Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu

Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu, Social Media Agency, Fajar Lahad Datu, Lahad Datu Town.

Alhamdulillah, kami berkesempatan menziarahi sahabat kami, Puan Norhaina Roben yang sedang diuji dengan penyakit kanser....
11/06/2026

Alhamdulillah, kami berkesempatan menziarahi sahabat kami, Puan Norhaina Roben yang sedang diuji dengan penyakit kanser. Kehadiran kami bukan sekadar untuk bertanya khabar, tetapi juga untuk menyampaikan kata-kata semangat serta sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan kasih sayang.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung, dan semoga Puan Norhaina terus diberikan kekuatan, ketabahan serta kesembuhan yang baik oleh Allah SWT.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pengerusi, Puan Nurzianah Ahmad. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab untuk mengeratkan ukhuwah, menyemai rasa prihatin, dan membawa sinar harapan kepada mereka yang sedang diuji. 🤍🌷

Alhamdulillah, kami berkesempatan menziarahi sahabat kami, Uddin, yang terlibat dalam kemalangan motosikal di Paris pada...
01/06/2026

Alhamdulillah, kami berkesempatan menziarahi sahabat kami, Uddin, yang terlibat dalam kemalangan motosikal di Paris pada 25 Mei 2026. Kunjungan ini sebagai tanda ingatan, sokongan dan kasih sayang daripada sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat.

Semoga kehadiran kami dapat menceriakan hati beliau serta memberi sedikit kekuatan dan semangat dalam menghadapi ujian ini.

Sama-sama kita mendoakan agar Uddin diberikan kesembuhan yang cepat dan sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan, dikurniakan kesabaran serta kekuatan, dan kembali sihat seperti sediakala. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan perlindungan-Nya ke atas beliau.

“Sahabat sejati bukan hanya hadir saat gembira, tetapi turut bersama ketika diuji.”

Amin Ya Rabbal ’Alamin 🤍🌷

Ziarah Kasih, Tanda Ukhuwah, Hari ini kami berkesempatan menziarahi suami sahabat kami, Puan Halijah, yang sedang diuji ...
01/06/2026

Ziarah Kasih, Tanda Ukhuwah, Hari ini kami berkesempatan menziarahi suami sahabat kami, Puan Halijah, yang sedang diuji dengan kesakitan. Kunjungan ini diketuai oleh pengerusi, Nurzianah Ahmad bersama barisan AJK sebagai tanda sokongan, kasih sayang dan keprihatinan sesama sahabat.

Semoga kehadiran yang sederhana ini dapat membawa sedikit keceriaan, menguatkan semangat dan menjadi pengubat hati buat beliau sekeluarga.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan, diangkat segala kesakitan, serta diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allah SWT mengembalikan kesihatan beliau seperti sediakala dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan-Nya.

“Kesakitan adalah ujian, namun doa dan kasih sayang sahabat menjadi penguat jiwa.”

Amin Ya Rabbal ’Alamin 🤍🌷


Menziarahi sahabat kami, Admin Ipin, yang sedang diuji dengan demam denggi. Semoga kunjungan kecil ini dapat menceriakan...
29/05/2026

Menziarahi sahabat kami, Admin Ipin, yang sedang diuji dengan demam denggi. Semoga kunjungan kecil ini dapat menceriakan hati dan memberi sedikit semangat buat beliau.

Sama2 kita mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan, kembali sihat seperti sediakala dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin 🤍

23/05/2026

Alhamdulillah, baki sumbangan warga Lahad Datu telah disampaikan pada pacik Jumak.

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi cucu sahabat kami yang baru lahir, iaitu cucu kepada Puan Yati, salah seorang AJ...
23/05/2026

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi cucu sahabat kami yang baru lahir, iaitu cucu kepada Puan Yati, salah seorang AJK Persatuan Kebajikan Dan Info Lahad Datu. ❤️

Lawatan ini telah diketuai oleh pengerusi persatuan, Nurzianah Ahmad bersama barisan AJK serta admin-admin ILD bagi berkongsi kegembiraan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama keluarga besar kami.

