Sabah Headlines

Sabah Headlines Portal Media bebas informasi umum.

█║▌│█│║▌║││█║▌║
Halaman Facebook Rasmi
(1)

Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Dengan Kenderaan Pacuan Empat Roda di PenampangPENAMPANG, 3 Jun — Seorang lelaki b...
03/06/2026

Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Dengan Kenderaan Pacuan Empat Roda di Penampang

PENAMPANG, 3 Jun — Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Papar–Kota Kinabalu berhampiran Kampung Meruntum Putatan, lewat malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Polis (DSP) Erwansyah Abdul Basir, berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 malam itu dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan sebelum tercampak ke lorong paling kanan jalan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pemandu dan seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut turut mendapati kenderaan tersebut ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kemalangan sebelum dilaporkan terbakar dalam satu kejadian berasingan yang dipercayai melibatkan individu tidak dikenali.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan serta tidak menyebarkan gambar kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Tamat

Dua Warga Asing Ditahan, Polis Rampas Syabu Dalam Operasi BSJND TawauTAWAU, 3 Jun — Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik D...
03/06/2026

Dua Warga Asing Ditahan, Polis Rampas Syabu Dalam Operasi BSJND Tawau

TAWAU, 3 Jun — Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau menahan dua lelaki warga asing serta merampas dadah disyaki syabu dalam dua operasi berasingan di sekitar Batu 4 dan Batu 5, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin, berkata suspek pertama berusia 43 tahun ditahan di Kampung Batu 5 selepas didapati berkelakuan mencurigakan. Hasil pemeriksaan menemukan empat paket plastik lutsinar berisi bahan dipercayai syabu seberat 0.61 gram yang diserahkan sendiri oleh suspek.

Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah atau dadah.

Dalam operasi kedua di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dilihat berlegar dalam keadaan mencurigakan. Suspek dilaporkan bertindak agresif ketika ditahan, namun berjaya dikawal sebelum menyerahkan dua paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki syabu seberat 0.24 gram.

Ujian saringan awal mendapati suspek kedua positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Kedua-dua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Tamat

ORANG RAMAI DINASIHATKAN BERHATI-HATI MELALUI LALUAN TELUPID–RANAUSandakan, 3 Jun – Orang ramai yang menggunakan laluan ...
03/06/2026

ORANG RAMAI DINASIHATKAN BERHATI-HATI MELALUI LALUAN TELUPID–RANAU

Sandakan, 3 Jun – Orang ramai yang menggunakan laluan Telupid–Ranau dinasihatkan agar meningkatkan tahap kewaspadaan berikutan kejadian pokok tumbang dan runtuhan tanah yang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi sepanjang jalan berkenaan.

Pengguna jalan raya disaran memperlahankan kenderaan, mematuhi arahan pihak berkuasa serta sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan laluan sebelum memulakan perjalanan.

Keselamatan pengguna jalan raya hendaklah diutamakan, terutama ketika cuaca tidak menentu yang boleh meningkatkan risiko kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.

Orang ramai juga diminta berkongsi maklumat ini kepada pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tamat

Tiga Lelaki Ditahan Dalam Ops Tapis Di SandakanSANDAKAN, 3 Jun – Tiga lelaki ditahan dalam Operasi Tapis yang dijalankan...
03/06/2026

Tiga Lelaki Ditahan Dalam Ops Tapis Di Sandakan

SANDAKAN, 3 Jun – Tiga lelaki ditahan dalam Operasi Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di dua lokasi berasingan sekitar Karamunting dan Batu 1½, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) George B. Abd Rakman berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 11 malam itu berjaya menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, dua lagi lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek mendapati mereka positif methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kemudian ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini ditempatkan di Lokap Polis IPD Sandakan bagi tujuan siasatan lanjut.

