07/05/2025
KAMPUNG BUDAYA SARAWAK MASUK PERCUMA HUJUNG BULAN INI
Kuching, 6 Mei-Kampung Budaya Sarawak dibuka secara percuma selama dua hari pada hujung bulan ini.
Pengarah Jualan, Pemasaran dan Program Kampung Budaya Sarawak, Zaini Zainudin berkata ia bagi menghargai sokongan pengunjung selepas 27 tahun beroperasi.
Ia hadiah kepada pengunjung selepas kampung paling unik di dunia itu memenangi anugerah Most Cultivating Leisure Arts and Event dalam Anugerah Pelancongan Kenyalang tahun lepas.
Kemasukan percuma itu turut diisi dengan festival menuai dan cerita rakyat yang akan dipersembahkan pada 24 dan 25 haribulan ini.
Festival kali ke-27 itu dijangka menarik lebih 16-ribu pengunjung dari dalam dan luar negara.
"traffic you tauk evennya scv traficnya sampai ke buntal kita elakkan thats why we want to have an earlier booking"
Zaini mendedahkan perkara itu kepada RTM selepas program bual bicara, Kupa Kopi di Auditorium P Ramlee, RTM Sarawak hari ini.
Kredit & Sumber: Berita Rtm Sarawak
Dickin