Hamsa Media - Cultural Preservation

Hamsa Media - Cultural Preservation Social enterprise preserving intangible heritage incl. Teromba. A FINAS-licensed studio & HRD Corp trainer.

We also produce films, books & certified cultural expert training courses. Transforming heritage into impactful media and educational content. Hamsa Media PLT is a creative digital agency and HRD Corp registered training provider in Malaysia. We specialise in film production, media services, AI-powered content, and digital marketing solutionsβ€”helping brands grow with affordable strategies, storytelling, and technology.

🌐 Offices in Kuala Lumpur and Kuching.
🎬 Trusted by local talents, businesses & communities.
βœ… Certified training provider under HRD Corp Malaysia. What we do best:

- Film & Video Production (indie films, telefilms, corporate videos)
- Social Media Content & Management
- AI & Digital Marketing Solutions
- HRD Corp Certified Media & Creative Training
- Workshops on Film, Cultural, AI, and Digital Marketing

πŸ“– Jejak Warisan Teromba: Panduan Pemindahan Ilmu dan Nilai kepada Generasi MudaDalam naskhah berformat padat (sekitar 15...
25/09/2026

πŸ“– Jejak Warisan Teromba: Panduan Pemindahan Ilmu dan Nilai kepada Generasi Muda

Dalam naskhah berformat padat (sekitar 15 halaman) ini, kami kongsikan inti pati penting supaya mudah dibaca oleh semua lapisan, terutamanya generasi muda. Antara yang menarik di dalamnya:

✨ Struktur & Keunikan: Kenapa teromba ini sifatnya bebas mengalir dan tiada rima tetap berbanding puisi lain.
✨ Fungsi Istiadat: Menyelusuri peranan teromba dalam komunikasi adat, bermula dari merisik, meminang, berkampung, hinggalah ke urusan pusaka (berkodin).
✨ Falsafah Kepimpinan: Memahami nilai "Ibu Adat" (muafakat) dan "Bapa Adat" (keadilan bersendi hukum) dalam menyelesaikan konflik.

Pepatah ada menyebut,

"Tak faham kalau tak direnungkan."

Teromba tidak cukup sekadar dihafal, tetapi perlu kita:

Kenal β†’ Faham β†’ Tafsir β†’ Hayati β†’ Amalkan.

Warisan ini adalah amanah kita bersama untuk dipanjangkan kepada generasi pelapis.

Sangat sesuai untuk bahan rujukan santai para pengkaji, guru, pelajar, atau sesiapa sahaja yang cintakan warisan bangsa.

πŸ’΅ Harga: RM 4.99 sahaja
πŸ“² Cara Dapatkan E-Book: Boleh terus klik pautan di bawah untuk tempahan atau tinggalkan komen "SAYA NAK" di ruangan komen, nanti saya PM!

πŸ‘‰ https://www.hamsa-media.com/kedai-buku

Semoga warisan bangsa kita tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. πŸ™βœ¨

Pertemuan seterusnya bagi membincangkan tentang draf kedua manuskrip berkaitan struktur isi kandungan, memperkukuhkan an...
11/09/2026

Pertemuan seterusnya bagi membincangkan tentang draf kedua manuskrip berkaitan struktur isi kandungan, memperkukuhkan analisis dan mengetengahkan elemen kelestarian. Ada beberapa teromba baharu direkodkan untuk manuskrip ini.

Outcome: Draf ketiga manuskrip yang lebih mantap dan relevan untuk digunakan sebagai rujukan akademik dan komuniti, serta mempunyai strategi jelas untuk memastikan kelestarian ilmu Teromba.

Dalam gambar:
1. YM Dato' Semaja Besar Waris Haji Abu Hassan Mohd. Nor – mewakili Suku Tanah Datar, Kampung Bukit, Kuala Pilah.
2. Prof Madya Dr Norailis Ab Wahab - Pengurus Projek Jejak Warisan Teromba daripada USIM
3. En Johan Chairil - Pengarah, Hamsa Media PLT

Perbincangan kali kedua dengan PPD JJ tentang penetapan tarikh, masa dan lokasi Bengkel Teromba 1 (Guru) dan 2 (pelajar)...
10/09/2026

Perbincangan kali kedua dengan PPD JJ tentang penetapan tarikh, masa dan lokasi Bengkel Teromba 1 (Guru) dan 2 (pelajar). Dijangka ada diadakan di premis PPD JJ pada 1 Oktober dan 29 Oktober. Lokasi ini dipilih atas sebab: kemudahan sedia ada (LCD, papan putih, sistem bunyi); tempat yang neutral dan mudah diakses oleh semua sekolah di kedua-daerah. Akhir sekali, tiada kos rendah sewa.

