30/05/2024
🐐 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗾𝘂𝗿𝗯𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁-𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 untuk dilaksanakan bagi orang yang mempunyai kemampuan.
🐫 Ia merupakan 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗾𝘄𝗮𝗮𝗻 seseorang kerana dalam ibadah qurban itu antara hikmah pensyariatannya ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT, melahirkan kesyukuran dengan nikmat yang diberikan, menggembirakan orang miskin dengan pemberian daging qurban, di samping menambah amal kebajikan.
🐑 Dalam melaksanakan ibadah qurban, di mana sahaja ianya dilakukan, pasti akan 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮.
🐏 Sudut keafdhalan, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗵 𝗤𝘂𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶, melihat darah yang terpancut keluar semasa sembelih dan membahagikan kepada golongan berhak adalah terlebih afdhal.
🐄 Tidak dinafikan lagi. Antara amal kebajikan yang tinggi dalam ibadah Qurban ini adalah 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗳𝗮𝗸𝗶𝗿 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻.
🐂 Namun dengan melakukan qurban di luar negara ini akibat dari beberapa faktor, antaranya faktor 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗶𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗾𝘂𝗿𝗯𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya.
Jadi, disini saya ingin mengajak semua kenalan yang berkemampuan, lakukan Qurban kerana 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 tetapi tidak mahu melakukan ibadah qurban dengan sabda baginda:
مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا
Maksudnya: “𝗦𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻) 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗾𝘂𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗺𝗶”. [𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗜𝗯𝗻 𝗠𝗮𝗷𝗮𝗵 (𝟯𝟭𝟮𝟯)]
Semoga pencerahan ini akan menatijahkan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗾𝘂𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗶𝗮𝗿 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 kerana ianya melambangkan taqwa yang berada di dalam dada. Firman Allah S.W.T:
وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Maksudnya: Dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya ia dari tanda taqwanya hati.
𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷𝗷 (𝟯𝟮)