06/08/2022
Bismillahhirrahmannirahim ❤️❤️❤️
Kami dari Page “Anisah Msuut Puteri Cake 2022” selaku pelajar yang menjalankan tugas entrepreneurship kami , mengucapkan ribuan terima kasih kepada :
1. Kak Anisah Anisah Msuut Puteri Cake II kerana telah bekerjasama dengan rapat dan erat , dalam menjayakan projek entrepreneurship yg telah kami jalankan sepanjang bulan April - Julai 2022. Ucapan juga dipanjangkan kepada ahli keluarga beliau. THANK YOU VERY MUCH ‼️
2. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua likers FB page ini dan sokongan pelanggan yang tidak putus-putus. Dalam masa kurang 4 bulan , kami berjaya mendapat 500++ likers di FB Page. Jasa baik budi tuan , hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
3. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami , Dr Malvern Abdullah dan rakan-rakan sekelas ENT 530, kerana sentiasa memberi dukungan dalam projek kali ini.
Kepada rakan-rakan yang ingin mendapat nasihat berkaitan projek kami berbesar hati akan membantu anda .
Akhir kata , dengan peluang ini , kami juga memohon ampun dan maaf jika ada yang tersinggung atau tersalah kata dalam perbuatan/percakapan kami (jika ada).
Dengan ini, secara rasminya page “Anisah Msuut Puteri Cake 2022” ini akan dinyah aktif pada hari ini 6 Ogos 2022. Sekian , terima kasih.