Outcome:
Bengkel 1 (1 Oktober – untuk Guru):
(i) Fokus kepada modul pengajaran teromba, teknik membimbing pelajar, dan cara penilaian pertandingan.
(ii) Guru akan dilatih untuk menjadi fasilitator sekunder di sekolah masing-masing.

Bengkel 2 (29 Oktober – untuk Pelajar):
(i) Fokus kepada kemahiran persembahan langsung, penghayatan, sebutan, dan gaya teromba.
(ii) Pelajar akan menjalani sesi mock performance untuk persediaan pertandingan.

Surat panggilan akan diedar, modul perlu siap sebelum dua (2) minggu sebelum bengkel 1 diadakan dan sijil disediakan. Tiada perubahan tarikh buat masa ini, kecuali kecemasan.

Pertemuan ketiga membincangkan tentang draf pertama manuskrip berkaitan struktur isi kandungan, memperkukuhkan analisis ...
08/09/2026

Pertemuan ketiga membincangkan tentang draf pertama manuskrip berkaitan struktur isi kandungan, memperkukuhkan analisis dan mengetengahkan elemen kelestarian. Ada beberapa teromba baharu direkodkan untuk manuskrip ini. Outcome: Draf kedua manuskrip yang lebih mantap dan relevan untuk digunakan sebagai rujukan akademik dan komuniti, serta mempunyai strategi jelas untuk memastikan kelestarian ilmu Teromba.

Dalam gambar:
1. YM Dato' Semaja Besar Waris Haji Abu Hassan Mohd. Nor – mewakili Suku Tanah Datar, Kampung Bukit, Kuala Pilah.
2. YM Dato' Paduka Menti Dr. Kamaruzaman Husin – Yang Dipertua, Pertubuhan Melayu Islam Beradat Negeri Sembilan.
3. Prof Madya Dr Norailis Ab Wahab - Pengurus Projek Jejak Warisan Teromba daripada USIM

Pertemuan dengan Mantan Editor@Blue-T Communications Sdn. Bhd. untuk membincangkan cadangan penambahbaikan kandungan bag...
06/09/2026

Pertemuan dengan Mantan Editor@Blue-T Communications Sdn. Bhd. untuk membincangkan cadangan penambahbaikan kandungan bagi draf pertama Jejak Warisan Teromba.

Cikgu Yatim juga dilantik untuk proofreading draf buku yang kami akan siapkan dalam tahun ini. Insya Allah.

15 Jun 2026: Pertemuan kali pertama membincangkan kertas cadangan untuk mengadakan 2 bengkel teromba di daerah Jempol da...
05/09/2026

15 Jun 2026: Pertemuan kali pertama membincangkan kertas cadangan untuk mengadakan 2 bengkel teromba di daerah Jempol dan Jelebu. Bakal melibatkan seorang wakil guru dan dua orang pelajar dari setiap sekolah menengah di daerah tersebut.

Pihak PPD menyatakan keperluan-keperluan untuk bengkel tersebut dan jangkaan terhadap pertandingan yang bakal diadakan. PPD telah menetapkan keperluan logistik, modul, dan fasilitator. Jangkaan pertandingan ialah melahirkan juara daerah yang mampu mengisi jurang dalam masyarakat.

Outcome: bentuk jawatankuasa, sedia bajet, dan edar surat panggilan oleh PPD Jempol dan Jelebu.

