Kulim Media Tv

Kulim Media Tv Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kulim Media Tv, PUSAT PENJAJA D'BAYU, Kulim.

Syarikat Penyiaran Video Viral, Artikel Berita Masyarakat Terkini, Isu Politik Malaysia, Isu Kemalangan, Jenayah Di Malaysia & Pengiklanan Tempatan Untuk Tujuan Tontonan Umum.

13/06/2026

Kejadian lori trailer tersangkut ketika melalui Jalan Sungai Lembu yang bersempadan dengan daerah Kulim, dikenali sebagai Jalan Bukit Lengkok, dilihat semakin kerap berlaku.

Keadaan ini dipercayai berpunca daripada pemandu yang pertama kali menggunakan laluan tersebut dan hanya bergantung kepada aplikasi navigasi seperti Waze. Selain itu, papan tanda amaran yang kurang jelas atau bersaiz kecil juga mungkin menyebabkan pemandu tidak menyedari risiko jalan berkenaan.

Apa pun puncanya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan lebih peka terhadap papan tanda keselamatan ketika memandu.

Kredit video: Pemilik video asal.

13/06/2026

Pesta Durian Ruza Agrotech kulim Kini Bermula.. Jom Makan Durian

Gelak tawa, momen indah bersama keluarga. Taman tema air kanak-kanak berbumbung ini menawarkan suasana santai dan menyer...
13/06/2026

Gelak tawa, momen indah bersama keluarga. Taman tema air kanak-kanak berbumbung ini menawarkan suasana santai dan menyeronokkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. ❤️

Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan si ayah dengan gelak ketawa serta keceriaan bermain air dalam suasana yang tenang dan santai.

Percutian ringkas seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang penuh dengan memori indah.

🎟️ Isnin – Khamis: RM10
🎟️ Jumaat – Ahad & Cuti Umum: RM15

Jom cipta kenangan manis bersama insan tersayang! 🌈🌊 :::

12/06/2026

Tiada Tempat Untuk Hantar Pulang Rohingya
- PM ANWAR

12/06/2026

𝗔𝗛 𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚, 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗗𝗜𝗣𝗨𝗞𝗨𝗟 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗜 𝗝𝗜𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚

Beberapa individu yang dipercayai ah long dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam satu kejadian yang berlaku di belakang Wisma MCA, Jinjang, petang semalam.

Susulan insiden tersebut, polis bertindak pantas dengan menahan 13 individu bagi membantu siasatan. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

12/06/2026

𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗣𝗨𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗧𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜

Tular video dan beberapa gambar yang memaparkan seorang pembantu rumah dipercayai mengalami kecederaan selepas didakwa dipukul oleh majikannya dalam satu kejadian.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada dakwaan bahawa pembantu rumah berkenaan telah memukul anak majikannya, yang dikatakan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman terbabit.

Perkongsian video dan gambar itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Sekiranya benar berlaku sebarang salah laku, tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut saluran undang-undang yang telah ditetapkan.

12/06/2026

Memandu di jalan raya memerlukan sikap sabar, berhati-hati dan bertolak ansur sesama pengguna jalan raya. Jangan cepat melenting atau bertindak mengikut emosi kerana perkara kecil boleh bertukar menjadi kes yang lebih serius.

Sentiasalah berhemah ketika memandu demi keselamatan diri dan orang lain.

Kredit Pemilik Video Asal

Gelak tawa, momen indah bersama keluarga. Taman tema air kanak-kanak berbumbung ini menawarkan suasana santai dan menyer...
12/06/2026

Gelak tawa, momen indah bersama keluarga. Taman tema air kanak-kanak berbumbung ini menawarkan suasana santai dan menyeronokkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. ❤️

Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan si ayah dengan gelak ketawa serta keceriaan bermain air dalam suasana yang tenang dan santai. Percutian ringkas seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang penuh dengan memori indah.

🎟️ Isnin – Khamis: RM10
🎟️ Jumaat – Ahad & Cuti Umum: RM15

Jom cipta kenangan manis bersama insan tersayang! 🌈🌊 :::

KULIM: Sebut sahaja Amirr Burger, sudah pasti ramai warga Kulim cukup mengenali keenakan burger homemade yang menjadi pi...
11/06/2026

KULIM: Sebut sahaja Amirr Burger, sudah pasti ramai warga Kulim cukup mengenali keenakan burger homemade yang menjadi pilihan ramai sejak sekian lama. Dengan rasa yang tersendiri serta kualiti yang sentiasa dijaga, tidak hairanlah gerai ini terus mendapat tempat di hati penggemar burger.

Kini, Amirr Burger tampil dengan wajah baharu apabila menjalankan perniagaan menggunakan food truck yang terletak di hadapan Restoran Kutip-Kutip ABC, Jalan Bukit Awi, Kulim. Konsep lebih moden dan selesa ini memberi peluang kepada pelanggan menikmati hidangan kegemaran mereka dalam suasana yang lebih menarik.

Bagi mereka yang pernah merasai sendiri keenakan burger homemade ini, pasti bersetuju dengan ungkapan "sekali makan, mesti dok pi cari lagi!". Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti bagi memastikan rasa yang konsisten dan memuaskan hati pelanggan.

Ayuh warga Kulim, sama-sama kita menyokong perniagaan tempatan yang diusahakan oleh anak tempatan. Jika anda belum mencubanya, inilah masanya untuk singgah dan merasai sendiri kelazatan Amirr Burger yang menjadi sebutan ramai.

Jom support perniagaan orang kita! 🍔🚚🇲🇾

11/06/2026

⚠️ Peringatan Keselamatan: Pemandu kenderaan yang melalui persimpangan lampu isyarat Kelang Lama Square, Kulim diminta agar lebih peka terhadap situasi trafik semasa.

Sentiasa patuhi lampu isyarat, kurangkan kelajuan dan utamakan keselamatan bagi mengelakkan kemalangan.

Address

PUSAT PENJAJA D'BAYU
Kulim
09000

Telephone

+60136293320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kulim Media Tv posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share