03/12/2025
Kita Mulakan, Kita Perlu Akhirkan
Semalam saya format satu laptop Windows 11 untuk seorang kakak. Standard procedure, siap pasang basic software sekali. Untuk Microsoft Office, saya dah siap bagitau awal-awal:
βKakβ¦ Office crack zaman sekarang memang tak lepas dah. Windows 11 detect, dia buang activatorβ¦ last-last Office tu terus tak boleh pakai. Lagi susah kak nak cari lain.β
Jadi aku suggest guna free WPS Office. Legal, ringan, tak pening.
Lepas siap semua, aku hantar laptop tu balik.
Malam nya, WhatsApp masuk:
βDikβ¦ mana Office saya???β
Aku pun jawab:
βKak, yang ni pakai WPS, sama boleh buka mcm officeβ
Tiba-tibaβ¦ BOOM, 3 4 mesej masuk π₯
siap bagi emoji marah, tanda seru besar-besar. Macam aku shutdown syarikat dia pulak π
Aku pun terus kata:
βDah orang cakap tak boleh, degil jugakβ¦ Nak suruh aku buat dosa kering je. Yang pakai awak, yang dapat dosanya aku?!β
Tapi malam tu isteri je la yang dengar. Aku tak reply pun, bagi emoji senyum saja. π
Pedih tu ada la sikit. Tapi itulah realiti kerja servis
kita pernah mulakan, kita kena berani nak akhiri.
Dulu kita tolong orang βaktifkanβ Office, tapi sekarang dah sampai masa untuk educate pengguna. Dunia teknologi dah berubah. Risiko pun makin besar.
Jadi sambil repair, sambil servisβ¦
Kita bagi la dua tiga patah kata yang elok.
Kalau dia faham alhamdulillah.
Kalau dia marahβ¦ kita senyum je lah π
Kerja servis bukan setakat tukar thermal paste.
Kadang-kadang kena tukar mindset sekali.
Microsoft dilaporkan telah berjaya menamatkan satu kaedah popular yang digunakan untuk pengaktifan haram sistem operasi Windows 10 dan 11 secara luar talian. Tindakan ini menyasarkan eksploitasi yang membenarkan pengguna memintas proses pengaktifan rasmi tanpa memerlukan sambungan internet.β Kaeda...