Dalam gambar:
1. Puan Khalidah binti Haji Omar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
2. Tuan Haji Murad bin Nordin, Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu
3. Encik Anuar bin Rahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu
4. Prof Madya Dr Norailis Ab Wahab, Pengurus Projek Jejak Warisan Teromba

12 Jul 2026: Pertemuan kali kedua di Bicara Adat: Warisan Budaya Kita di Kampung Parit, Kuala Pilah. Isi pembentangan be...
28/08/2026

12 Jul 2026: Pertemuan kali kedua di Bicara Adat: Warisan Budaya Kita di Kampung Parit, Kuala Pilah. Isi pembentangan berkaitan dengan menjelaskan konsep asas teromba dan fungsinya sebagai tunjang Adat Perpatih.

Kemudian, menerangkan sistem pewarisan tanah adat yang bersifat matrilineal dan kepentingannya. Akhirnya, membincangkan aplikasi teromba dalam konteks kepimpinan, penyelesaian masalah dan isu semasa seperti konflik tanah.

Outcome:
1. Peningkatan kefahaman ilmu adat;
2. kesedaran dan penghayatan warisan dan mendorong dokumentasi teromba lebih baik untuk rujukan di masa depan.

17 Jun 2026 – Satu lagi langkah penting dalam perjalanan mendokumentasikan warisan Teromba Adat Perpatih. Bersama dengan...
27/08/2026

17 Jun 2026 – Satu lagi langkah penting dalam perjalanan mendokumentasikan warisan Teromba Adat Perpatih. Bersama dengan Yayasan Hasanah, kami memulakan Jejak Warisan: Modul Transmisi Teromba Merentas Generasi.

Hari ini kami bertemu dengan dua orang pakar adat yang cukup berwibawa:
πŸ”Ή YM Dato' Semaja Besar Waris Haji Abu Hassan Mohd. Nor – mewakili Suku Tanah Datar, Kampung Bukit, Kuala Pilah.
πŸ”Ή YM Dato' Paduka Menti Dr. Kamaruzaman Husin – Yang Dipertua, Pertubuhan Melayu Islam Beradat Negeri Sembilan.

Terima kasih di atas kesudian mereka di temu bual bagi menjawab pelbagai persoalan mendalam tentang teromba, termasuk:
βœ”οΈ Perbezaan ciri teromba berbanding pantun dan puisi tradisi yang lain.
βœ”οΈ Perjalanan dan pengalaman mempelajari adat serta teromba sejak sekian lama.
βœ”οΈ Konteks dan aplikasi teromba dalam mendirikan adat di zaman kini.
βœ”οΈ Cara teromba digunakan sebagai mekanisme penyelesaian masalah dalam masyarakat.
βœ”οΈ Pentafsiran dan makna tersirat di sebalik setiap rangkap.
βœ”οΈ Sokongan, cabaran, dan masa depan teromba sebagai warisan hidup.

Hasilnya? Satu draf pertama Manuskrip Jejak Warisan Teromba telah berjaya dihasilkan sebagai asas kepada buku dan modul latihan yang sedang dalam pembangunan.

Ini bukan sekadar menulis. Ini adalah amanah untuk generasi akan datang. 🌿

πŸ“– Teromba bukan puisi biasa. Ia adalah panduan hidup, hukum adat, dan falsafah nenek moyang yang perlu terus hidup.

Wow! You've just received your 4th selection on FilmFreeway! This brings you to the upper tier of projects on FilmFreewa...
24/08/2026

Wow! You've just received your 4th selection on FilmFreeway! This brings you to the upper tier of projects on FilmFreeway. Keep up the amazing work!

Our documentary Narawi Rashidi: The Last String of Legacy (2025)
with Narawi Bin Rashidi

ππ€π‘πˆπ’ π‹πˆπ…π“-πŽπ…π… π…πˆπ‹πŒ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ πŸπŸŽπŸπŸ” We launch the careers of filmmakers and screenwriters. 𝐓𝐑𝐒𝐬 𝐒𝐬 𝐭𝐑𝐞 𝐟𝐞𝐬𝐭𝐒𝐯𝐚π₯ 𝐧𝐞𝐭𝐰𝐨𝐫𝐀 𝐝𝐞𝐝𝐒𝐜𝐚.....

Address

B423-B433, Lot 11054, ICOM Square
Kuching
93450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamsa Media - Cultural Preservation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hamsa Media - Cultural Preservation:

Shortcuts

Share