Kaki Menyampai

Kaki Menyampai 2nd backup page Dari Kaki Rayap

Pemandu lelaki warga Indonesia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Insiden tersebut berlaku kira-kira jam 11 pag...
06/02/2026

Pemandu lelaki warga Indonesia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Insiden tersebut berlaku kira-kira jam 11 pagi.
Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 11.29 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

06/02/2026

Tanjung Malim: Lori Terbalik Di Highway Plus

06/02/2026

MENTAKAB,PAHANG:-INFO AWAL MEMAKLUMKAN PEMANDU MEMANDU SECARA MERBAHAYA & MENYEBABKAN KEMALANGAN. MENUNGGU LAPORAN RASMI DARI PIHAK BERKUASA.

SIBU - [DIKEMAS KINI] Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Ja...
06/02/2026

SIBU - [DIKEMAS KINI] Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 4.10 petang.

"Sebaik tiba, terdapat tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan.

“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri dan sehingga jam 5 petang, pihak bomba masih menunggu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pengesahan lanjut.

Dalam pada itu, identiti kesemua mangsa telah dikenal pasti iaitu Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, bersama adiknya Macx Welwait, 9 dan Daniella Arissa Tayas Ak Maringgai, 10.

"Dua daripada kanak-kanak terbabit merupakan adik beradik dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sumber berita:Sinarharian.

06/02/2026

Pakai Siren & Lampu Polis, Toyota Alphard Di Cari Polis.

04/02/2026

Semarang, Indonesia..

Tular sebuah video memaparkan detik cemas apabila seorang kanak-kanak dipercayai ditimpa penghadang besi kain tirai di dalam sebuah masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat.

Dakwaan yang menyatakan kejadian tersebut berlaku di Melaka, serta ada yang mengatakan ia berlaku di salah sebuah masjid di Sungai Petani, adalah tidak benar. Kejadian sebenar dilaporkan berlaku pada 26 Januari 2026 di salah sebuah masjid di Tlogosari di bandar Semarang, Indonesia ketika kanak-kanak tersebut mengikut datuknya ke masjid.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut, Vatharany Liana Putri, anaknya tidak meninggal dunia dan dimaklumkan berada dalam keadaan selamat serta telah kembali sihat setelah keluar dari rumah sakit.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta mendoakan yang terbaik buat anaknya. Ibu-bapa kedua kanak-kanak perempuan tersebut juga telah bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku dan meminta netizen agar tidak memperbesarkan hal tersebut.

Ibu m*ut ditik*m anak bakal nikah Jumaat ini ALOR SETAR, KEDAH: Eksekutif bank yang m*ut dipercayai ditik*m oleh anaknya...
03/02/2026

Ibu m*ut ditik*m anak bakal nikah Jumaat ini

ALOR SETAR, KEDAH: Eksekutif bank yang m*ut dipercayai ditik*m oleh anaknya dalam kejadian di Tanjung Bendahara, di sini pagi tadi bakal melangsungkan perkahwinan kali kedua pada Jumaat depan.

Ibu tiri mangsa, Norsiah Yahya, 65, berkata, Allahyarhamah Zahrullail Basir, 52, bersama tunangnya berusia 57 tahun datang menziarahinya di Teluk Intan, Perak pada Selasa lepas untuk membincangkan majlis pernikahan dan persandingan pada 13 dan 14 Februari ini.

“Majlis akan diadakan di rumah kami di Teluk Intan dan arwah bersama tunangnya datang untuk berbincang persiapan terakhir. Arwah sungguh gembira untuk berkahwin semula dan semua persiapan sudah disediakan termasuk hantaran.

“Tidak sangka jadi begini, majlis perkahwinan itu akhirnya akan menjadi majlis tahlil,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara di sini hari ini.

Norsiah memberitahu, mereka menerima berita tentang kem*tian anak kedua daripada enam beradik itu kira-kira pukul 9 pagi tadi sebelum bergegas ke Alor Setar.

“Suami (Basir Kosop, 70) dapat panggilan daripada anak ketiga mangsa yang beritahu ibunya ditik*m, menggigil kami semua. Saya dimaklumkan kejadian disedari anaknya itu yang cuba mengejut arwah ketika ingin ke kolej.

