Lerasta Co.

Lerasta Co. Lerasta Resources ( AS0404423-M)

Di sebalik setiap kejayaan, ada pengorbanan yang tidak terlihat. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diterima serta...
27/05/2026

Di sebalik setiap kejayaan, ada pengorbanan yang tidak terlihat. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diterima serta diberkati Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🤍

📢 NOTIS MAKLUMAN CUTI AIDILADHA 2026Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Titimerah Sdn Bhd & Lerasta akan bercuti...
26/05/2026

📢 NOTIS MAKLUMAN CUTI AIDILADHA 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Titimerah Sdn Bhd & Lerasta akan bercuti bermula 27 Mei 2026 (Rabu) hingga 29 Mei 2026 (Jumaat).

Kilang akan kembali beroperasi seperti biasa pada 30 Mei 2026 (Sabtu).

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh pelanggan, rakan niaga, pembekal dan warga kerja yang sentiasa menyokong perjalanan kami.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengingatkan kita bahawa setiap kejayaan bermula dengan sebuah pengorbanan.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Mohon maaf atas segala kesulitan sepanjang tempoh cuti ini.

Langkah kecil hari ini, untuk masa depan industri esok 🤝🔥Titimerah Sdn Bhd menerima kunjungan pihak Kolej KEDA bagi perb...
20/05/2026

Langkah kecil hari ini, untuk masa depan industri esok 🤝🔥

Titimerah Sdn Bhd menerima kunjungan pihak Kolej KEDA bagi perbincangan awal jalinan kerjasama (MoU) Program Diploma Percetakan & Jahitan.

InsyaAllah, gabungan dunia pendidikan dan industri ini bakal melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk masa depan.

"Segalanya bermula dari doa seorang Ibu." ✨Kasih sayang seorang ibu adalah cahaya yang tak pernah padam. Terima kasih Ib...
10/05/2026

"Segalanya bermula dari doa seorang Ibu." ✨

Kasih sayang seorang ibu adalah cahaya yang tak pernah padam. Terima kasih Ibu, kerana menjadi tunjang kekuatan, pendengar setia, dan pemujuk hati yang paling tulus. Tanpa doa dan pengorbananmu, kami tidak akan berada di mana kami berdiri hari ini.

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat di luar sana! ❤️🌹

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN IKBN JITRA!Kami di Titimerah berasa amat bangga dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan unt...
10/05/2026

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN IKBN JITRA!

Kami di Titimerah berasa amat bangga dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk membekalkan set pakaian rasmi buat para wira dan wirawati IKBN Jitra. Melihat maklum balas yang cukup positif daripada pihak kontinjen benar-benar membakar semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik.

Bagi kami, kualiti bukan sekadar pada fabrik, tetapi pada keselesaan yang mampu meningkatkan keyakinan setiap atlet dan urus setia di lapangan. Terima kasih kerana memilih sentuhan Titimerah sebagai identiti anda!

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah Kontinjen IKBN Jitra. Terus melangkah jauh dengan gaya dan prestasi padu!

DAULAT TUANKU.Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seben...
30/04/2026

DAULAT TUANKU.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 bersamaan 12 Zulkaedah 1147H.

Seluruh warga kerja Titimerah Sdn. Bhd. mendoakan agar Allah SWT melanjutkan usia Tuanku serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Semoga Negeri Kedah terus makmur dan sejahtera di bawah naungan Tuanku.

KCS FC, Wear It Pride! ✨Kebanggaan buat kami di Titimerah apabila terpilih sebagai pengilang rasmi t-shirt KCS FC (Jenam...
28/04/2026

KCS FC, Wear It Pride! ✨

Kebanggaan buat kami di Titimerah apabila terpilih sebagai pengilang rasmi t-shirt KCS FC (Jenama Lerasta). Gabungan kualiti premium dan keselesaan buat wira-wira tadbir Negeri Kedah.

Momen santai di pusat bowling semalam bukan sekadar mengejar mata, tapi memperkukuh ukhuwwah yang sedia ada. Terima kasih atas sokongan padu!

📷 KCS FC

Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman - KCS

KEPUTUSAN PENUH PP2: PIALA PRESIDEN 2026 🏆Perlawanan sengit di Stadium MPKP menyaksikan Team Sukma Kedah tewas tipis 0-1...
26/04/2026

KEPUTUSAN PENUH PP2: PIALA PRESIDEN 2026 🏆

Perlawanan sengit di Stadium MPKP menyaksikan Team Sukma Kedah tewas tipis 0-1 kepada JDT III. Walaupun keputusan tidak memihak kepada kita, perjuangan masih panjang!

Titimerah sebagai Penaja Rasmi Kontinjen Kedah ke SUKMA menghargai sokongan semua peminat kerana terus setia menyokong dan aspirasi kami untuk melengkapkan wira-wira kita dengan kualiti terbaik di Sukma 2026 nanti. Kedah tetap di hati! 🟢🟡

FT: KEDAH 0-1 JDT III

Majlis Sukan Negeri Kedah Persatuan Bola Sepak Kedah

PDT BANDAR BAHARU "SAVAGE"! ⚔️🏆Habis "licin" turret dikerjakan semalam! Tahniah kepada PDT Bandar Baharu kerana muncul s...
26/04/2026

PDT BANDAR BAHARU "SAVAGE"! ⚔️🏆

Habis "licin" turret dikerjakan semalam! Tahniah kepada PDT Bandar Baharu kerana muncul sebagai Juara MLBB SUKPEN 2026. Tidak lupa juga buat PDT Baling dan SUK Kedah yang melengkapkan podium dengan aksi yang cukup mendebarkan!

Setinggi-tinggi syabas kepada para pemenang:
🏆 JUARA: PDT Bandar Baharu
🥈 NAIB JUARA: PDT Baling
🥉 TEMPAT KETIGA: SUK Kedah

Titimerah selaku penaja rasmi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan yang menghantar penyertaan. Menang atau kalah, semangat teamwork korang tetap nombor satu! 💯

Siapa yang paling pro semalam? Cuba korang tag sikit MVP masing-masing kat bawah! 👇

Kelab Sukan Kesukedah Sukan Pentadbiran Negeri Kedah 2026

PUSH TURRET BERSAMA TITIMERAH! ⚔️Semalam memang vibe luar biasa di AiX Esports Hub! Semua jabatan hantar wakil terbaik u...
26/04/2026

PUSH TURRET BERSAMA TITIMERAH! ⚔️

Semalam memang vibe luar biasa di AiX Esports Hub! Semua jabatan hantar wakil terbaik untuk takluk landskap Mobile Legend Bang Bang di Sukan Pentadbiran Negeri Kedah (SUKPEN) 2026.

Titimerah Sdn. Bhd. bangga menjadi sebahagian daripada sejarah e-sukan kali ini sebagai Penaja Rasmi. Dari jersi ke arena, kami sentiasa menyokong semangat juang anak muda dan warga kerja Kedah! 🟢🟡

Siapa muncul juara aksi semalam? 🏆

Kelab Sukan Kesukedah Sukan Pentadbiran Negeri Kedah 2026

Address

No 43, 44 Kompleks Perniagaan Langgar, Jalan Langgar
Langgar
06550

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Telephone

+60169227684

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lerasta Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lerasta Co.:

Share