22/08/2026
๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ฆ๐๐ค ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ (๐๐ข๐ซ๐ข ๐), ๐๐ฎ๐ง๐๐ฎ
Telefon pintar bukan sekadar untuk berkomunikasi. Dengan ilmu dan kemahiran asas, ia boleh menjadi alat untuk menghasilkan gambar dan video yang lebih menarik, sama ada untuk kegunaan peribadi, perniagaan atau komuniti.
Melalui Bengkel Kamek Digital (Siri 5): Fotografi & Video Dengan Telefon Pintar + Drone, peserta mempelajari asas fotografi, teknik menghasilkan video serta penggunaan dron untuk rakaman udara. Penyertaan kali ini merangkumi komuniti dari Lundu, Sematan, Bau, Kuching, Serian dan Lubok Antu, menjadikan perkongsian pengalaman lebih pelbagai dan bermakna.
Selain latihan praktikal bersama Tang Sing Moi daripada TG Creative Consultant, peserta turut mendapat perkongsian tentang asas dron, keselamatan dan peraturan penerbangan bersama Geoffrey Lee Chong Beng daripada Zeitgeist Inspira Technologies Sdn. Bhd.
Peserta bukan sekadar mengambil gambar dan video, tetapi juga menggunakan kemahiran ini untuk mempromosikan perniagaan, mendokumentasikan aktiviti, memperkenalkan produk dan kawasan tempatan, serta meneroka rakaman udara dan pemetaan kebun atau kawasan pertanian.
Semoga ilmu yang dipelajari dapat terus digunakan dan dikongsi untuk memberi manfaat kepada komuniti Lundu, Sematan dan kawasan sekitarnya.
______________________________________________________________________________________________________________________
๐๐ ๐๐ฎ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ญ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ฆ๐๐ค ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ (๐๐๐ซ๐ข๐๐ฌ ๐), ๐๐ฎ๐ง๐๐ฎ
A smartphone is more than just a communication device. With basic knowledge and skills, it can become a useful tool for creating more engaging photos and videos, whether for personal use, business or the community.
Through Bengkel Kamek Digital (Series 5): Photography & Video with Smartphone + Drone, participants learnt the basics of photography, techniques for creating videos, as well as the use of drones for aerial footage. This session brought together participants from Lundu, Sematan, Bau, Kuching, Serian and Lubok Antu, making the sharing of experiences more diverse and meaningful.
In addition to practical training with Tang Sing Moi from TG Creative Consultant, participants also gained insights into drone fundamentals, safety and flight regulations with Geoffrey Lee Chong Beng from Zeitgeist Inspira Technologies Sdn. Bhd.
Participants learnt more than just how to take photos and videos. They also explored how these skills can be used to promote businesses, document activities, showcase local products and areas, explore aerial footage and mapping for farms and agricultural areas.
May the knowledge and skills gained continue to be applied and shared, bringing greater benefits to the communities of Lundu, Sematan and surrounding areas.