Azcom Solution

Azcom Solution Menawarkan perkhidmatan repair PC, laptop dan printer terus ke lokasi anda di sekitar Johor.

Juga menyediakan sokongan teknikal dalam CCTV, rangkaian (Network issue) dan pemasangan perisian untuk syarikat/perniagaan. Azcom Solution menyediakan perkhidmatan 🔧 baik pulih PC, laptop & printer, pemasangan & jualan 💻 Microsoft 365 untuk individu dan perniagaan, serta penyelesaian 📲 WhatsApp CRM melalui software BesChat. Kami juga tawarkan servis onsite sekitar Johor 🚗 untuk kemudahan anda.

Kita Mulakan, Kita Perlu AkhirkanSemalam saya format satu laptop Windows 11 untuk seorang kakak. Standard procedure, sia...
03/12/2025

Kita Mulakan, Kita Perlu Akhirkan

Semalam saya format satu laptop Windows 11 untuk seorang kakak. Standard procedure, siap pasang basic software sekali. Untuk Microsoft Office, saya dah siap bagitau awal-awal:

“Kak… Office crack zaman sekarang memang tak lepas dah. Windows 11 detect, dia buang activator… last-last Office tu terus tak boleh pakai. Lagi susah kak nak cari lain.”

Jadi aku suggest guna free WPS Office. Legal, ringan, tak pening.

Lepas siap semua, aku hantar laptop tu balik.

Malam nya, WhatsApp masuk:
“Dik… mana Office saya???”

Aku pun jawab:
“Kak, yang ni pakai WPS, sama boleh buka mcm office”

Tiba-tiba… BOOM, 3 4 mesej masuk 💥
siap bagi emoji marah, tanda seru besar-besar. Macam aku shutdown syarikat dia pulak 😂

Aku pun terus kata:

“Dah orang cakap tak boleh, degil jugak… Nak suruh aku buat dosa kering je. Yang pakai awak, yang dapat dosanya aku?!”

Tapi malam tu isteri je la yang dengar. Aku tak reply pun, bagi emoji senyum saja. 😌

Pedih tu ada la sikit. Tapi itulah realiti kerja servis
kita pernah mulakan, kita kena berani nak akhiri.

Dulu kita tolong orang “aktifkan” Office, tapi sekarang dah sampai masa untuk educate pengguna. Dunia teknologi dah berubah. Risiko pun makin besar.

Jadi sambil repair, sambil servis…
Kita bagi la dua tiga patah kata yang elok.
Kalau dia faham alhamdulillah.
Kalau dia marah… kita senyum je lah 😊

Kerja servis bukan setakat tukar thermal paste.
Kadang-kadang kena tukar mindset sekali.

Microsoft dilaporkan telah berjaya menamatkan satu kaedah popular yang digunakan untuk pengaktifan haram sistem operasi Windows 10 dan 11 secara luar talian. Tindakan ini menyasarkan eksploitasi yang membenarkan pengguna memintas proses pengaktifan rasmi tanpa memerlukan sambungan internet.​ Kaeda...

Address

Kulai Jaya

Telephone

+601110014940

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azcom Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share