NADI Long Lama

NADI Long Lama NADI Long Lama
Buka : Setiap Hari (Kecuali Cuti Umum)
Masa : 08.00 AM - 05.00 PM
Latitude : 3.765086
Longitude: 114.401439

Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk ;

1) Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

2) Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan

penguasaan ilmu pengetahuan digital.

3) Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

4) Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
______________________________________________________________________________
Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
1) latihan ICT,
2) latihan keusahawanan,
3) latihan multimedia,
4) e-pembelajaran,
5) latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan
6) program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.

05/09/2026
01/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

NADI Long Lama ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, komuniti serta pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Khususnya kepada:

β€’ Komuniti Pekan Long Lama
β€’ METS Beto' Long Lama
β€’ Digital Community Centre -DCC Long Lama
β€’ Perpustakaan Awam Long Lama
β€’ APM Marudi– PKOD Telang Usan
β€’ Perwakilan Jabatan Pertanian Long Lama
β€’ Perwakilan Orang Ulu National Association (OUNA)
β€’ Perwakilan Rumah Panjang Kampung Teratai, Sungai Labau, Teru
β€’ Perwakilan Gereja Katolik Blessed Sacrament, Long Lama
β€’ Perwakilan BEM Long Lama
β€’ Perwakilan Masjid Darussalam Long Lama

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang tidak dapat disebutkan satu persatu, namun telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. ❀️

πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga jalinan kerjasama dan semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti NADI pada masa akan datang.

Jumpa lagi di aktiviti NADI yang akan datang! 😊

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

01/09/2026
26/08/2026

Sekali tekan β€œKongsi”, mungkin tiada jalan untuk kembali.

Apa yang kita kongsikan boleh tersebar dalam sekelip mata dan meninggalkan kesan yang sukar dipadam.

Kebebasan berkongsi datang bersama tanggungjawab.
Berhenti sejenak. Semak. Fikirkan kesannya.

πŸ“’ MAKLUMAN UNTUK KOMUNITI NADI LONG LAMA 😊Salam sejahtera semua! πŸ‘‹Dimaklumkan bahawa NADI Long Lama akan ditutup sementa...
24/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN UNTUK KOMUNITI NADI LONG LAMA 😊

Salam sejahtera semua! πŸ‘‹

Dimaklumkan bahawa NADI Long Lama akan ditutup sementara pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena Cuti Umum Awal Muharram. πŸŒ™

πŸ“… NADI akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Mohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih atas perhatian serta kerjasama semua. πŸ™πŸ’™

Jumpa semula di NADI Long Lama pada hari Rabu! 😊

21/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

πŸ—“οΈ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
πŸ“ NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ


🎯 Footwork Muay Thai Untuk Beginner! Dalam Muay Thai, bukan sekadar tahu cara menumbuk dan menendang. Cara kita bergerak...
15/08/2026

🎯 Footwork Muay Thai Untuk Beginner!
Dalam Muay Thai, bukan sekadar tahu cara menumbuk dan menendang. Cara kita bergerak juga sangat penting untuk kekal seimbang, mengelak serangan dan sentiasa bersedia untuk menyerang balik. πŸ₯Š
Dalam video exercise minggu ini, coach kongsikan asas footwork Muay Thai untuk beginner β€” daripada cara bergerak, mengelak serangan sehinggalah memastikan guard sentiasa terjaga.
https://youtu.be/eCcbNDEiVHQ
Jom belajar asasnya dan cuba sendiri! πŸ’ͺπŸ”₯

🎯 Footwork Muay Thai Untuk Beginner!Dalam Muay Thai, bukan sekada...

Address

Lot 195, Jalan Merpati, Kampung Kayan
Long Lama
98300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Friday 08:00 - 12:30
14:15 - 18:00
Saturday 08:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 18:00

Telephone

+60198145700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Long Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share