15/07/2026
14 Julai 2026
Miri
Lawatan Kerja Rasmi YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) ke Tapak Projek Pembangunan Precision Farming Park, Kabuloh, Miri.
PPNS telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek berkenaan dan projek ini dijangka siap pada Januari 2027. Talimat status perkembangan projek telah disampaikan oleh En. Gom Raway, Pengurus Besar, PPNS.
Turut hadir sama adalah YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) merangkap Pengerusi PPNS; Datuk Ripin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak; Dominic Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak; Knot Atok, Wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD); Dr. Maclin Dayod, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Pertanian Sarawak; Chong Mui Sia, Pegawai Pertanian Bahagian Miri; Sibylle Suley Anak Surik, Pengurus Perkhidmatan Kejuruteraan PPNS; dan Nobel Pang, Ketua Pegawai Eksekutif Agro Global Sdn. Bhd.
Kredit Pusat Khidmat N79 Bukit Kota