task Budaya
βœ… Hadiah menarik menanti pemenang kostum terbaik
βœ… Tempat adalah terhad

Jangan sekadar dengar cerita daripada orang lain. Jadilah sebahagian daripada pengalaman ini.

Daftar sekarang!
Scan kod QR pada poster atau klik pautan di bawah: ➑️ https://forms.gle/wvkgnWiVhPaYbp2VA⁠

Address

No 1 LRG Bukit Setongkol 54, Taman LKNP
Kuantan
25200

Telephone

+60182507475

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MagicMedia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MagicMedia:

Shortcuts

Share