Kenyalang Press

Kenyalang Press Infomasi di hujung Jari

30/01/2026

Jika saya PM, tindakan tegas terhadap Petronas, nasib baik bukan PM — Yusuf

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Jumaat) — Ahli Parlimen Tanjong Manis Dato Ir. Haji Yusuf Abd Wahab berkata beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekiranya menjadi Perdana Menteri, susulan tindakan syarikat itu memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan berhubung kerangka kawalselia operasi petrolium di Sarawak.

Yusuf Abd Wahab berkata tindakan Petronas itu dilihat rakyat Sarawak sebagai mencabar kesahihan Deklarasi Bersama yang dipersetujui dan ditandatangani oleh Perdana Menteri dan Premier Sarawak pada 21 Mei 2025, ketika rundingan penyelesaian komersial antara Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) masih berjalan.

“Kalau lah Tanjong Manis menjadi Perdana Menteri, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap Petronas kerana tidak menghormati dan engkar dengan keputusan yang telah saya buat. Nasib baik saya bukan Perdana Menteri,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata Petronas memfailkan permohonan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kerangka kawalselia operasi petrolium syarikat itu di Sarawak dan menamakan Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Sarawak sebagai responden.

Sehubungan itu, Yusuf Abd Wahab mempersoalkan sama ada tindakan Petronas berkenaan mendapat restu atau izin daripada Kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri sendiri, selain bertanya sama ada Deklarasi Bersama yang dipersetujui Perdana Menteri tidak dihormati sehingga Petronas masih perlu membawa cabaran undang undang di mahkamah.

Yusuf Abd Wahab berkata adalah lebih baik dan lebih harmoni sekiranya Petronas dan Petros terus bekerjasama dalam suasana menang menang mengikut peruntukan undang undang demi kemakmuran negara.

Beliau turut meminta penjelasan daripada menteri berkaitan serta pendirian sebenar Kerajaan Persekutuan berhubung isu itu.

——



Address

Jalan Petanak
Kuching
93400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kenyalang Press posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share