Tahniah buat Puan Yati dan sekeluarga atas kehadiran cucu tersayang. Semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh/solehah, penyejuk hati keluarga serta dipermudahkan segala urusan sepanjang membesarkannya. 🤍

Semoga hubungan persahabatan dan silaturahim antara kita semua sentiasa diberkati, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama dalam setiap s**a dan duka keluarga ILD. 🌸

Alhamdulillah, selesai sudah misi ziarah dan penyerahan sumbangan kepada keluarga Pacik Jumak di rumah sementara beliau....
23/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah misi ziarah dan penyerahan sumbangan kepada keluarga Pacik Jumak di rumah sementara beliau. Rombongan kami diketuai oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Info Lahad Datu, Puan Nurzianah Ahmad bersama barisan AJK serta admin-admin ILD yang turut hadir bagi menyampaikan amanah daripada warga Lahad Datu.

Kesemua baki sumbangan hasil keprihatinan dan bantuan orang ramai telah selamat diserahkan kepada Pacik Jumak sekeluarga. Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban serta memberi sinar dan kekuatan buat mereka dalam menghadapi ujian hidup.

Pihak NGO kami amat menghargai setiap sumbangan, doa dan kepercayaan yang diberikan oleh warga Lahad Datu kepada Persatuan Kebajikan Dan Info Lahad Datu untuk menjalankan misi kebajikan ini. Tidak kira besar atau kecil sumbangan yang diberi, semuanya amat bermakna dan menjadi bukti bahawa masih ramai insan berhati mulia yang prihatin terhadap nasib saudara kita.

Semoga segala kebaikan dan rezeki yang dikongsikan dibalas dengan pahala berpanjangan, dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki buat semua para penyumbang. Terima kasih warga LD, semoga kita terus bersatu dalam membantu mereka yang memerlukan. 🤍

Alhamdulillah, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu, Puan Nurzianah bersama team telah turun padang membeli...
19/05/2026

Alhamdulillah, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu, Puan Nurzianah bersama team telah turun padang membeli pelbagai barangan keperluan untuk warga emas di Kampung Panji seperti pampers, sabun, beras, kuali, piring dan keperluan harian lain.

Sebelum ini kami juga sudah menyediakan dan menghantar barangan seperti tilam, bantal, cadar, tikar dan beberapa keperluan lain untuk pakcik dan makcik tersebut.

Insya-Allah, barang selebihnya ini akan disampaikan apabila rumah pakcik dan makcik siap nanti. Sedikit bantuan daripada semua ini diharap dapat meringankan beban dan memberi keselesaan buat mereka.

Terima kasih banyak kepada semua yang terlibat dan yang sentiasa menyumbang serta membantu. Semoga segala kebaikan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan pahala berlipat kali ganda 🤲

18/05/2026

Gabungan NGO s**arelawan dan media Lahad Datu bagi membantu warga Emas pacik Jumak dan Isteri..

Alhamdulillah, sebahagian sumbangan anda melalui NGO Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu telah pun disampaikan. Sele...
17/05/2026

Alhamdulillah, sebahagian sumbangan anda melalui NGO Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu telah pun disampaikan. Selebihnya insyaAllah akan terus disalurkan apabila rumah Pacik Jumak siap sepenuhnya nanti. 🤲

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga yang turut membantu, sama ada melalui sumbangan wang, tenaga, makanan mahupun doa. Segala keprihatinan dan kebaikan anda amat bermakna buat mereka yang memerlukan.

Semoga setiap sedekah yang diberikan dipermudahkan urusan, dilimpahkan rezeki berlipat ganda, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Aamiin. ❤️

Address

Fajar Lahad Datu
Lahad Datu Town
91100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan dan Info Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share