George berkata, operasi berterusan akan dipergiatkan sebagai sebahagian usaha polis membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

Tamat

Lelaki Ditahan Bersama Syabu Dalam Rondaan Polis di BalungTAWAU, 3 Jun – Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas ...
03/06/2026

Lelaki Ditahan Bersama Syabu Dalam Rondaan Polis di Balung

TAWAU, 3 Jun – Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi rondaan pencegahan jenayah di kawasan Jalan Maktab Balung, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 36 tahun ditahan oleh anggota Balai Polis Bandar Sri Indah yang menjalankan rondaan susulan maklumat awam mengenai aktiviti mencurigakan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, lelaki terbabit cuba meloloskan diri sebaik dihampiri polis, namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai membuang sekotak rokok yang mengandungi lapan paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil penimbangan mendapati dadah yang dirampas mempunyai berat keseluruhan kira-kira 1.09 gram.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tamat

Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel SESB di PitasKOTA MARUDU, 3 Jun – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas diperc...
03/06/2026

Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel SESB di Pitas

KOTA MARUDU, 3 Jun – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di kawasan Telaga, Pitas awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, suspek berusia 30 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu kira-kira jam 12.30 tengah malam hasil maklumat yang disalurkan orang awam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah tembaga yang dipercayai hasil daripada kupasan kabel yang dicuri dan disimpan di dalam sebuah beg milik suspek.

“Suspek yang berasal dari Kampung Maringgan, Pitas turut didapati positif dadah jenis syabu selepas menjalani ujian saringan awal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kemudahan awam, manakala suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Simiun turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada kejayaan tangkapan tersebut serta menggesa masyarakat terus bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras jenayah.

Tamat

JHEAINS Serbu Program Ahmadiyah Qadiani di Kota KinabaluKOTA KINABALU, 1 Jun – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Saba...
01/06/2026

JHEAINS Serbu Program Ahmadiyah Qadiani di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 1 Jun – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap satu program yang dikaitkan dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani di sebuah dewan sekolah menengah di sini pada 31 Mei lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Negeri Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, tindakan itu diambil susulan aduan awam mengenai penganjuran Program Jalsa Salana Wilayah Sabah Kali Ke-32 yang dikendalikan oleh Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM).

Menurutnya, operasi berkenaan melibatkan 52 Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAINS dengan bantuan 25 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran operasi.

Siasatan awal mendapati program yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Mei itu dihadiri hampir 300 peserta dari seluruh Sabah. Turut dirampas ialah pelbagai bahan penerbitan, dokumen dan bahan promosi yang dipercayai berkaitan dengan ajaran berkenaan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang syariah negeri.

Mohd Arifin menegaskan bahawa ajaran Ahmadiyah Qadiani telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng di Sabah, justeru umat Islam dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang usaha penyebaran fahaman yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PDRM atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan operasi tersebut serta menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperkukuh pemantauan, penguatkuasaan dan pendidikan bagi memelihara kesucian akidah umat Islam di Sabah.

Tamat

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha ...
01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dirgahayu Tuanku.

Daulat Tuanku.

ONN HAFIZ UMUM PEMBUBARAN DUN JOHORJOHOR BAHRU, 1 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan ...
01/06/2026

ONN HAFIZ UMUM PEMBUBARAN DUN JOHOR

JOHOR BAHRU, 1 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor, dalam sesi menghadap yang berlangsung pagi tadi.

Pengumuman berkenaan dibuat dalam sidang media khas di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru.

Dengan pembubaran DUN yang mempunyai 56 kerusi itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang.

Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti besar dengan memenangi 40 kerusi DUN. Pakatan Harapan meraih 12 kerusi, manakala Perikatan Nasional memperoleh tiga kerusi dan MUDA satu kerusi.

Tamat

01/06/2026

LAHAD DATU, 1 JUN – Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika menjalankan aktiviti mencari sarang burung walit di dalam Gua Tapadung, Segama, di sini. Mangsa, Ismail Ibrahim, 61, dikatakan memasuki gua berkenaan bersama dua rakannya pada Selasa lalu sebelum dilaporkan hi...

Address

Taman Aman Jalan Silam
Lahad Datu

Telephone

+60178945634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Headlines posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabah Headlines:

Share