“Mangsa tinggal bersama tiga anak berusia 18, 13 dan lapan tahun. Sementara tiga anak lain berumur 29, 28 dan 25 tahun menetap di luar. Anak keempat arwah sempat cerita tentang kejadian bahawa terdapat kesan tik*man pada beberapa bahagian badan. Kejadian ini amat kejam dan kami tidak menyangka ia terjadi kepada arwah yang juga seorang anak yang bertanggungjawab dan prihatin dengan kami,” katanya.

Sementara itu, menurut adik mangsa, Zuriani, 47, mereka sekeluarga tidak menyangka perkara itu terjadi kepada arwah di saat-saat dia dilihat gembira kerana ingin memulakan hidup baharu.

“Arwah sudah lama hidup sendirian kerana digantung tidak bertali dan baru sahaja bercerai. Tidak lama lagi akan berkahwin dengan kawan lamanya, dia sungguh gembira. Namun ini kesudahannya.

“Kami masih menanti siasatan polis. Anak saudara saya ada maklum abangnya yang tinggal di Pulau Pinang pulang ke rumah mereka pada pukul 4 pagi tadi dan menghilangkan diri pagi ini. Polis sedang giat memburunya,” katanya yang memberitahu anak sulung kakaknya itu yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas jarang pulang ke rumah keluarganya.

Sumber Kredit:UTUSAN.

DUNGUN: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditemui lemas ketika mandi bersama sembilan lagi rakannya dalam...
26/01/2026

DUNGUN: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditemui lemas ketika mandi bersama sembilan lagi rakannya dalam kejadian di Air Terjun Tasik Puteri, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Amirul Danish Zamri, 19, yang juga pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Mekanikal, dari Kampung Seberang Pintasan ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Penolong Penguasa Bomba, Mohd Izzuddin Mahmood, berkata sebelum kejadian, mangsa yang dikatakan mandi bersama sekumpulan rakannya.

"Mangsa dikatakan lemas secara tiba-tiba sebelum rakan mangsa menghubungi pasukan bomba kira-kira jam 11.18 pagi.

"Sepasukan 10 anggota bomba AMBS dengan dibantu dua anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Kuala Berang bergegas ke tempat kejadian," katanya.

Mohd Izzuddin berkata, mangsa bagaimanapun ditemui kira-kira jam 12.42 tengah hari selepas hampir 12 minit selaman pertama dilakukan unit PPDA.

"Mangsa ditemui di dasar air terjun terbabit iaitu pada kedalaman kira-kira tujuh meter," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Sumber Berita:BeritaHarian

26/01/2026

KAJANG- PUNCA KEJADIAN TIDAK DAPAT DIPASTIKAN. TAPI MANGSA DI PUKUL SEHINGGA PENGSAN DAN DISEPAK BERTERUSAN DI KEPALA.

23/01/2026

IBU DAN ANAK NYARIS MAUT APABILA MOTOR YANG DITUNGGANG TERBABAS DAN MELANGGAR KERETA DARI ARAH DEPAN.

Kredit:Skylar Royce

20/01/2026

Johor Bahru, 19 Januari 2026 – Sekitar pukul 4.30 petang tadi, sebuah kemalangan dilaporkan berlaku di kawasan Permas Jaya, berhampiran Sekolah Rendah PJ 1.

Menurut saksi, sebuah kenderaan jenis Honda dilanggar oleh seorang pemandu dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

20/01/2026

Lebuhraya SPE (Setiawangsa-Pantai Expressway): Lebuhraya SPE, melibatkan laluan dari arah Bukit Jalil menghala ke Bukit Bintang (kawasan sekitar Pandan/Kampung Pandan).Dilaporkan 3 orang maut di tempat kejadian (pemandu dan dua kelindan).Lori tersebut dipercayai terbabas lalu melanggar penghadang jalan, menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dan jatuh ke bawah dari struktur lebuh raya yang tinggi

Address

No30
Kuantan
25150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Menyampai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share