12/05/2026
Rasanya sebagai Mat Metal di Negeri di bawah bayu ni sudah pastinya akan mengetahui tentang band ini atau sekurang kurangnya pernah mendengar nama KILATUS!
Band Black Metal yang berasal daripada Sandakan ini sememangnya boleh dinobatkan diantara band Black Metal ‘terkejam’ dari Sabah.
KILATUS ditubuhkan pada tahun 1997 di tanah Sandakan (Yang juga dikenali sebagai ‘kubu Black Metal’ terkuat di Sabah pada lewat 90an dan awal millennium dulu!)
Setakat ini KILATUS sudah pun memuntahkan 5 buah rilisan dan yang terbaru sekali adalah sebuah split cd-r bersama band Black Metal German iaitu INFERNAL RITES di bawah naungan sebuah label daripada pantai timur semenanjung Malaysia iaitu KULT666 PRODUCTIONS pada tahun 2009!
KILATUS juga adalah band yang sentiasa akan mendapat sambutan apabila mereka menghancurkan stage di sekitar Negeri di bawah Bayu ini dan juga salah sebuah band yang mempunyai ‘peranan penting’ di dalam circle Sandakan War Demon selain BARBALANS.
Agak lama juga mereka tidak beraksi diatas pentas namun pada 30 Januari 2010 mereka akhirnya kembali untuk menghuru harakan stage di Kota Kinabalu!!!
NOTE:
Kami memohon maaf kerana tidak dapat beraksi untuk acara pulau metal fest bulan DEPAN (06/06/2026) atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...maju terus pulau metal fest!!!
SUMBER: KILATUS